KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd menjadi bank pertama di Malaysia yang menyempurnakan penetapan sasaran penyahkarbonan 2030 bagi sektor berpelepasan karbon tinggi.
Kumpulan perbankan itu mengumumkan sasaran bagi portfolio minyak dan gas dan hartanahnya semalam di samping meneruskan komitmen Sifar Bersih 2050 yang lebih meluas merangkumi sasaran untuk sektor perlombongan arang batu haba, simen, minyak sawit dan tenaga.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia dan CIMB Bank Bhd Gurdip Singh Sidhu berkata untuk membantu sektor minyak dan gas menyahkarbon dan beralih kepada alternatif boleh baharu dan rendah karbon, kumpulan itu menyasar untuk memudahkan peralihan dengan mengurangkan Intensiti Pinjaman Pelepasan Dibiayai (FELI) daripada portfolio minyak dan gasnya sebanyak 16 peratus menjelang 2030 kepada 583 tan karbon dioksida bersamaan setiap juta ringgit pembiayaan (tCo2e/MYR mm) daripada 694 pada 2022.
"Sasaran ini merangkumi pelepasan Skop 1, 2 dan 3 yang berasal daripada penerokaan huluan tulen dan syarikat pengeluaran serta pemain minyak dan gas bersepadu.
"Sasaran penyahkarbonan ditetapkan berdasarkan Senario Pelepasan Sifar Bersih Agensi Tenaga Antarabangsa menjelang 2050 (IEA NZE), yang dipertingkatkan dengan cerapan daripada Senario Pembangunan Lestari Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA SDS), untuk merumuskan senario Sifar Bersih yang bersesuaian bagi konteks ASEAN," katanya pada taklimat media sempena mengumumkan sasaran penyahkarbonan itu, semalam.
Pada asasnya, Skop 1 ialah pelepasan langsung yang dimiliki atau dikawal oleh sesebuah syarikat, manakala pelepasan tidak langsung Skop 2 dan 3 adalah akibat daripada aktiviti syarikat tetapi berlaku daripada sumber yang tidak dimiliki atau dikawal olehnya.
Pada masa yang sama, beliau berkata, mulai 1 Jan 2025, kumpulan itu juga akan menghentikan pembiayaan baharu khusus untuk lapangan minyak huluan baharu yang diluluskan untuk pembangunan pasca 2021.
.Ini sejajar dengan IEA NZE, yang menyatakan bahawa di peringkat global, projek minyak dan gas baharu tidak diperlukan lagi selain daripada apa yang telah dilaksanakan setakat 2021, memandangkan aset semasa sudah memenuhi penawaran dan permintaan.
"Bagaimanapun, memandangkan peranan penting gas asli sebagai bahan api peralihan yang diperlukan oleh ASEAN, CIMB akan terus menyokong inisiatif gas asli," kata Gurdip.
Sementara itu, beliau berkata kumpulan itu telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan intensiti pelepasan operasi daripada portfolio hartanah komersial sebanyak 34 peratus pada 2030 kepada 77 intensiti pelepasan fizikal daripada 117 setakat 2022.
Sasaran interim itu, yang merangkumi pelepasan Skop 1 dan 2 pelanggan hartanahnya ditetapkan sejajar dengan peningkatan kecekapan tenaga berdasarkan Carbon Risk Real Estate Monitor (CRREM) namun, menggunakan kadar penyahkarbonan grid kuasa selaras dengan laluan IEA Announced Pledges Scenario (APS).
"Bagi mencapai sasaran ini, CIMB giat berusaha untuk membiayai pembangunan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan bangunan yang lebih cekap tenaga termasuk peralihan tenaga dalam bangunan melalui pemasangan kelengkapan tenaga boleh baharu di tapak seperti solar fotovoltan atas bumbung dan penyimpanan tenaga.
"Pada masa yang sama, CIMB juga menyokong penyahkarbonan grid kuasa melalui sasaran sektor Sifar Bersih Jajaran Tenaga," katanya.
Pada 2021, CIMB merupakan bank pertama dalam pasaran sedang pesat membangun di seluruh dunia yang mengumumkan komitmen untuk menamatkan penggunaan arang batu menjelang 2040, selaras dengan matlamat Perjanjian Paris.
Ketua Pegawai Kemampanan Kumpulan Luanne Sieh berkata kumpulan perbankan itu sedang giat melaksanakan langkah strategik dalam proses perniagaan dan risiko sedia ada, menjadi satu usaha komprehensif yang dijangka dilakukan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, memerlukan penyelarasan meluas di seluruh bank.
"Kerjasama adalah penting, dan kami bekerjasama rapat dengan pelanggan untuk memacu perubahan yang memberi impak sepenuhnya dan penyahkarbonan ekonomi sebenar di samping melindungi peralihan yang adil.
"Sebaliknya, kami tidak boleh memandangkan ringan dengan memburukkan lagi keadaan bagi golongan rentan yang tidak berkemampuan tanpa sebarang mekanisme bantuan dari segi peralihan," katanya.
Beliau juga berkata sasaran yang ditetapkan kumpulan itu perlu dikemas kini secara progresif untuk lima tahun akan datang, selaras dengan perubahan peraturan kerajaan, kesediaan pelanggan dan kemajuan teknologi.
Pada tahun lepas, kumpulan itu meningkatkan sasaran kewangan mampan kepada RM100 bilion pada 2024, peningkatan daripada sasaran RM30 bilion yang diumumkan pada 2021.
Sehingga Disember 2023, CIMB merekodkan kewangan mampan dengan nilai berjumlah lebih RM80 bilion sekali gus berada di landasan untuk mencapai sasaran RM100 bilion, selain akan mengumumkan rancangan baharu dalam jangka masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Gurdip Singh (kanan) bersama Sieh (kiri) mengumumkan sasaran iklim 2030 untuk portfolio minyak dan gas dan hartanah CIMB. - Foto ASTRO AWANI
Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 330 orang
Jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 248 orang daripada 77 keluarga pada 8 malam tadi.

Penganggur didakwa bunuh penyanyi sambilan
Seorang penganggur didakwa atas pertuduhan membunuh seorang penyanyi sambilan wanita di sebuah rumah, bulan lepas.
Penganggur didakwa bunuh penyanyi sambilan
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan membunuh kekasihnya yang juga penyanyi sambilan.

Polis Marin rampas e-waste bernilai lebih RM33 juta di Meru
Polis Marin merampas sejumlah 1.23 juta kilogram (kg) sisa elektronik (e-waste) bernilai RM33.18 juta dalam serbuan di sebuah kilang di Meru, Klang.

Lelaki didakwa bunuh anak asuhan isteri
Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak asuhan isterinya, Isnin lalu.

Pihak berkuasa dua masjid suci seru patuh panduan penggunaan air Zamzam
Kemudahan wuduk yang lengkap dan 20,000 bekas air Zamzam telah disediakan sepanjang Ramadan bagi memenuhi keperluan para jemaah.
Isu agama, kaum jangan jadikan senjata politik, ia membakar diri - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan seluruh rakyat Malaysia sebarang masalah kaum dan agama mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Islam agama Persekutuan, kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian," katanya.
"Islam agama Persekutuan, kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian," katanya.

Harga tiket final Piala Malaysia 2024-2025 kekal - MFL
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan Sri Pahang FC.

Dokumen MM2H palsu: Pegawai imigresen diperintah bela diri
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Shamsudin di akhir kes pendakwaan.

Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan Pengerusi MAIS baharu
Baginda turut menyampaikan watikah kepada Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS baharu dan dua anggota baharu.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.

ASEAN perlu perkukuh kepusatan, tumpu sasaran realistik - Nazir Razak
Ekonomi Asia Tenggara digesa untuk meningkatkan perdagangan dan memperkukuh kepusatan bagi melindungi negara mereka daripada keadaan global yang tidak menentu di tengah-tengah ancaman tarif Presiden A

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah ekoran pengumuman tarif AS
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain.

Keuntungan bersih CIMB Group melonjak kepada RM7.73 bilion
Perolehan untuk tahun di bawah kajian turut meningkat kepada RM22.3 bilion daripada RM21.01 bilion sebelum ini.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Aktiviti belian saham pada harga rendah dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.

U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan prestasi dagangan bercampur-campur di pasaran serantau
Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum pembelian sepanjang hari dan ditutup pada paras terendah intra hari disebabkan jualan pada saat akhir dagangan bagi beberapa kaunter wajaran tinggi.