CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) menyasarkan untuk mempercepat pertumbuhan di Malaysia dan Indonesia sebagai dua pasaran terbesarnya yang menyumbang lebih 80 peratus kepada keuntungan sebelum cukai (PBT) syarikat walaupun unjuran yang tidak menentu pada 2020.
Dalam laporan perbankan tahunan kumpulan itu bagi 2019, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan ketika itu sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan pada awal bulan lepas berkata, CIMB akan terus memastikan aspirasi Forward23 akan kekal berada di landasan.
Laporan berkenaan merupakan laporan terakhir sebelum Tengku Zafrul dilantik membarisi Kabinet baharu.
Forward23 adalah strategi pertumbuhan jangka sederhana yang dilancarkan CIMB pada 2019 dengan memberi tumpuan kepada lima teras strategik iaitu berteraskan pelanggan, kemampanan, usaha dan kerjasama, teknologi dan data serta orang ramai.
"CIMB kini telah memulakan tahun kedua dalam meneruskan perjalanan Forward23 untuk tempoh lima tahun. Tumpuan kami pada tahun pertama ialah mewujudkan rangka kerja tadbir urus bagi memastikan pengawasan portfolio dan penyampaian Forward23.
"Kami telah melaksanakan beberapa langkah melibatkan lima strategik yang memacu ke arah rancangan Forward23," katanya.
Tengku Zafrul berkata pelaksanaan program Forward23 membabitkan lima strategik itu akan kekal menjadi keutamaan pada tahun ini.
Beliau berkata ini termasuklah memastikan manfaat kewangan direalisasi daripada halatuju Mentransformasi Perjalanan Pelanggan, memperkukuh daya tahan teknologi dan kestabilan platform, menentuukur semula perniagaan ke arah model berpacukan digital, memulakan program produktiviti berstruktur selain mengekalkan momentum usaha kemampanan syarikat.
Selain itu, beliau berkata, kumpulan itu juga akan terus meningkatkan lembaran imbangannya dengan berhati-hati dan mengawal kos dan pelaburan dengan lebih kukuh.
Menurut Tengku Zafrul, operasi di Malaysia menunjukkan prestasi baik bagi asas perniagaan seperti biasa (BAU) dengan PBT menokok lapan peratus pada 2019, didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang kukuh sebanyak enam peratus, pendapatan perdagangan yang meningkat serta keuntungan jualan perniagaan ekuiti Malaysia, yang menyumbang 69 peratus kepada PBT kumpulan.
Sebaliknya, beliau berkata Indonesia mencatat penyusutan PBT sebanyak 20.2 peratus tahun ke tahun terutamanya disebabkan oleh peruntukan korporat yang lebih tinggi.
"Sebagai institusi kewangan yang beroperasi di 10 negara ASEAN, CIMB juga tidak terkecuali daripada mengharungi ketegangan makroekonomi.
"Bagaimanapun, di sebalik cabaran berkenaan, kumpulan ini mampu menangani ketidaktentuan itu dan memenuhi sasaran utama bagi 2019," katanya.
Sementara itu, beliau berkata dalam tempoh hanya dua bulan melangkah ke 2020, kumpulan ini telah berdepan pelbagai kejutan makro dengan keadaan paling serius adalah membabitkan penularan COVID-19.
Beliau berkata impak COVID-19 ke atas aktiviti-aktiviti ekonomi telah dirasai di seluruh dunia dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar di peringkat global dijangka berkurangan sebanyak 0.2 mata peratusan.
"Dengan berakhirnya tahun pertama bagi Forward23, kami akan terus mengekalkan momentum dan berhasrat mencapai kejayaan bagi semua sasaran pertumbuhan jangka sederhana walaupun prospek yang tidak menentu disebabkan COVID-19 yang berlanjutan, selain cabaran sosio-politik dan makroekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 09 2020
![CIMB sasar percepat pertumbuhan di Malaysia, Indonesia CIMB sasar percepat pertumbuhan di Malaysia, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440074923_CIMBBANK.jpg)
Kumpulan CIMB juga akan terus meningkatkan lembaran imbangannya dengan berhati-hati dan mengawal kos dan pelaburan dengan lebih kukuh. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan sokongan belian asing yang berterusan, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.
![CIMB sempurnakan penetapan sasaran penyahkarbonan 2030 bagi sektor berpelepasan karbon tinggi CIMB sempurnakan penetapan sasaran penyahkarbonan 2030 bagi sektor berpelepasan karbon tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720046472_tbCIMBsustainabili.jpg)
CIMB sempurnakan penetapan sasaran penyahkarbonan 2030 bagi sektor berpelepasan karbon tinggi
Ia juga meneruskan komitmen Sifar Bersih 2050 yang lebih meluas merangkumi sasaran untuk sektor perlombongan arang batu haba, simen, minyak sawit dan tenaga.
![Novan Amirudin dilantik CEO Kumpulan CIMB mulai 1 Julai Novan Amirudin dilantik CEO Kumpulan CIMB mulai 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717554746_NOVANAMIRUDIN.jpg)
Novan Amirudin dilantik CEO Kumpulan CIMB mulai 1 Julai
Sejak menyertai CIMB pada 2022, Novan telah mengubah GWB dan melaksanakan model operasi baharu untuk mempertajam fokus dan pelaksanaannya.
![Keuntungan bersih suku pertama CIMB naik 17.7 peratus kepada RM1.94 bilion Keuntungan bersih suku pertama CIMB naik 17.7 peratus kepada RM1.94 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669828574_CIMB.jpg)
Keuntungan bersih suku pertama CIMB naik 17.7 peratus kepada RM1.94 bilion
Hasil kumpulan perbankan itu turut meningkat kepada RM5.63 bilion daripada RM5 bilion sebelumnya.
![CIMB Securities sasar pertumbuhan satu digit tinggi pasaran modal akhir 2024 CIMB Securities sasar pertumbuhan satu digit tinggi pasaran modal akhir 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715339176_CIMBjpg.jpg)
CIMB Securities sasar pertumbuhan satu digit tinggi pasaran modal akhir 2024
CIMB Securities, anak syarikat milik penuh CIMB Investment Bank Bhd, menyasarkan pertumbuhan satu digit yang tinggi dalam bahagian pasaran modal Malaysia menjelang akhir 2024.
![Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665132351_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
![Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61590762273_TBGCEOCIMBx.jpg)
Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB
Abdul Rahman telah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari 2016 hingga 2019, yang mana beliau memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.
![Beberapa perkhidmatan perbankan CIMB masih alami gangguan Beberapa perkhidmatan perbankan CIMB masih alami gangguan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644585805_CIMBBANK.jpg)
Beberapa perkhidmatan perbankan CIMB masih alami gangguan
Perkhidmatan termasuk transaksi, FPX, MyDebit, kredit dan Terminal Layan Diri masih mengalami gangguan.
![Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708752887_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, dengan indeks utama naik 4.36 mata, disokong oleh aktiviti belian di kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.
![CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024 CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71669979010_CIMB.jpg)
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.