Sebilangan besar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih tidak mahir menguruskan simpanan mereka selepas persaraan.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Chua Tee Yong, kebanyakan pencarum berdepan masalah kewangan kerana cenderung membelanjakan kesemua wang simpanan mereka dengan cepat sejurus selepas persaraan.
Menurut beliau hanya 33 peratus daripada ahli aktif KWSP kini mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi.
Berdasarkan definisi KWSP, simpanan pasca persaraan yang mencukupi adalah sebanyak RM820 setiap bulan selama 20 tahun yang menjadikan jumlahnya kira-kira RM196,800.
“Kebanyakan ahli KWSP, terutamanya mereka yang mengeluarkan simpanan KWSP mereka secara sekaligus, mereka cenderung untuk membelanjakannya agak cepat iaitu dalam masa 5 atau 6 tahun,” kata beliau dalam sidang media di Bangunan KWSP di sini hari ini.
Menurut Chua ini kemudian menjadi masalah kerana golongan ini tidak mahir menguruskan sejumlah wang besar yang mereka dapat secara sekaligus.
Justeru menyedari masalah ini, KWSP mengambil inisiatif menaik taraf kemudahan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) dalam usaha meningkatkan kecelikan kewangan dalam kalangan pencarumnya.
“RAS bukan bertujuan menjual apa-apa produk, ia juga bukan untuk menjual unit amanah atau untuk mempromosikan apa-apa saham. Ia lebih kepada khidmat nasihat yang diberikan secara percuma bagi membolehkan orang ramai membuat penilaian yang lebih bijak tentang bagaimana mereka mahu menguruskan kewangan mereka apabila menghampiri umur persaraan,” katanya.
Sementara itu menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Strategi KWSP Tunku Alizakri Alias, berdasarkan laporan Program Pembangunan PBB (UNDP) , 90 peratus daripada isi rumah pedalaman di Malaysia tidak mempunyai simpanan.
Manakala bagi isi rumah di bandar, 88 peratus tidak mempunyai simpanan.
“Ini adalah salah satu sebab mengapa KWSP mewujudkan khidmat nasihat ini.
Apa yang kami mahu lakukan adalah memperkasakan ahli-ahli kami untuk membuat keputusan kewangan yang betul bagi memastikan mereka dapat mengekalkan gaya hidup mereka selepas persaraan,” ujarnya.
Program RAS dilancarkan oleh KWSP sejak Julai 2014 dengan dua cawangan pusat RAS di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Kini dengan bantuan Kementerian Kewangan dalam menaik taraf perkhidmatan ini, KWSP mensasarkan peningkatan jumlah cawangan RAS kepada 17 cawangan di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu menjawab soalan mengenai kepercayaan orang awam terhadap KWSP, Datuk Seri Chua Tee Yong berkata kepercayaan itu masih utuh.
Menurut beliau, ini kerana KWSP berjaya mencatat kadar pulangan dan dividen yang konsisten setiap tahun walaupun berdepan persekitaran ekonomi mencabar.
“KWSP telah memberikan pulangan yang konsisten sejak penubuhannya.
Dividen yang diberikan masih meningkat walaupun bilangan ahli meningkat,” tegas Chua.
Beliau memetik contoh baru-baruini apabila dividen yang diberikan KWSP pada 2014 adalah sebanyak 6.75 peratus yang bernilai sekitar RM36 bilion.
Mengenai pelaburan KWSP ke atas bon loji janakuasa milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pula, beliau menegaskan bahawa ini juga tidak memberi kesan kepada kredibiliti institusi itu.
Ini kerana menurut beliau, pelaburan ini dilakukan sebelum loji janakuasa berkenaan diambil alih 1MDB.
“KWSP tidak melabur secara langsung ke dalam 1MDB.
"Apa yang berlaku ialah 1MDB kemudiannya membeli loji jana kuasa tersebut, jadi hutang loji jana kuasa itu turut dibawa bersama-sama dengannya,” katanya.
Tambah Chua, bon, ekuiti dan hartanah adalah aspek normal dalam portfolio pelaburan normal KWSP sejak penubuhannya.
KWSP melanggan kepada bon yang diterbitkan 1MDB bernilai RM200 juta pada 2009.
Sementara ia juga melabur kepada bon sejumlah RM1.5 bilion melalui anak syarikat 1MDB iaitu Panglima Power Sdn. Bhd. dan Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd.
Luqman Hariz
Fri Nov 20 2015

Menurut Chua kebanyakan pencarum berdepan masalah kewangan kerana cenderung membelanjakan kesemua wang simpanan mereka dengan cepat sejurus selepas persaraan.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.

Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga
Sekiranya pencarum meninggal dunia, sekurang-kurangnya waris mendapat mendapat faedah dari segi kewangan yang dapat mengurangkan beban.

Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.

Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.

Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.

188,102 suri rumah mencarum SKSSR Perkeso - Mustapha
Sebanyak 188,102 suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 24 Sept lepas.

Inisiatif KWSP berjaya tarik lebih ramai pencarum daripada pekerja tidak formal
Reformasi terhadap sistem perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi mendapatkan liputan yang lebih meluas terhadap usaha positif itu.

Pemandu, penunggang p-hailing akan diwajibkan mencarum di bawah Perkeso
Semua pemandu dan penunggang p-hailing selepas ini akan diwajibkan mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kerajaan setuju beri 'ganjaran' sempena Hari Pekerja 2022
Hadiah itu termasuk kerajaan akan menanggung 80 peratus jumlah caruman individu bekerja sendiri di Perkeso.

KWSP, GoGet perkenal program simpanan persaraan bersepadu untuk pekerja gig
Pekerja gig yang mempunyai akaun KWSP sedia ada hanya perlu memberi kebenaran untuk menyertai program ini dan menetapkan kadar caruman mereka.