SERDANG: Chery Automobile Co Ltd melantik anak syarikat Sime Darby Bhd, Inokom Corporation Sdn Bhd, sebagai pemasang tempatannya bagi kenderaan Chery di Malaysia.
Pengarah negara Chery Corporate Malaysia Leo Chen berkata perkongsian dengan Sime Darby itu bertujuan untuk mengukuhkan kehadirannya di pasaran sedang pesat membangun dalam rantau Asia Tenggara yang mencatatkan pertumbuhan menggalakkan.
Pada 2022, Chery mengeksport lebih daripada 450,000 kenderaan.
"Ia adalah satu perkongsian yang sangat menarik dan mengujakan. Ia mencipta pengalaman berharga dalam sektor automotif merentas rantaian nilai, yang akan menjadikannya satu perkongsian terbaik untuk berkembang bersama-sama," katanya kepada pemberita pada pameran Malaysia Autoshow 2023, di sini, pada Rabu.
Menurutnya, syarikat itu ingin mengembangkan segmen pemanduan sebelah kanannya di Malaysia tahun ini dan merancang membuka 70 bilik pameran di seluruh negara, yang mana 30 daripadanya sedang diubahsuai.
Kerjasama dengan Sime Darby untuk memasang kenderaan Chery di negara ini dijangka bermula pada suku ketiga 2023 di kilang pengeluaran dan pemasangan kenderaan motor Sime Darby, Inokom, di Kulim, Kedah.
Dilaporkan bahawa Chery akan mula memasang Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 pada Jun diikuti pelancarannya pada Julai.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif kumpulan Sime Darby Datuk Jeffri Salim Davidson berkata kepercayaan yang diberikan Chery itu membuktikan tenaga kerja Malaysianya yang berkelayakan dan berkebolehan tinggi serta keupayaannya untuk memberikan nilai bermakna kepada rakan kongsi.
"Kami berharap untuk menjadi sebahagian daripada usaha inovasi berterusan Chery. Portfolio pemasangan adalah elemen utama dalam strategi pertumbuhan kami untuk Sime Darby Motors dan perkongsian ini menyokong portfolio tersebut," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

Kerjasama dengan Sime Darby untuk memasang kenderaan Chery di negara ini dijangka bermula pada suku ketiga 2023. - Gambar Dagangnews
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Februari 2025
1️⃣ Ketua balai, koperal ditahan kes curi RM300,000
2️⃣ gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
3️⃣ RM22 bil diperuntuk bagi rtb di seluruh negara
#awaniringkas
1️⃣ Ketua balai, koperal ditahan kes curi RM300,000
2️⃣ gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
3️⃣ RM22 bil diperuntuk bagi rtb di seluruh negara
#awaniringkas

Ringgit teruskan aliran mengukuh didorong perang dagangan AS-China yang mereda
Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras 4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.
Agenda AWANI: Gubal RUU Perkhidmatan Parlimen
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dalam sidang kali ini dilihat sebagai langkah pertama ke arah agenda reformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen? Diskusi 8.30 malam

Kerajaan lulus bina projek RKAT bernilai RM156 juta di Butterworth - Mohamed Khaled
Kerajaan bersetuju meluluskan pembinaan baharu projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) bernilai RM156 juta di Pangkalan Udara Butterworth.
RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik & Demokrasi (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan berkata Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka peluang kepada penubuhan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas. Manakala, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan RUU ini akan beri peluang kepada lebih banyak usul persendirian diangkat dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan.
RUU Perkhidmatan Parlimen: Pastikan pegawai kerajaan tidak takut-takut bantu wakil rakyat pembangkang - Penganalisis
Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik & Demokrasi (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan berkata Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen memberi kuasa kepada parlimen untuk menentukan perbelanjaan dan perjawatan institusi berkenaan. Lanjutan itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub menjelaskan, RUU berkenaan juga memastikan setiap pegawai kerajaan membantu semua wakil rakyat dengan mandat yang jelas, tanpa takut dan bimbang. #AgendaAWANI
Wanita ditemukan maut dalam bilik, dipercayai dibunuh
Seorang wanita berusia 52 tahun ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Seri Pokok Mangga, Melaka pada Ahad.
MB Kelantan jumpa PM bincang kerjasama demi rakyat
Perdana Menteri hari ini menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud bagi membincangkan tentang usaha menambah baik kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Gula-gula kenyal masih dijual di pasaran, CAP minta haramkan terus
Menurut CAP, berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati gula-gula seperti itu termasuk gummy mata masih dijual secara terbuka.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan ketidaktentuan global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ketika hab kewangan global bersedia dengan pendirian bank pusat minggu ini.

Perjalanan lancar bermula dengan Pennzoil, minyak pelincir terunggul untuk prestasi unggul
Jenama premium yang dibawakan oleh UMW ini komited untuk terus menetapkan standard baharu yang lebih tinggi dalam penjagaan prestasi enjin.

Sime Darby dijenamakan semula sebagai 'Sime'
Selama lebih 100 tahun, kumpulan itu telah menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berkembang, mempamerkan ketangkasan dan daya tahannya.

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pusat Data Google: Sime Darby Property pemaju tunggal pertama di Malaysia laksana pajakan bina ikut kesesuaian
Pengaturan pajakan unik ini menandakan yang pertama dan satu-satunya yang seumpamanya setakat ini oleh pemaju di Malaysia.

Isu tular Taman Kucing Klang, MBDK nafi abai, aniaya kucing
MBDK menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti tular di media sosial.

Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.

Sime Darby perluaskan kilang pemasangan Porsche di Kulim
Kilang pemasangan Porsche terletak di Inokom, Kulim, Kedah, telah diperbesar dan kini seluas 11,000 meter persegi.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.

Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama
Konglomerat itu mempunyai barisan komprehensif EV hibrid merentasi spektrum jenama, daripada segmen premium dan peringkat pertengahan.