KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Malaysia merupakan antara yang paling optimis mengenai prospek ekonomi global pada 2022 berbanding rakan setara mereka di Asia Pasifik, menurut dapatan terkini oleh PricewaterhouseCoopers (PwC).
Kaji Selidik CEO Global Tahunan - Asia Pasifik Ke-25 PwC, dengan 4,446 CEO global sebagai responden antara Oktober - November 2021, mendapati keyakinan semakin meningkat di kebanyakan negara di Asia Pasifik, dengan 76% daripada responden menjangka pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh pada tahun akan datang.
Ia turut menunjukkan bahawa kira-kira 92% daripada CEO di Malaysia optimis bahawa pertumbuhan ekonomi global akan berubah dalam tempoh 12 bulan akan datang, memberikan prospek yang baik kepada negara.
"Malaysia berada hampir selepas India (94%), dengan Singapura hanya di belakang Malaysia (91%), bagaimanapun, CEO di China berasa kurang optimis berbanding tahun lepas, merosot sembilan mata kepada 62%.
“Tiada apa-apa yang “normal” mengenai dunia, dan kita sedang membiasakannya.
“Kami menyaksikan perbezaan dari segi keyakinan antara negara, dan tiada kekurangan cabaran untuk menghadapinya tetapi adalah menggalakkan apabila CEO yang kami temu bual secara keseluruhannya positif mengenai 2022,” kata Pengerusi PwC Global Bob Moritz dalam kenyataan pada Khamis.
Walaupun 50% daripada CEO ‘amat yakin’ mengenai prospek pertumbuhan pendapatan mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang, mereka turut menyedari mengenai potensi ancaman yang boleh memberi impak kepada syarikat mereka.
Dalam kalangan CEO Malaysia, kebimbangan mengenai turun naik makroekonomi mendahului senarai ancaman sebanyak 76% dalam persekitaran risiko yang semakin meningkat dalam ketidaktentuan pasaran kewangan yang meningkat dan pelarasan dasar monetari dalam ekonomi utama, diikuti risiko kesihatan (69%) dan risiko siber (67%).
Sementara itu, CEO Asia Pasifik mendahului rakan setara mereka di peringkat global dari segi komitmen sifar bersih dan neutral karbon berikutan 60 hingga 69% daripada mereka telah menyatakan atau meningkatkan komitmen terhadap sifar bersih dan/atau neutral karbon.
Selain itu, sebanyak 77% daripada CEO Asia Pasifik didapati pendekatan mereka telah dinilai dan disahkan secara bebas.
Jumlah yang lebih tinggi daripada CEO Asia Pasifik (43% berbanding 37% daripada CEO global) turut menetapkan sasaran pelepasan dalam strategi mereka.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Jan 21 2022
Kajian mendapati keyakinan semakin meningkat di kebanyakan negara di Asia Pasifik, dengan 76% daripada responden menjangka pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh pada tahun akan datang. -Dagang News
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
CEO Malaysia optimis prospek ekonomi global - PWC
Sebanyak 77% daripada CEO Asia Pasifik didapati pendekatan mereka telah dinilai dan disahkan secara bebas.
Davos 2020: Tiga laporan penting sempena hari pembukaan WEF
Pasukan editorial Astro AWANI di Davos merumuskan untuk anda keserasian dan percanggahan dalam ketiga-tiga hasil kajian.
Siswazah wanita utamakan gaji lebih baik, lelaki pilih kemajuan kerjaya
Mahasiswa daripada lebih 100 universiti mengundi untuk memilih jenama majikan pilihan mereka daripada sejumlah 83 syarikat meliputi 23 kategori.
Pelantikan PwC supaya siasatan audit YaPEIM bersifat bebas
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata ia juga bertujuan memulih dan mengembalikan semula kepercayaan orang ramai terhadap yayasan itu yang tercemar imejnya.
Salah laku dan kecuaian dikenal pasti dalam pentadbiran YaPEIM
LPA YaPEIM berasa bimbang dengan semua dapatan ini tetapi amat gembira dapat menyelesaikan urusan penelitian ini sebaik mungkin mengikut piawaian profesionalisme yang tinggi dengan kerjasama PwC.
Akaun Yapeim telah diaudit - Fuziah Salleh
Beliau bagaimanapun berkata keputusan sama ada laporan audit itu akan didedahkan kepada umum atau tidak, terpulang kepada lembaga pengarah Yapiem untuk menentukannya.
Teks perjanjian TPPA akan dihebahkan dalam tempoh 24 jam - Mustapa
Teks perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dihebahkan kepada umum dalam tempoh 24 jam melalui portal Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).