Pihak Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengenal pasti beberapa kemungkinan salah laku dan kecuaian oleh pihak pengurusannya sejak beberapa tahun lepas.
Pengerusi LPA YaPEIM Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata dapatan berkenaan diperolehi daripada pemantauan serta interaksi pihak pengurusan sejak Nov lepas dan laporan audit firma PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dilantik pada Disember 2018 bagi membuat semakan tadbir urus perolehan dan perbelanjaan.
"LPA YaPEIM berasa bimbang dengan semua dapatan ini tetapi amat gembira dapat menyelesaikan urusan penelitian ini sebaik mungkin mengikut piawaian profesionalisme yang tinggi dengan kerjasama firma PwC.
"Berhubung dengan isu-isu dibangkitkan media seperti bonus tinggi yang dinikmati oleh pengurusan kanan, isu bayaran guaman, dakwaan kerugian Ar-Rahnu dan isu-isu lain, dimaklumkan bahawa semua isu itu adalah isu lama di bawah LPA YaPEIM yang lepas.
"Sejak November 2018, pihak lembaga yayasan yang baharu telah meneliti kesemua hal berkaitan dan telah mengambil tindakan sewajarnya," katanya pada sidang media sempena Program Inspirasi Ramadan YaPEIM 2019 di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Daud berkata pihaknya telah menstruktur semula semua jawatankuasa khusus di bawah LPA YaPEIM bagi menambahbaik tadbir urus serta memastikan semak dan imbang yang sihat.
"Pihak kami juga telah menubuhkan Jawatankuasa Perolehan buat kali pertama di peringkat LPA bagi meneliti aspek perolehan YaPEIM.
"LPA YaPEIM juga telah meneliti aktiviti dan profil setiap anak syarikat milik penuh dan syarikat di bawah kawalan dan telah membuat keputusan untuk menjadikan sebahagian besar syarikat ini dorman untuk pengurangan kos pentadbiran dan juga menstruktur semula beberapa syarikat yang mengalami kerugian," katanya.
Mohd Daud berkata pihaknya juga telah menyemak semula semua skim ganjaran peringkat jawatankuasa dan lembaga pengarah anak-anak syarikat milik penuh dan institusi di bawah kawalan YaPEIM untuk mengurangkan kos pengurusan sebanyak mungkin.
Selain itu, beliau berkata LPA YaPEIM masih dalam perbincangan untuk menentukan formula dan kadar bonus kepada setiap staf termasuk pihak pengurusan kanan.
"Pihak kami secara prinsipnya bersetuju untuk menentukan kadar bonus berdasarkan kepada prestasi setiap pekerja...formula pengiraan bonus yang terpakai sebelum ini pada tahun-tahun lepas tidak akan dipakai lagi dan akan mengambil kira prestasi kewangan semasa dan keadaan ekonomi negara," jelasnya.
Mengulas mengenai Program Inspirasi Ramadan 2019, beliau berkata sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi membantu 5,200 keluarga miskin dan 14,000 individu yang terdiri daripada anak yatim dan miskin.
Baru-baru ini dilaporkan RM1 juta daripada dana anak yatim yang diamanahkan kepada YaPEIM telah digunakan bagi membayar yuran guaman peguam yang juga pembantu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu media juga melaporkan YaPEIM mengalami kerugian RM12 juta menerusi skim gadaian emasnya melibatkan 1,000 pelanggan projek gadaian Islam Ar-Rahnu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2019
![Salah laku dan kecuaian dikenal pasti dalam pentadbiran YaPEIM Salah laku dan kecuaian dikenal pasti dalam pentadbiran YaPEIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557933419_YaPEIMOfficial.jpg)
LPA YaPEIM masih dalam perbincangan untuk menentukan formula dan kadar bonus kepada setiap staf termasuk pihak pengurusan kanan.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711499190_FadzliHassan.jpg)
Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan
Bantuan khas kewangan RM2,000 yang diberi oleh Menteri Besar kepada penjawat awam pada November lepas dianggap sebagai 'bonus raya'.
!['Bonus' dua bulan gaji jika capai sasaran kutipan hasil - MB Pahang 'Bonus' dua bulan gaji jika capai sasaran kutipan hasil - MB Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704773317_TBkutipanhasil.jpg)
'Bonus' dua bulan gaji jika capai sasaran kutipan hasil - MB Pahang
Sehingga akhir tahun lalu, kutipan hasil kerajaan negeri Pahang mencecah RM1.306 bilion mengatasi RM1.28 bilion kutipan hasil tahun 2022.
![Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702360862_TBMohdShukriRaml.jpg)
Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji
Kerajaan Perlis bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji tertakluk minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri itu.
![Pahang umum bantuan khas kewangan satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam Pahang umum bantuan khas kewangan satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701668975_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Pahang umum bantuan khas kewangan satu bulan setengah gaji untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,000 kepada setiap penjawat awam negeri yang akan dikreditkan tahun depan.
![Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701412934_TBSAARANIjpg.jpg)
Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Penjawat awam Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji yang akan dibayar penuh pada 20 Dis ini.
![Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000 Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700972784_TBSUKKedah.jpg)
Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,600 kakitangan awam dan anggota pentadbiran di negeri itu.
![Hampir 4,000 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Hampir 4,000 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700806925_ChowKonYeow.jpg)
Hampir 4,000 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji
Chow berkata bayaran bonus kepada 3,867 penjawat awam negeri itu akan dibuat bulan Disember ini.
![Kelantan umum bantuan khas RM2,000 kepada penjawat awam Kelantan umum bantuan khas RM2,000 kepada penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700726405_NassuruddinDaud.jpg)
Kelantan umum bantuan khas RM2,000 kepada penjawat awam
Kerajaan Kelantan mengumumkan bayaran khas kewangan RM2,000 kepada penjawat awam negeri yang akan dibuat pada Februari tahun depan.
![Penjawat awam Johor terima dua bulan bonus Penjawat awam Johor terima dua bulan bonus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700719651_OnnHafizGhazi.jpg)
Penjawat awam Johor terima dua bulan bonus
Kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada kira-kira 13,400 penjawat awam negeri ini.
![Bonus dikecuali cukai: Cuepacs sifatkan keputusan PM Anwar munasabah Bonus dikecuali cukai: Cuepacs sifatkan keputusan PM Anwar munasabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670490821_PresidenKongresKes.jpg)
Bonus dikecuali cukai: Cuepacs sifatkan keputusan PM Anwar munasabah
Cuepacs menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk mengecualikan cukai ke atas pemberian bonus atau bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam di semua negeri.