CIMB Group Holdings Bhd hari ini mengumumkan Badlisyah Abdul Ghani akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank, berkuatkuasa 15 Ogos.
Menurut kenyataan CIMB Islamic Bank kepada Bursa Malaysia, ia memilih Mohd Shafri Shahul Hamid sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap bank itu dan bersetuju supaya Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan kumpulan memulakan proses mengenal pasti CEO baharu untuk bank berkenaan.
"Kami menghormati keputusan Badlisyah," kata Pengerusi CIMB Islamic Bank Datuk Dr Syed Muhammad Syed A Kadir, sepertimana dilaporkan Bernama.
Sementara itu, portal The Edge Markets melaporkan peletakan jawatan Badlisyah ada kaitan dengan kenyataan yang dibuatnya di sebuah laman sosial berhubung dokumen melibatkan transaksi dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Badlisyah baru-baru ini dilapor telah memberi kenyataan di akaun Facebook bahawa dokumen perbankan yang didakwa The Wall Street Journal sebagai transaksi dana 1MDB sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah palsu.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia mendakwa antara lain kod Swift pada dokumen itu tidak sepadan dengan dokumen asal dari Wells Fargo Bank di New York.
Bagaimanapun, pada hari sama, Badlisyah mengeluarkan kenyataan media dan mengaku kesalahan pada analisis dokumen dan pendapat yang dikeluarkan pada akaun Facebook itu hanya pendapat peribadi.
Pada posting Instagram 8 Julai 2015, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak telah meminta maaf dan berkata Badlisyah tidak sepatutnya memberi sebarang komen ke atas dokumen itu memandangkan ia adalah perkara teknikal.
Tambah Nazir, CIMB akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara itu.
Astro Awani
Tue Jul 14 2015
CIMB Group Holdings Bhd umum pengunduran Badlisyah Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
CEO Bank Islam letak jawatan
Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd, Khairul Kamarudin telah meletak jawatan pada Jumaat.
Prestasi industri penerbangan positif dalam 2018 - MAVCOM
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyatakan bahawa industri penerbangan komersial Malaysia akan kekal bertenaga dalam tahun 2018.
TH jawab tuduhan 'berbaur politik' berhubung pembelian tanah TRX
Lembaga Tabung Haji menjawab tuduhan berbaur politik tentang pembelian tanah di TRX. TH kata pembelian tanah di TRX akan memberi pulangan baik kepada TH dan pendepositnya