Celcom Axiata Bhd meningkatkan peruntukan Internet bagi pelan pascabayar Celcom FIRST, yang tersedia di seluruh negara mulai esok.
Ketua Pegawai Pemasarannya Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata Celcom FIRST Gold dan FIRST Platinum kini sudah dinaik taraf masing-masing kepada 20GB pada RM80 dan 60GB pada RM150, tanpa kos tambahan.
Beliau juga berkata ciri baharu Celcom FIRST, AnydayGB, membolehkan pelanggan menggabungkan peruntukan Internet hari biasa dan hujung minggu pada hanya RM10 sebulan.
"Sebelum ini, pelan Celcom FIRST menyediakan peruntukan Internet yang mencukupi. Namun susulan permintaan untuk ruang Internet yang lebih besar, pelan baharu Celcom FlRST ditambah dan menjadi lebih baik.
"Selain itu, pelanggan yang menggunakan pelan pascabayar semasa dengan Internet mudah alih, akan memperoleh peningkatan data yang ketara bagi pengalaman Internet mudah alih terbaik 4G," katanya pada taklimat media mengenai penambahbaikan produk itu di sini hari ini.
Pada taklimat itu, Zalman berkata pelan baharu itu yang dikenali sebagai FIRST Gold Plus akan diperkenalkan pada RM98 untuk 40GB, yang tersedia mulai esok sehingga 31 Dis tahun ini.
Beliau berkata pelan itu menampung pelanggan yang mahu memanfaatkan tawaran Internet terbaik daripada pelan Celcom FIRST.
Untuk pelanggan baharu, pelan Celcom FIRST akan tersedia mulai esok, manakala pelanggan Celcom FIRST Gold dan FIRST Platinum sedia ada - Celcom FIRST Gold perniagaan dan FIRST Platinum perniagaan - akan menikmati peruntukan baharu Internet itu mulai 1 Nov, tanpa caj tambahan.
Beliau berkata penyedia telekomunikasi itu kini mempunyai asas pelanggan melebihi satu juta bagi Celcom FIRST, dan berharap penambahbaikan itu akan meningkatkan jumlah pelanggannya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2016
Ciri baharu Celcom FIRST, AnydayGB, membolehkan pelanggan menggabungkan peruntukan Internet hari biasa dan hujung minggu pada hanya RM10 sebulan. - Foto Celcom
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Celcom tidak akan terlibat dengan perang harga
Celcom Axiata Bhd tidak akan terlibat dalam perang harga dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Operasi Perniagaan, Azwan Khan Osman Khan.
Celcom tingkat peruntukan internet pelan pelanggan Celcom FIRST
Celcom Axiata Bhd meningkatkan peruntukan Internet bagi pelan pascabayar Celcom FIRST, yang tersedia di seluruh negara mulai esok.
Celcom unjur 25 peratus pelanggannya sertai program kesetiaan
Celcom Axiata Bhd menjangka 25 peratus daripada 14 juta pelanggan sedia ada akan mendaftar bagi program kesetiaan baharunya menjelang akhir tahun ini.
Celcom sasar pertumbuhan satu angka perolehan setahun menerusi Escape
Escape ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Escape Axiata Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Celcom.