KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd (Celcom) menyasarkan untuk meningkatkan liputan dan kapasiti 4G LTE masing-masing sehingga 92 peratus di Sarawak dan 85 peratus di Sabah, menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Operasi (Teknologi) Celcom Afizulazha Abdullah berkata peningkatan tersebut akan membolehkan pengguna di Sabah dan Sarawak mendapat liputan 4G LTE yang lebih baik.
"Kami amat komited dengan pembangunan liputan serta rangkaian di Sabah dan Sarawak. Malah kedua-dua negeri tersebut amat penting untuk Celcom dan berharap pengguna di sana dapat menikmati liputan 4G yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk Celcom Memberikan Perkhidmatan Rangkaian Konsisten Dengan Liputan Terluas, terbitan Bernama TV yang disiarkan pada Khamis.
Mengulas selanjutnya, Afizulazha berkata Celcom juga amat mementingkan penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak, selaras dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA) serta kerjasama dengan pihak industri.
Pada April lepas, Celcom telah mengumumkan peruntukan lebih RM200 juta bagi penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak pada 2022 yang meliputi kerja peningkatan liputan dan kapasiti 4G LTE, Rangkaian Teras Celcom serta pelaburan bagi liputan fiber untuk Celcom Timur Sdn Bhd (CTSB).
Mengulas perancangan Celcom, Afizulazha berkata syarikat telekomunikasi itu telah menggunakan teknologi menyeluruh seperti 'multiple-output' (MIMO) yang dapat mengurangkan kesesakan trafik dan membolehkan lebih ramai pengguna memanfaatkan perkhidmatan Celcom tanpa sebarang gangguan.
Selain itu, beliau berkata penggunaan perkhidmatan telekomunikasi turut meningkat sehingga 60 peratus sewaktu pandemik COVID-19 yang bermula pada 2020 apabila penggunaan data bertambah kepada 30 gigabit (GB) sebulan berbanding 20GB sebulan sebelum pandemik.
Celcom turut menjangkakan penggunaan data tersebut akan terus meningkat walaupun negara kini berada dalam fasa peralihan ke endemik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
![Celcom sasar tingkat liputan 4G di Sabah, Sarawak menjelang akhir tahun ini Celcom sasar tingkat liputan 4G di Sabah, Sarawak menjelang akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41593763983_celcom.jpg)
Celcom menyasarkan untuk meningkatkan liputan dan kapasiti 4G LTE masing-masing sehingga 92 peratus di Sarawak dan 85 peratus di Sabah, menjelang akhir tahun ini.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Bursa Malaysia lulus penyenaraian, sebut harga 3.96 bilion saham baharu Digi Bursa Malaysia lulus penyenaraian, sebut harga 3.96 bilion saham baharu Digi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656470287_DigiCelcom.jpg)
Bursa Malaysia lulus penyenaraian, sebut harga 3.96 bilion saham baharu Digi
Digi menjelaskan mesti terlebih dahulu mematuhi sepenuhnya peruntukan yang relevan di bawah syarat-syarat penyenaraian berkaitan.
![Celcom sasar tingkat liputan 4G di Sabah, Sarawak menjelang akhir tahun ini Celcom sasar tingkat liputan 4G di Sabah, Sarawak menjelang akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41593763983_celcom.jpg)
Celcom sasar tingkat liputan 4G di Sabah, Sarawak menjelang akhir tahun ini
Peningkatan tersebut akan membolehkan pengguna di Sabah dan Sarawak mendapat liputan 4G LTE yang lebih baik.
![Kesalinghubungan internet: Saifuddin harap kerajaan negeri kurangkan birokrasi Kesalinghubungan internet: Saifuddin harap kerajaan negeri kurangkan birokrasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603837094_TemuMindaKKMM.jpg)
Kesalinghubungan internet: Saifuddin harap kerajaan negeri kurangkan birokrasi
Kerenah birokrasi seboleh-bolehnya harus dibuang bagi membantu usaha kerajaan mempercepatkan lagi capaian atau kesalinghubungan internet dalam negara yang kini menjadi kemudahan penting.
![Jalin kerjasama dengan Celcom Axiata, OlaBola The Musical janji persembahan luar biasa Jalin kerjasama dengan Celcom Axiata, OlaBola The Musical janji persembahan luar biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61517457305_olabolamuzikal.jpg)
Jalin kerjasama dengan Celcom Axiata, OlaBola The Musical janji persembahan luar biasa
Kerjasama itu menyaksikan pementasan teater terbesar tahun ini itu dipersembahkan dengan teknologi tercanggih yang pernah disaksikan di Malaysia.
![Celcom Axiata taja BAM hingga Sukan Olimpik 2020 Celcom Axiata taja BAM hingga Sukan Olimpik 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81506695714_BAM.jpg)
Celcom Axiata taja BAM hingga Sukan Olimpik 2020
Celcom Axiata Berhad melanjutkan kontrak selaku penaja utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hingga temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
![Celcom Axiata akan perkenal tiga produk sebelum akhir tahun Celcom Axiata akan perkenal tiga produk sebelum akhir tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442826881_CelcomAxiataBerhad.jpg)
Celcom Axiata akan perkenal tiga produk sebelum akhir tahun
Produk baharu mungkin dalam bentuk segmen pasca bayar, prabayar dan kandungan.