SEBELUM INI, landskap perniagaan melibatkan urusan jual beli dan perkongsian maklumat adalah secara tradisional dan manual.
Namun, semua itu berubah apabila negara berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang memerlukan perniagaan mengadaptasi jual beli dan perkongsian maklumat secara dalam talian bagi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.
Meskipun berlaku peningkatan dalam aktiviti perniagaan secara dalam talian, masih ramai perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sektor korporat dan awam yang masih ragu-ragu untuk mendigitalkan perniagaan atau organisasi mereka disebabkan oleh kekurangan pendedahan, pengetahuan dan bimbingan.
Celcom Axiata Berhad melalui Celcom Business membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti dengan ekosistem penyelesaian/solusi seperti khidmat mudah alih yang menyediakan sambungan lancar di mana jua; solusi talian tetap yang menyampaikan ketersambungan berkelajuan tinggi dan berprestasi baik; solusi IoT yang mewujudkan mesin pintar dan aset pintar; solusi awan yang mengendali dan mentransformasi data melalui pengkomputeran awan dan solusi keselamatan siber yang melindungi data dan harta intelek.
Menyedari kepentingan perniagaan dan organisasi berdaya saing pada era digitalisasi kini, Celcom Business tampil sebagai rakan niaga yang dipercayai untuk membantu perniagaan mencapai potensi penuh untuk terus maju.
PKS, sektor korporat dan sektor awam kini boleh menikmati segala kelebihan yang ditawarkan untuk membolehkan mereka mengakses kepada pasaran yang lebih luas.
PKS capai asimilasi digital dalam perniagaan dengan lebih mudah dan ringkas
Sering kali kita mendengar keluhan daripada PKS berkenaan kebuntuan mereka untuk mendigitalisasi perniagaan kerana mereka berpendapat bahawa proses itu bakal menelan kos yang tinggi, terutamanya apabila melibatkan penggunaan teknologi digital.
Celcom Business komited untuk membantu mereka menyediakan penyelesaian digital yang mudah untuk dipraktikkan dalam perniagaan seharian.
PKS seperti industri makanan dan minuman (F&B), kedai runcit atau syarikat pemula, kini boleh mencapai lebih ramai pengguna, meraih keuntungan setiap bulan dan seterusnya tahunan dengan penyelesaian digital daripada Celcom Business.
Celcom Business bersama rakan kongsi digital (global dan tempatan) menyediakan penyelesaian digital mudah kepada perniagaan dengan menyediakan siri kepimpinan melalui webinar untuk memberi pendedahan teknologi terkini yang dapat membantu kelangsungan dan kelancaran operasi harian perniagaan.
Antara produk yang ditawarkan oleh Celcom Business adalah seperti penyelesaian berasaskan awan (Azure, inOrder); penyelesaian produktiviti (Google Workspace, inSuite, Microsoft365); penyelesaian pembayaran (MESINKIRA, POS, mPOS); solusi pengiklanan (Location Based Advertising, Bulk Messaging, Social Media Messaging) dan solusi talian mudah alih serta sambungan talian tetap (MEGA™ for Business, Business Fibre dan Business Wireless).
Celcom Business membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan perniagaan sektor korporat
Bagi segelintir mereka dalam sektor korporat, digitalisasi bukanlah perkara baharu, malahan ianya masih diperlukan dan berpotensi menaik taraf kepada sistem yang lebih efisien dan pantas.
Melalui kepakaran rakan niaga industri dan digital yang bertaraf dunia, Celcom Business boleh membantu sesebuah organisasi meningkatkan pengetahuan, memacu kreativiti, menerokai serta bekerjasama dalam penghasilan produk baharu yang dikuasakan oleh teknologi daripada Celcom.
Antara produk yang disediakan oleh Celcom Business, terdapat penyelesaian mudah alih seperti MEGA™ for Business, Location Based Advertising, Bulk Messaging, Social Media Messaging dan M2M; solusi talian tetap seperti Business Fibre, SD-WAN, Internet Leased Line, IPVPN; solusi IoT seperti Pertanian Pintar, Pemantauan Pintar dan lain-lain; solusi Awan seperti Azure dan solusi keselamatan siber seperti Cyber Threat, CyberRisk Rating dan Cyber Guard.
Perkhidmatan sektor awam lebih teratur dan cekap
Kini, sektor awam tidak terkecuali untuk mengadaptasi teknologi digital di dalam organisasi mereka.
Teknologi digital jelas menjadikan sesebuah organisasi lebih efisien dan produktif meliputi pelbagai sektor/agensi di bawahnya, sekali gus memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Antara penyelesaian yang dilaksanakan oleh Celcom Business ialah kerjasama dalam mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan termasuk membantu membina bandar mampan untuk negara.
Menerusi kepimpinan dan pengalaman Celcom selama lebih 34 tahun, semua segmen perniagaan boleh menikmati penyelesaian bertaraf dunia dengan kepakaran yang dipercayai.
Celcom Business membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam dengan ekosistem solusi seperti khidmat mudah alih yang menghubungkan orang, solusi talian tetap yang menghubungkan lokasi; solusi IoT yang menghubungkan mesin; solusi awan yang mengendali data dan solusi keselamatan siber yang melindungi data.
Untuk maklumat lanjut mengenai ekosistem solusi Celcom Business, sila layari www.business.celcom.com.my
*Artikel ini adalah hasil kerjasama bersama Celcom.
Ehsan A Marisah
Mon Sep 12 2022
PKS, sektor korporat dan awam kini boleh menikmati kelebihan yang ditawarkan untuk membolehkan mereka mengakses kepada pasaran yang lebih luas. - Foto Celcom
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Celcom Business tingkat kecekapan, produktiviti perniagaan dengan ekosistem penyelesaian berpatutan
Celcom Business tampil sebagai rakan niaga yang dipercayai untuk membantu perniagaan mencapai potensi penuh untuk terus maju.