KUALA LUMPUR: Malaysia seharusnya tidak mempunyai masalah untuk menarik pelaburan berimpak tinggi yang sesuai dengan keperluan teknologi dan seterusnya membuka peluang pekerjaan.
Namun, Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, biarpun mempunyai kelebihan, negara perlu mencari industri dan mewujudkan insentif yang sesuai, selain membuang kerenah birokrasi.
"Apa yang Indonesia, Vietnam dapat kita sudah dapat 20 tahun lepas. Kita ada tenaga kerja yang cukup, malah siap ambil dari luar. Tetapi sekarang negara-negara lain sudah terbuka jadi kita kena pantas untuk bersaing, sesuaikan diri dengan peluang.
"Kita kena cari indsutri yang sesuai dengan keupayaan, kita ramai graduan teknikal, cari industri yang sesuai untuk mereka. Mereka ini ada kepintaran, masuk enam bulan pun sudah boleh sesuaikan diri. Beri insentif menarik dan berbeza, hal birokrasi juga kena selesaikan. Kalau tak ada masalah, jalan saja.
"Kita sudah ada semua kemudahan, pelabuhan, lapangan terbang, jalan raya yang baik, tetapi kena ada komitmen tinggi, macam Singapura. Apabila pergi negotiate, nak apa, kita bagi. Cepat beri keputusan dan tahu apa yang dimahukan," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam diskusi Agenda AWANI bertajuk Bajet 2022: Menjadikan Malaysia Berdaya Saing Pasca Pandemik, malam ini.
Dalam masa yang sama, beliau juga menarik perhatian terhadap bidang pendidikan yang akan menjadi penggerak sektor industri.
Dengan Kementerian Pendidikan menerima peruntukan kedua tertinggi Bajet 2022 selepas Kementerian Kesihatan, Sulaiman berpendapat tidak wajar tanggungjawab pengurusan diletakkan di bahu kerajaan semata-mata.
"Isu sekarang bukan pada hardware tetapi content. Kedua, perlu rapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Hal ini mungkin boleh diselesaikan dengan latihan khusus untuk guru-guru. Apatah lagi dalam situasi kita sudah kehilangan dua tahun akibat pandemik.
"Bincang dengan ibu bapa, apa masalahnya. Apa pula penyelesaian, adakah dengan mengadakan program khas, tuisyen, atau komputer riba masih belum cukup? Ubah suai ikut keperluan.
Tambahnya, semua pihak terbabit dalam sistem pendidikan perlu tahu selok belok sistem berkenaan, mempunyai pengetahuan yang baik dalam pengurusan bajet yang diberikan dan tidak berterusan menyalahkan Kementerian Kewangan yang memberi peruntukan.
"Jangan hanya cakap oh, ini peruntukan sudah ada. Tidak, ia tidak berakhir di situ. Kena fikir pula pengurusan bajet, di luar bandar bagaimana, di Sabah dan Sarawak pula bagaimana.
"Semua pihak kena on top of things, tahu semua perkara, bukan sahaja di kementerian tetapi juga di pihak jabatan, sekolah dan guru-guru," ujarnya.
Madiha Abdullah
Sun Oct 31 2021
![Cari industri bersesuaian, buang kerenah birokrasi mampu tarik pelaburan berimpak tinggi Cari industri bersesuaian, buang kerenah birokrasi mampu tarik pelaburan berimpak tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634695888_MALAYSIA.jpg)
Biarpun mempunyai kelebihan, negara perlu mencari industri dan mewujudkan insentif yang sesuai, selain membuang kerenah birokrasi. - Gambar hiasan/Reuters
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024 Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695393055_UnitedNationsGener.jpg)
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.
![Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683015209_NaimMokhtar.jpg)
Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
![Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680557528_PandelelaRinong.jpg)
Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.
![#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023 #SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653914122_duitringgit.jpg)
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
![Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675066272_banjirDUNDuyong.jpg)
Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.
![KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673882655_Cerun.jpg)
KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.
![Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671705831_SaaraniMohamad.jpg)
Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.
![Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671608836_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.
![Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671503029_duit.jpg)
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.
![ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669972338_PanglimaTenteraLaut.jpg)
ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).