KUALA LUMPUR: Pengeluar pakaian dalam wanita, Caely Holdings Berhad menegaskan bahawa mereka tidak menerima surat rasmi mengenai arahan pembekuan semua akaun bank kumpulan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Caely dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, arahan pembekuan akaun itu hanya diketahui menerusi notis daripada CIMB Bank pada 13 April 2022.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Caely Lim Chee Pang berkata, pihaknya sudah bertemu dengan pihak berkuasa dan akan mencari jalan terbaik bagi memastikan akaun bank mereka dilepaskan daripada pembekuan bagi memastikan operasi perniagaan dapat diteruskan.
"Kami mengesahkan bahawa kami sudah berhubung dengan pihak berkuasa dan bersedia memberikan apa sahaja kerjasama atau bantuan yang diperlukan bagi menyelesaikan perkara ini
"Kami perlu memberi penjelasan kepada pemegang saham mengenai cara perniagaan dijalankan dan lembaga pengarah sedang memantau perkara itu serta bekerjasama bersama pengurusan bagi memastikan akaun itu tidak dibekukan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Isnin lalu, Caely mengumumkan bahawa pihak berkuasa telah mengeluarkan perintah pembekuan untuk membekukan operasi semua akaun bank Caely Group of Companies.
Chee Pang berkata, pihak pengurusan masih menilai impak daripada perintah pembekuan akaun bank dan berusaha memastikan operasi harian tidak terjejas.
"Buat masa sekarang pembekuan akaun itu memberi kesukaran kepada kakitangan Caely serta pembekal dan vendor," katanya.
Caely bermula dengan perniagaan jualan langsung pakaian dalam wanita secara berskala kecil sebelum disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan mempunyai kilang dan bangunan sendiri terletak di Teluk Intan, Perak.
Destinasi eksport utama Caely untuk produk pakaian dalam di bawah pengeluar barangan tulen (OEM) ketika ini ialah Jerman, Amerika Syarikat dan Kanada, namun, baru-baru ini pihaknya mula mendapat lebih banyak pertanyaan daripada syarikat di Turki, Perancis dan Australia.
Caely, yang ditubuhkan pada 1986 turut memperuntukkan RM5 juta sebagai modal kerja pada Oktober 2021 untuk mempelbagaikan produk termasuk pengeluaran pelitup muka fabrik. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Apr 20 2022
![Caely tidak terima arahan pembekuan akaun secara terus SPRM Caely tidak terima arahan pembekuan akaun secara terus SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650330838_TBCAELY.jpg)
Pihak pengurusan Caely masih menilai impak daripada perintah pembekuan akaun bank dan berusaha memastikan operasi harian tidak terjejas.- Dagang News
JKM sudah temu bual 2 keluarga terdekat berhubung isu penjagaan adik Zayn Rayyan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat ini sudah menemu bual dua ahli keluarga terdekat Zayn Rayyan Abdul Matiin berhubung isu penjagaan adiknya, Zahin Mateen yang masih dalam jagaan sementara jabatan itu.
Pembelaan tak dapat sahkan kesahihan
Ibu Bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin belum menerima sebarang maklum balas daripada polis berhubung kebocoran gambar dan beberapa butiran yang didakwa ada kaitan dengan siasatan kes kematian kanak-kanak autistik itu yang dimuat naik dalam Telegram Edisi Siasat.
![Mahkamah tetapkan 24 Okt dengar permohonan pengarah, penerbit filem Mentega Terbang Mahkamah tetapkan 24 Okt dengar permohonan pengarah, penerbit filem Mentega Terbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706085641_TBMentegaterbang.jpg)
Mahkamah tetapkan 24 Okt dengar permohonan pengarah, penerbit filem Mentega Terbang
Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu pada sebutan kes hari ini, yang turut dihadiri pengarah dan penerbit filem berkenaan, Mohd Khairianwar Jailani dan Tan Meng Kheng.
Pembelaan mohon nama Zayn Rayyan Abdul Matiin ditukar kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat dimaklumkan nama kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember lalu telah ditukar kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan.
![Dua nelayan Indonesia didakwa edar 10.61kg dadah Dua nelayan Indonesia didakwa edar 10.61kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721986723_TBMahkamah.jpg)
Dua nelayan Indonesia didakwa edar 10.61kg dadah
Dua nelayan warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 10.61 kilogram (kg), minggu lepas.
![Murid tahun empat maut akibat keracunan makanan di Sandakan Murid tahun empat maut akibat keracunan makanan di Sandakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721985914_TBracun.jpg)
Murid tahun empat maut akibat keracunan makanan di Sandakan
Seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di Sandakan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan, semalam.
![PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721985963_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian
Perdana Menteri mahu DBKL memberi perhatian dan keutamaan kepada pembangunan semula Pasar Dato Keramat yang dilihat sangat daif.
![Fazura impi berlakon sinetron Indonesia Fazura impi berlakon sinetron Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721985744_FazuraSharifuddin.jpg)
Fazura impi berlakon sinetron Indonesia
Lebih 20 tahun membina kerjaya dalam bidang seni, pelakon Nur Fazura kini memasang impian untuk membintangi sinetron Indonesia.
![Kebocoran maklumat di Edisi Siasat: 'Kami tak dapat sahkan kesahihan' - Peguam Kebocoran maklumat di Edisi Siasat: 'Kami tak dapat sahkan kesahihan' - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721982235_ZaynRayyan.jpg)
Kebocoran maklumat di Edisi Siasat: 'Kami tak dapat sahkan kesahihan' - Peguam
Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin belum menerima sebarang maklum balas daripada polis berhubung kebocoran gambar dan beberapa butiran.
![Bangladesh lanjutkan perintah berkurung, tahan penunjuk perasaan Bangladesh lanjutkan perintah berkurung, tahan penunjuk perasaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721974749_BangladeshArmy.jpg)
Bangladesh lanjutkan perintah berkurung, tahan penunjuk perasaan
Bangladesh melonggarkan perintah berkurung pada Jumaat dan Sabtu selama sembilan jam di tengah-tengah tindakan tegas terhadap protes pelajar.
![Caely tidak terima arahan pembekuan akaun secara terus SPRM Caely tidak terima arahan pembekuan akaun secara terus SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650330838_TBCAELY.jpg)
Caely tidak terima arahan pembekuan akaun secara terus SPRM
Caely berkata, arahan pembekuan akaun itu hanya diketahui menerusi notis daripada CIMB Bank pada 13 April 2022.