KUALA LUMPUR: Berikutan cuti umum Wilayah Persekutuan hari ini, Bursa Malaysia Securities Bhd menginjak tarikh penggantungan dagangan TH Heavy Engineering Bhd kepada 10 Disember daripada 9 Disember 2021, seperti yang diumumkan pada Rabu.
Bursa Securities juga mengubah tarikh nyahsenarai sekuriti syarikat kepada 14 Disember daripada 13 Disember 2021, menurutnya dalam makluman petang semalam.
"Sekuriti syarikat akan dinyahsenarai pada 14 Disember ini melainkan rayuan dikemukakan kepada Bursa Securities pada atau sebelum 9 Disember 2021.
"Sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tempoh rayuan ini tidak akan dipertimbangkan oleh Bursa Securities," katanya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena meraikan kemenangan Kuala Lumpur FC (KL City) pada piala akhir Piala Malaysia, kelmarin.
Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya juga akan ditutup esok dan kembali beroperasi pada Isnin, 6 Disember.
Bursa Securities bertindak menggantung dagangan TH Heavy Engineering selepas menolak permohonan syarikat untuk meminta lanjutan tambahan selama enam bulan sehingga April 2022 bagi membolehkannya mengemukakan pelan penyusunan semula yang sepatutnya berakhir 22 Oktober lalu.
Ketika mengakhiri dagangan petang ini, harga saham TH Heavy Engineering merosot 5 sen atau 76.92% kepada 1.5 sen dengan 134.3 juta saham diniagakan.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Dec 03 2021

Bursa Malaysia Securities Bhd menginjak tarikh penggantungan dagangan TH Heavy Engineering Bhd kepada 10 Disember daripada 9 Disember 2021, seperti yang diumumkan pada Rabu. -Dagang News

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.

Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan
Pada pukul 9.40 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.06 mata atau 0.65 peratus kepada 1,565.72 daripada 1,555.66 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.84 mata atau 0.69 peratus kepada 1,560.55 daripada penutup semalam pada 1,571.39.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.