KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, dipacu pembelian semasa harga murah susulan penurunan semalam, yang menjadikan saham lebih menarik kepada pelabur.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.48 mata kepada 1,629.55 daripada 1,622.07 ketika ditutup Isnin.
Indeks itu dibuka 3.16 mata lebih tinggi kepada 1,625.23.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 353 berbanding 122, manakala 291 kaunter tidak berubah, 1,705 kaunter tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 291.12 juta unit bernilai RM184.96 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI susut kepada hampir 1,620 semalam apabila aktiviti penjualan memperoleh momentum dalam keadaan penjualan besar-besaran serantau.
"Kami terkejut dengan penjualan itu, mungkin disebabkan ketidaktentuan yang semakin meningkat dalam kancah politik Amerika Syarikat (AS).
"Namun begitu, kami menjangkakan beberapa aktiviti membeli saham berharga murah hari ini dan indeks mungkin berlegar dalam julat 1,625 hingga 1,635," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Wall Street meningkat semula semalam berikutan penjualan ketara pada sesi sebelumnya, ketika pelabur menilai kesan daripada pengunduran Joe Biden daripada pilihan raya Presiden.
"Sementara itu, tumpuan juga akan diberikan kepada Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS, yang akan dikeluarkan pada 26 Julai, 2024.
"Susulan itu, Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 128 mata, manakala Nasdaq melonjak 281 mata apabila hasil 10 tahun AS menokok lebih tinggi kepada 4.25 peratus," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 6.0 sen kepada RM10.12, CIMB Group naik 5.0 sen kepada RM7.17, IHH Healthcare meningkat 4.0 sen kepada RM6.30 manakala Tenaga Nasional dan Public Bank masing-masing menokok 2.0 sen kepada RM14.46 dan RM4.21.
Antara saham aktif, Well Chip Group melonjak 56.0 sen kepada RM1.71, Pegasus Heights naik setengah sen kepada satu sen, dan Eversendai Corporation Bhd menambah 4.0 sen kepada 61.5 sen.
Sapura Energy dan BWYS Group masing-masing tidak berubah pada 4.0 sen 35 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 70.07 mata kepada 12,617.58, Indeks FBMT 100 meningkat 68.04 mata kepada 12,195.31, dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 75.10 mata kepada 12,982.69, dan Indeks FBM 70 melonjak 148.73 mata kepada 18,826.31 manakala Indeks FBM ACE naik 29.65 mata kepada 5,920.57.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 71.51 mata kepada 17,972.33, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.96 mata kepada 195.91, Indeks Tenaga menokok 1.43 mata kepada 963.49 serta Indeks Perladangan menambah 17.78 mata kepada 7,226.16.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.48 mata kepada 1,629.55 daripada 1,622.07 ketika ditutup Isnin.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.