KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia hampir tidak berubah semasa sesi dagangan pagi pada Selasa dalam keadaan sentimen berhati-hati berikutan prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.
Pada 9.35 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.34 mata kepada 1,511.68 daripada 1,511.34 ketika ditutup semalam.
Indeks barometer itu dibuka 1.03 mata lebih rendah kepada 1,510.31.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 268 berbanding 217, manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,437 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 55.53 juta unit bernilai RM247.64 juta.
Menurut Malacca Securities sentimen lembap di China boleh menjejaskan keadaan di pasaran tempatan di samping aktiviti pengambilan untung boleh berterusan dalam tempoh terdekat.
Firma pembrokeran itu menjelaskan walaupun kebanyakan indeks sektor mencatatkan pergerakan rendah pada ketika ini berikutan pengambilan untung namun pihaknya menjangkakan pembelian semasa harga murah muncul dalam segmen pembinaan, hartanah dan bahan binaan.
Pembelian itu akan disokong oleh pemangkin dagangan iaitu kemungkinan projek kereta api berkelakuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura dilaksanakan semula di samping perkembangan berterusan di Johor, tambahnya.
"Sementara itu, kami memilih saham pengguna dan telekomunikasi memandangkan ciri defensifnya," menurut firma itu.
Antara yang berwajaran tinggi, TNB naik dua sen kepada RM10.76, IHH Healthcare menokok satu sen kepada RM6.15, Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM6.71, Hong Leong Bank tidak berubah pada RM19.20, Maybank dan Public Bank masing-masing susut satu sen kepada RM9.31 dan RM4.40 manakala CIMB turun tiga sen kepada RM6.20.
Bagi saham aktif, Wentel Engineering meningkat 1.5 sen kepada 27.5 sen, Minetech naik setengah sen kepada 14 sen, TWL Holdings tidak berubah pada empat sen dan Reneuco susut satu sen kepada 8.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 5.44 mata kepada 11,218.66, Indeks FBMT 100 menambah 4.62 mata kepada 10,887.79, Indeks FBM 70 menokok 15.22 mata kepada 15,135.92, Indeks FBM Emas Syariah naik 18.39 mata kepada 11,254.98 namun Indeks FBM ACE kurang 10.16 mata kepada 4,693.23.
Mengikut sektor, Indeks Hartanah susut 0.89 mata kepada 901.07, Indeks Perladangan meningkat 22.22 mata kepada 7,178.43, dan Indeks Tenaga naik 1.32 mata kepada 870.99.
Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 20.79 mata kepada 16,959.45 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.01 mata kepada 171.82.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024

Pada 9.35 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.34 mata kepada 1,511.68 daripada 1,511.34 ketika ditutup semalam. - Gambar fail/Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.