Harga saham di Bursa Malaysia diunjur kukuh minggu ini, dipacu penyelesaian isu jurang fiskal Amerika Syarikat, persekitaran ekonomi Jepun dan China yang bertambah baik, kenaikan harga komoditi serta momentum teknikal yang kukuh.

Menurut penganalisis , Wall Street dan indeks dunia lain telah mencatatkan keuntungan sehari terbesar dalam masa lebih setahun selepas Kongres Amerika mencapai kompromi untuk mengelak tebing fiskal.

Penganalisis pasaran jug amenyatakan kenaikan harga komoditi yang perlahan juga berkemungkinan membantu saham berkaitan sumber untuk mengalami kenaikan.

Walaupun kebimbangan isu jurang fiskal telah reda dan tumpuan kini beralih kepada usaha menangani siling hutang awal Amerika, pedagang yakin sebarang penjualan berkemungkinan sebagai pembetulan, sederhana, sementara dan didagangkan kecil.

Minggu yang baru berakhir bermula dengan kenaikan pada Isnin, yang juga merupakan hari dagangan terakhir 2012, yang mencatatkan paras tertinggi baru pada pada 1,688 mata.

Mengenai saham pilihan, pasaran akan kebanyakannya mencari saham pengguna menjelang aktiviti membeli belah sempena Tahun Baru Cina dan Thaipusam.