KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham wajaran tinggi dan permodalan kecil terpilih.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.82 mata kepada 1,491.19 daripada paras penutup 1,486.37 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.98 mata kepada 1,487.35, bergerak antara jajaran 1,485.51 dan 1,493.98 sepanjang sesi dagangan.
Aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi diterajui YTL Power, yang melonjak 19 sen atau 5.26 peratus kepada RM3.80, diikuti Axiata yang naik 14 sen atau 5.51 peratus kepada RM2.68, manakala YTL Corporation meningkat 11 sen atau 5.05 peratus kepada RM2.29. Ketiga-tiga saham ini menyumbang 6.681 mata kepada kenaikan indeks komposit.
Sejajar dengan momentum positif itu, keseluruhan pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 644 berbanding 375, manakala 428 kaunter tidak berubah, 816 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.
Jumlah dagangan menyusut kepada 4.79 bilion unit bernilai RM3.12 bilion daripada 5.39 bilion unit bernilai RM2.73 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup tinggi sedikit apabila strategi 'membeli pada harga rendah' berterusan susulan penjualan baru-baru ini.
Bagaimanapun, indeks utama serantau ditutup kebanyakannya rendah disebabkan jualan saham hartanah di China dan Hong Kong apabila para pelabur kecewa dengan langkah-langkah kerajaan untuk merangsang ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Namun berita positifnya, Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) membayangkan kemungkinan penurunan kadar walaupun ada sebahagian pegawai memberikan bayangan yang berbeza dengan jangkaan pasaran.
"Di bursa tempatan, para pelabur memilih untuk mengambil pendekatan berhati-hati berikutan peningkatan ketidaktentuan global.
"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI kekal stabil dengan kecenderungan meningkat pada minggu ini, berada dalam jajaran antara 1,480 dan 1,500 mata dengan paras sokongan segera pada 1,475 dan paras rintangan pada 1,500," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM9.01, Public Bank turun satu sen kepada RM4.34, CIMB jatuh empat sen kepada RM5.97, Petronas Chemicals berkurangan tujuh sen kepada RM6.71 manakala IHH Healthcare menyusut tiga sen kepada RM5.97.
Tenaga naik empat sen kepada RM10.48, CelcomDigi meningkat tiga sen kepada RM5.97, manakala Hong Leong Bank menokok 1.17 peratus atau 22 sen kepada RM19.02.
Dalam kalangan kaunter cergas, Sarawak Consolidated meningkat 14.5 sen kepada 43.5 sen, Widad Group naik 2.5 sen kepada 13.5 sen, Leform menambah dua sen kepada 18 sen, Jentayu Sustainables menokok 4.5 sen kepada 54.5 sen, manakala Minetech jatuh satu sen kepada 15.5 sen.
YNH Property mencecah had penurunannya selepas jatuh 30 sen untuk ditutup hari ini kepada 55.5 sen. Kaunter itu merupakan saham paling aktif diniagakan dengan 233.77 juta saham bertukar tangan.
Ini merupakan kali ketiga saham itu mencecah paras had penurunannua dalam tempoh dua minggu lepas.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 57.06 mata kepada 11,122.22, Indeks FBM 70 melonjak 110.41 mata kepada 15,151.8, Indeks FBMT 100 naik 46.0 mata kepada 10,780.29, Indeks FBM Emas Shariah menambah 62.03 mata kepada 11,232.7, dan Indeks FBM ACE meningkat 43.65 mata kepada 4,833.8.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 8.33 mata kepada 16,621.85, Indeks Hartanah naik 14.63 mata kepada 905.6, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.51 mata kepada 173.43, manakala Indeks Tenaga menambah 11.03 mata kepada 854.35.
Bagaimanapun, Indeks Perladangan jatuh 12.36 mata kepada 7,150.73.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 3.03 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.28 bilion unit bernilai RM2.40 bilion pada Jumaat.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 663.47 juta unit bernilai RM98.55 juta daripada 530.55 juta unit bernilai RM65.93 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 1.09 bilion saham bernilai RM223.62 juta daripada 1.56 bilion saham bernilai RM261.65 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 323.48 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (992.03 juta); pembinaan (231.47 juta); teknologi (151.15 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (128.19 juta); hartanah (721.56 juta); perladangan (47.21 juta); REITs (13.92 juta), dana tertutup (25,000); tenaga (138.39 juta); penjagaan kesihatan (78.79 juta); telekomunikasi dan media (52.4 juta); pengangkutan dan logistik (42.26 juta); dan utiliti (107.36 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
![Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari kedua berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705572369_BursaMalaysia.jpg)
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.98 mata kepada 1,487.35, bergerak antara jajaran 1,485.51 dan 1,493.98 sepanjang sesi dagangan. - Gambar fail/Bernama
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739871082_TBMaxis.jpg)
Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.
![MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739861527_KLIA.jpg)
MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.
![Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734701958_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.
![Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.
![Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.
![Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731988419_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.
![Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.
![Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028 Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739245374_haosek.jpg)
Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.
![Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.