KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Selasa berikutan dagangan suram apabila pelabur tidak aktif dalam minggu urus niaga singkat susulan cuti hujung tahun, kata peniaga.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.60 mata dan mencecah paras terendah intra harian pada 1,450.78 daripada 1,454.38 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Indeks penanda aras itu dibuka susut 0.30 kepada 1,454.08 dan mencecah paras intra harian terendah pada 1,456.66 sebelum terus susut sehingga dagangan ditutup.
Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 454 berbanding 376 manakala 447 kaunter tidak berubah, 1,028 tidak diniagakan dan 15 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.91 bilion unit bernilai RM1.96 bilion daripada 2.97 bilion unit bernilai RM1.84 bilion pada Jumaat lepas.
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong berkata pasaran tempatan turut diheret turun oleh kelemahan dalam lebih dua pertiga konstituen indeks berkenaan.
"Bagi prospek masa depan, kami menjangkakan aliran penurunan akan berlaku berikutan kekurangan pemangkin baharu yang dapat merangsang pasaran.
"Memandangkan aktiviti pasaran agak suram, kami berpendapat bahawa sebarang potensi pemulihan adalah terhad dalam masa terdekat ini.
"Bagaimanapun, kami tidak menolak kemungkinan berlakunya aktiviti memperelok akaun pada hari-hari terakhir dagangan bagi 2023," katanya.
Pada masa sama, Leong berkata para pelabur akan turut memantau Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang akan diumumkan esok.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank tidak berubah pada RM8.89, Tenaga Nasional naik satu sen kepada RM10.00 manakala Public Bank turun satu sen kepada RM4.24, CIMB rugi dua sen kepada RM5.78 dan Petronas Chemicals susut tiga sen kepada RM7.19.
Bagi saham aktif, Minetech menokok dua sen kepada 15.5 sen, Sarawak Cable untung lapan sen kepada 28 sen manakala Mercury Securities susut lapan sen kepada 55 sen, Bina Puri dan Leform masing-masing berkurangan satu sen kepada 8.5 sen dan 41 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM 70 naik 8.75 mata kepada 14,625.59, Indeks FBM ACE menokok 2.77 mata kepada 5,218.97, Indeks FBM Emas Syariah turun 5.04 mata kepada 11,011.53, Indeks FBM Emas berkurangan 14.77 mata kepada 10,805.15 dan Indeks FBMT 100 merosot 17.75 mata kepada 10,467.18.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perladangan turun 38.32 mata kepada 6,998.13, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.22 mata kepada 172.54, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 55.64 mata kepada 16,191.44 manakala Indeks Hartanah naik 1.45 mata kepada 863.92 dan Indeks Tenaga menokok 0.83 mata kepada 819.43.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.89 bilion unit bernilai RM1.67 bilion berbanding 1.65 bilion unit bernilai RM1.54 bilion pada Jumaat lepas.
Selain itu, jumlah waran berkurangan kepada 116.57 juta unit bernilai RM12.84 juta daripada 574.73 juta unit bernilai RM69.88 juta yang dicatatkan sebelum ini.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 846.89 juta saham bernilai RM269.45 juta berbanding 724.26 juta saham bernilai RM233.05 juta pada Jumaat.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 237.84 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (555.10 juta); pembinaan (207.07 juta); teknologi (126.64 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (71.74 juta); hartanah (214.67 juta); perladangan (15.36 juta); REIT (3.90 juta), dana tertutup (39,100); tenaga (137.15 juta); penjagaan kesihatan (187.85 juta); telekomunikasi dan media (28.59 juta); pengangkutan dan logistik (31.81 juta) serta utiliti (67.84 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 3.60 mata dan mencecah paras terendah intra harian pada 1,450.78 daripada 1,454.38 pada akhir dagangan Jumaat lepas. - Gambar fail/Bernama

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.