KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari ketiga berturut-turut, menjejaki prestasi lemah di bursa serantau susulan sentimen berhati-hati menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 0.36 peratus atau 5.33 mata untuk ditutup kepada 1,452.27 daripada paras penutup 1,457.60 pada Rabu.

Indek utama itu dibuka rendah 0.76 mata kepada 1,456.84 dan bergerak antara paras 1,450.64 dan 1,457.84 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruhan pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 470 berbanding 439, manakala 440 kaunter tidak berubah, 1,024 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.32 bilion unit bernilai RM1.94 bilion daripada paras penutup 3.45 bilion unit bernilai RM1.97 bilion pada Rabu.

Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong berkata FBM KLCI meneruskan penurunannya apabila pelabur tidak mengambil kira data jualan runcit yang kukuh, mencatatkan 6.5 peratus tahun ke tahun pada September 2023.

Beliau berkata sentimen kebimbangan terus berlaku menjelang kenyataan yang akan dikeluarkan daripada beberapa pegawai tertinggi Fed, pelabur menunggu petunjuk lanjut mengenai hala tuju dasar kadar faedah.

"Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan penggabungan akan berlaku kerana pelabur mungkin tidak memasuki pasaran menjelang cuti perayaan Deepavali," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank tidak berubah masing-masing pada RM9.12 and RM4.21, manakala CIMB menambah stu sen kepada RM5.78, Petronas Chemicals susut 11 sen kepada RM7.20 dan Tenaga Nasional jatuh 2.0 sen kepada RM9.90.

Bagi saham aktif, Velesto merosot setengah sen pada 25 sen, dan Kanger jatuh satu sen kepada 8.5 sen, manakala PDZ dan Sarawak Consolidated masing-masing naik setengah sen kepada 6.0 sen dan 59 sen, manakala Swift Haulage meningkat 1.5 sen kepada 56.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 36.35 mata kepada 10,743.03, Indeks FBMT 100 menguncup 38.48 mata kepada 10,404.57 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 53.55 mata kepada 10,945.88, manakala Indeks FMB 70 merosot 54.12 mata kepada14,232.49 dan Indeks FBM ACE menambah 29.13 mata kepada 5,159.23.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.29 mata kepada 173.12, Indeks Perladangan berkurangan 32.97 mata kepada 6,923.39, Indeks Tenaga berkurangan 3.42 mata kepada 861.53, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 4.73 mata kepada 16,365.52.

Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 2.26 bilion unit bernilai RM1.71 bilion berbanding 2.23 bilion unit bernilai RM1.71 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 370.43 juta unit bernilai RM53.15 juta daripada 379.18 juta unit bernilai pada RM56.94 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 665.88 juta saham bernilai RM178.70 juta daripada 835.54 juta saham bernilai RM209.59 juta sebelum ini.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 463.54 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (561.78 juta); pembinaan (134.68 juta); teknologi (121.07 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (44.18 juta); hartanah (180.39 juta); perladangan (23.76 juta); REIT (7.01 juta), dana tertutup (9,500); tenaga (201.39 juta); penjagaan kesihatan (92.72 juta); telekomunikasi dan media (40.68 juta); pengangkutan dan logistik (237.90 juta); dan utiliti (156.61 juta).

-- BERNAMA