KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah dalam kebanyakan pasaran serantau berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati sementara menunggu sebilangan data ekonomi utama daripada beberapa negara, kata peniaga.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.37 peratus atau 5.36 mata kepada 1,451.02 daripada 1,456.38 semasa ditutup pada Jumaat.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.41 mata kepada 1,454.97 dan bergerak antara 1,448.17 dan 1,457.02 sepanjang sesi dagangan.
Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 591 berbanding 306, manakala 430 kaunter tidak berubah, 995 tidak diniagakan dan 27 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan menguncup kepada 3.16 bilion unit bernilai RM1.87 bilion daripada 3.23 bilion unit bernilai RM2.26 bilion pada Jumaat lepas.
Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.09 peratus kepada 16,646.05, Indeks Straits Times Singapura merosot 0.20 peratus kepada 3,084.08, Indeks Komposit Bursa Saham Shanghai turun 0.29 peratus kepada 3,022.91 dan Nikkei 225 Jepun susut 0.60 peratus kepada 33,231.27.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata pelabur sedang menantikan data ekonomi dari Jepun, Thailand dan Filipina lewat minggu ini.
"Bagi bursa tempatan, kami menjangka belian semasa harga rendah akan berlaku, disokong aliran masuk dana asing yang berterusan, keadaan ekonomi semakin baik dan kadar faedah stabil di Amerika Syarikat," katanya kepada Bernama.
Oleh itu, beliau menjangka FBM KLCI akan bergerak lebih tinggi dalam jajaran 1,445-1,465 untuk minggu ini, dengan paras rintangan segera pada 1,465 dan sokongan pada 1,445.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.00, CIMB menambah satu sen kepada RM5.78, manakala Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing turun empat sen kepada RM4.28 dan RM9.98 dan Petronas Chemicals berkurangan 15 sen kepada RM7.
Bagi kaunter paling aktif, Fitters, Widad dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada lima sen, 47 sen dan 4.5 sen, Velesto susut setengah sen kepada 22 sen dan Berjaya Corp merosot 1.5 sen kepada 28.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 42.23 mata kepada 10,683.42, Indeks FBMT 100 merosot 40.61 mata kepada 10,354.17 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 55.66 mata kepada 10,821.
Indeks FBM 70 menyusut 65.03 mata kepada 13,983.02 dan Indeks FBM ACE rendah 17.31 mata kepada 5,115.85.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 15.21 mata kepada 16,364.36, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.72 mata kepada 170.27, Indeks Tenaga turun 3.39 mata kepada 812.21 dan Indeks Perladangan berkurangan 7.19 mata kepada 6,983.22.
Jumlah dagangan Pasaran Utama tidak berubah pada 1.90 bilion unit bernilai RM1.62 bilion berbanding 1.90 bilion unit bernilai RM1.98 bilion pada Jumaat.
Jumlah dagangan waran turun kepada 610.12 juta unit bernilai RM58.20 juta daripada 639.84 juta unit bernilai RM68.94 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 623.39 juta saham bernilai RM195.27 juta berbanding 686.81 juta saham bernilai RM205.18 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 462.14 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (511.76 juta); pembinaan (79.15 juta); teknologi (121.03 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (63.89 juta); hartanah (147.48 juta); perladangan (26.17 juta); REIT (13.13 juta), dana tertutup (2,600); tenaga (238.69 juta); penjagaan kesihatan (105.37 juta); telekomunikasi dan media (38.51 juta); pengangkutan dan logistik (31.32 juta) dan utiliti (68.54 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
Jumlah dagangan Pasaran Utama tidak berubah pada 1.90 bilion unit bernilai RM1.62 bilion berbanding 1.90 bilion unit bernilai RM1.98 bilion pada Jumaat. - Gambar fail/Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.