KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis berikutan tekanan jualan yang berterusan, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.61 peratus atau 8.98 mata kepada 1,455.58 daripada 1,464.56 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.39 mata kepada 1,463.17 dan bergerak antara 1,454.97 dan 1,463.17 sepanjang sesi.

CIMB menguncup 10 sen to RM5.80, Hong Leong Bank turun 48 sen kepada RM18.98, Public Bank berkurangan lima sen kepada RM4.27 dan Maybank rendah lapan sen kepada RM8.89. Kaunter ini menyebabkan indeks komposit susut dengan gabungan 6.62 mata.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 434 kepada 390, manakala 487 kaunter tidak berubah, 1,004 tidak diniagakan dan 21 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan turun kepada 3.06 bilion unit bernilai RM2.09 bilion daripada 3.84 bilion unit bernilai RM2.67 bilion semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata akibat jualan besar-besaran di Amerika Syarikat (AS), pasaran Malaysia mencatatkan penurunan.

"Pelabur mungkin merendahkan risiko mereka dan mengambil keuntungan berikutan perhatian beralih kepada laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS yang akan dikeluarkan esok.

"Persaingan antara Rizab Persekutuan (Fed) AS (yang tidak bersedia untuk menurunkan kadar dalam tempoh yang begitu pantas) dan jangkaan penurunan kadar faedah boleh dipengaruhi oleh data inflasi," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata angka inflasi PCE minggu ini memegang pengaruh penting dan dijangka mendorong dinamik pasaran kepada kejutan inflasi meningkat yang boleh mencabar Fed untuk bertindak balas terhadap jangkaan penurunan kadar pada Mac.

"Dalam keadaan ini, aset risiko boleh meningkat dan peningkatan akhir tahun dijangka meraih momentum," katanya.

Bagi saham wajaran tinggi lain, YTL Power International dan Sime Darby masing-masing turun lima sen kepada RM2.48 dan RM2.40, manakala Kuala Lumpur Kepong meningkat 24 sen kepada RM21.92 dan Petronas Chemicals menokok tiga sen kepada RM7.21.

Dalam kalangan saham aktif, Leform dan MLABS Systems masing-masing menambah setengah sen kepada 41.5 sen dan satu sen, Top Glove menokok tiga sen kepada 93.5 sen, manakala TWL Holdings dan Widad masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 46.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE naik 32.71 mata kepada 5,226.58, Indeks FBM 70 meningkat 38.61 mata kepada 14,586.52 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 6.42 mata kepada 11,003.10, manakala Indeks FBM Emas susut 40.33 mata kepada 10,818.72 dan Indeks FBMT 100 turun 41.25 mata kepada 10,485.83.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 33.65 mata kepada 7,032.20, Indeks Hartanah menambah 3.34 mata kepada 857.93, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.21 mata kepada 172.11 dan Indeks Tenaga menokok 0.30 mata kepada 818.02, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 183.88 mata kepada 16,268.07.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.81 bilion unit bernilai RM1.84 bilion berbanding 2.28 bilion unit bernilai RM2.32 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran susut kepada 427.10 juta unit bernilai RM46.48 juta daripada 596.06 juta unit bernilai RM66.46 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 727.32 juta saham bernilai RM208.39 juta berbanding 917.97 juta saham bernilai RM284.93 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 239.14 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (329.61 juta); pembinaan (100.22 juta); teknologi (173.67 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (72.54 juta); hartanah (427.15 juta); perladangan (15.93 juta); REIT (7.01 juta), dana tertutup (10,300); tenaga (83.23 juta); penjagaan kesihatan (219.87 juta); telekomunikasi dan media (22.00 juta); pengangkutan dan logistik (52.47 juta); dan utiliti (66.04 juta)

-- BERNAMA