KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut hari ini, disebabkan terutamanya aktiviti pengambilan untung dalam kaunter pembinaan, telekomunikasi, utiliti dan tenaga, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.44 peratus atau 7.10 mata kepada 1,592.69 daripada paras penutup 1,599.79 pada Rabu.
Indeks penunjuk pasaran dibuka rendah turun 3.52 mata kepada 1,596.27, paras tertinggi intra harinya dan mencecah paras terendah 1,590.37 pada sesi pagi.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 816 berbanding 352, dengan 447 kaunter tidak berubah, 797 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 5.03 bilion unit bernilai RM3.42 bilion daripada 5.57 bilion unit bernilai RM4.06 bilion pada Rabu.
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata penurunan bursa tempatan itu diburukkan lagi dengan penutupan pasaran saham di Amerika Syarikat (AS) berikutan cuti umum Juneteenth.
"Pasaran dijangka terus diniagakan tidak berubah kepada rendah sehingga pemangkin positif muncul untuk meningkatkan pasaran tempatan daripada trend pengambilan untung ketika ini.
"Dagangan di Wall Street semalaman juga mungkin mempengaruhi dagangan esok kerana banyak saham teknologi di AS telah mencapai paras tertingginya," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Mohd Sedek berkata penurunan seteusnya saham mewah dijangka menarik pembeli untuk membeli saham yang berharga rendah.
"Antara potensi pemangkin pasaran adalah perkembangan tentang teknologi 5G.
"Memandangkan esok merupakan tarikh akhir bagi lima syarikat telekomunikasi untuk memuktamadkan perjanjian langganan saham bagi gabungan 70 peratus kepentingan dalam Digital Nasional Bhd, perkembangan perancangan 5G akan menjadi lebih jelas, yang berpotensi memberi manfaat kepada sektor telekomunikasi," katanya.
Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi YTL Corporation dan Axiata susut 7.0 sen masing-masing kepada RM3.51 dan RM2.65, AmBank turun 1.0 sen kepada RM4.18, CIMB jatuh 5.0 sen kepada RM6.74, dan Sime Darby berkurangan 7.0 sen kepada RM2.53.
Dalam kalangan kaunter paling cergas, Ingenieur Gudang dan Jaks Resources susut setengah sen setiap satu masing-masing kepada 6.5 sen dan 18.5 sen, VS Industry naik 5.0 sen kepada RM1.20, KTI meningkat 3.0 sen kepada 31.5 sen dan Cabnet melonjak 13.5 sen kepada 51.5 sen.
Dalam kalangan kaunter paling rugi Hong Leong Industries turun 20 sen kepada RM11.10, Ajinomoto dan AEON Credit susut 18 sen setiap satu masing-masing kepada RM15.50 dan RM7.55, Sunway Construction jatuh 16 sen kepada RM3.79 dan Panasonic Manufacturing berkurangan 14 sen kepada RM20.12.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 48.69 mata kepada 12,243.35, Indeks FBMT 100 turun 45.82 mata kepada 11,821.68 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 45.43 mata kepada 12,589.44.
Indeks FBM 70 berkurangan 41.68 mata kepada 17,889.40 dan Indeks FBM ACE turun 42.16 mata kepada 5,754.04.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 57.65 mata kepada 17,419.40, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.02 mata kepada 197.47, dan Indeks Tenaga berkurangan 9.97 mata kepada 973.41.
Bagaimanapun, Indeks Perladangan meningkat 4.18 mata kepada 7,007.98.
Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.90 bilion unit bernilai RM2.92 bilion daripada 3.31 bilion unit bernilai RM3.52 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.21 bilion unit bernilai RM176.73 juta berbanding 1.19 bilion unit bernilai RM162.56 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 992.85 juta saham bernilai RM320.64 juta daripada 1.05 bilion saham bernilai RM377.50 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 466.53 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (820.09 juta), pembinaan (332.08 juta), teknologi (324.55 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (102.52 juta), hartanah (327.99 juta), perladangan (18.88 juta), REITs (15.98 juta), dana tertutup (10,700), tenaga (182.20 juta), penjagaan kesihatan (69.91 juta), telekomunikasi dan media (50.72 juta), pengangkutan dan logistik (119.34 juta), utiliti (68.43 juta) dan dana perniagaan (4.09 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 816 berbanding 352, dengan 447 kaunter tidak berubah, 797 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.