Saham di Bursa Malaysia dijangka berada pada tahap stabil dan tidak berubah minggu depan dalam jajaran mata dagangan 1,660-1,680 susulan kelemahan ringgit dan pemulihan sederhana komoditi.
Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, bagaimanapun, bursa tempatan dijangka mendapat sedikit sokongan daripada kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dikekalkan dan pakej rangsangan belian bon Bank Pusat Eropah/Jepun.
"Kami juga menjangka aktiviti giliran positif selepas pembentangan Bajet 2016 yang memberi tumpuan besar kepada sektor pembinaan dan perladangan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Bajet 2016 merupakan pemangkin pasaran terbaik bagi mengimbangi kelemahan kerana ia memberi tumpuan sewajarnya dalam mengimbangi pertumbuhan ekonomi, menambah baik kecekapan kerajaan dan mengekalkan disiplin fiskal untuk meningkatkan pertumbuhan pendapatan korporat.
"Oleh kerana pelabur lebih berhati-hati dengan Bajet 2016 menjelang mesyuarat utama Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, kami mengulangi pandangan kami bahawa FBMKLCI kemungkinan tidak berubah hanya berada atas sedikit daripada paras sokongan segeranya pada 1,660 mata minggu ini," katanya.
Bagi asas mingguan, petunjuk pasaran FBM KLCI turun 45.22 mata untuk ditutup kepada 1,665.71, daripada 1,710.93 pada Jumaat minggu sebelumnya.
Indeks FBM Emas susut 259.45 mata kepada 11,573.90, Indeks FBMT100 berkurangan 268.76 mata kepada 11,256.03, FBM Emas Shariah turun 237.73 mata kepada 12,392.83, FBM 70 jatuh 169.87 mata kepada 12,767.61, dan FBM Ace susut 47.22 mata kepada 6,214.05.
Mengikut sektor, Indeks Kewangan berkurangan 452.17 mata kepada 14,61.21, Indeks Perladangan turun 67.27 mata kepada 7,540.21, dan Indeks Perusahaan susut 61.85 mata kepada 3,306.65.
Jumlah dagangan mingguan turun kepada 10.24 bilion unit bernilai RM10.06 bilion daripada 11.93 bilion unit bernilai RM10.13 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan pasaran jatuh kepada 5.54 bilion unit bernilai RM9.14 bilion daripada 6.20 bilion unit bernilai RM9.15 bilion.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 1.75 bilion unit bernilai RM263.86 juta daripada 2.83 bilion unit bernilai RM430.87 juta.
Jumlah dagangan pasaran ACE meningkat kepada 2.95 bilion unit bernilai RM654.58 juta daripada 2.89 bilion unit bernilai RM542.30 juta pada Jumaat minggu sebelumnya.
Bernama
Sat Oct 31 2015

Bursa tempatan dijangka mendapat sedikit sokongan daripada kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dikekalkan dan pakej rangsangan belian bon Bank Pusat Eropah/Jepun. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.