KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan, didorong oleh sokongan yang berterusan daripada dana asing dan situasi ekonomi yang semakin baik.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata dari perspektif teknikal, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) gagal melepasi paras rintangan kritikal 1,465 biarpun selepas beberapa kali cubaan, diikuti dengan penurunan selama empat hari berturut-turut dan melepasi paras di bawah purata bergerak eksponen (EMA) 20 hari pada Jumaat.
"Bagaimanapun, memandangkan indeks itu telah berjaya bertahan melebihi EMA 50 hari, potensi kepada pergerakan meningkat turut bertambah. Sehubungan itu, kami yakin indeks petunjuk pasaran masih dalam sentimen pengukuhan dengan kecenderungan positif.
"Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan dalam jajaran 1,450-1,470 minggu depan, dengan paras sokongan segera pada 1,450, diikuti dengan 1,440," katanya kepada Bernama.
Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakannya rendah berikutan pelabur menunggu beberapa data ekonomi dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengukuhkan panduan mereka terhadap kadar dan laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 7.87 mata untuk mengakhiri minggu ini pada 1,454.38 berbanding 1,462.25 pada minggu sebelumnya.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah menokok 46.82 mata kepada 11,016.57, Indeks FBM 70 melonjak 142.72 mata kepada 14,616.84, Indeks FBM ACE naik 35.53 mata kepada 5,216.20, manakala Indeks FBM Emas susut 15.96 mata kepada 10,819.92 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 17.34 mata kepada 10,484.93.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 2.31 mata kepada 818.6, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.29 mata kepada 172.76, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 189.87 mata kepada 16,247.09 dan Indeks Perladangan turun 10.12 mata kepada 7,036.45.
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan perolehan yang lebih rendah sebanyak 18.39 bilion unit bernilai RM12.04 bilion berbanding 18.88 bilion unit bernilai RM13.44 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 10.75 bilion saham bernilai RM10.40 bilion berbanding 11.68 bilion saham bernilai RM11.87 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan waran susut kepada 3.04 bilion unit bernilai RM356.87 juta daripada 4.02 bilion unit bernilai RM527.82 juta minggu lepas.
Bagaimanapun, jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 4.44 bilion saham bernilai RM1.28 bilion daripada 3.16 bilion saham bernilai RM1.03 bilion sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 7.87 mata untuk mengakhiri minggu ini pada 1,454.38 berbanding 1,462.25 pada minggu sebelumnya. - Gambar hiasan
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.