KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan dalam keadaan berhati-hati dan pada kecenderungan negatif minggu depan, dengan indeks penanda aras bergerak di antara 1,380 dengan 1,400 berikutan cabaran luaran, kata penganalisis.
Pengarah Urusan, SPI Asset Management, Stephen Innes berkata sentimen bertambah baik minggu ini apabila pengurangan kadar faedah oleh People's Bank of China dan harga minyak mentah yang lebih tinggi membantu menstabilkan pasaran tempatan.
Beliau berkata walau bagaimanapun, pasaran mungkin berada dalam keadaan yang lebih lemah minggu depan kerana keseluruhan pasaran menjadi berhati-hati selepas beberapa bank pusat utama bersikap cenderung kepada kadar faedah lebih tinggi dalam usaha meredakan inflasi teras yang tidak berubah.
"Ketika kita menghampiri beberapa minggu untuk berakhir, konsensus sedang dibuat bahawa sukar untuk mengganggu inflasi teras ekonomi Barat tanpa melakukan sedikit kerosakan ekonomi yang boleh membebankan negara pengeksport komoditi seperti Malaysia.
"Jadi, sementara FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah menguji 1,400 tahap psikologi minggu ini, ia mungkin menguji paras terendah julat seterusnya kira-kira 1,380 minggu depan, terutama jika pasaran mula berfikir kita semakin menghampiri kemelesetan pasaran maju," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dalam menghadapi cabaran pertumbuhan yang berterusan dan semakin hebat disebabkan dasar monetari global yang lebih ketat, pasaran Malaysia dijangka meneruskan dagangan pada kecenderungan yang lebih lemah.
Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 2.28 mata untuk menamatkan minggu pada 1,390.89 berbanding 1,388.61 seminggu sebelumnya.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 15.44 mata kepada 10,232.18, Indeks FBMT 100 susut 10.64 mata kepada 9,933.72, Indeks FBM Emas Syariah kurang 96.03 mata kepada 10,515.75,Indeks FBM 70 merosot 128.52 mata kepada 13,456.19, dan Indeks FBM ACE menguncup 82.89 mata kepada 5,042.87.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 271.53 mata kepada 15,444.85, Indeks Perladangan meningkat 69.90 mata kepada 6,718.44, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.92 mata kepada 158.87, dan Indeks Tenaga turun 8.81 mata kepada 785.08.
Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 15.54 bilion unit bernilai RM8.25 bilion daripada 15.97 bilion unit bernilai RM10.49 bilion pada minggu dagangan sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 9.09 bilion saham bernilai RM7.06 bilion berbanding 10.74 bilion saham bernilai RM9.24 bilion pada minggu lepas.
Jumlah dagangan waran lebih rendah kepada 1.47 bilion unit bernilai RM194.74 juta berbanding 1.76 bilion unit bernilai RM277.45 juta minggu lepas.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 4.97 bilion saham bernilai RM989.19 juta daripada 3.45 bilion saham bernilai RM971.82 juta minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023

Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan dalam keadaan berhati-hati dan pada kecenderungan negatif minggu depan. -Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.