KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, didorong pembelian semasa harga murah selepas dagangan mengalami penurunan ketara semalam, walaupun sentimen lemah menyelubungi pasaran global.
Saham di Wall Street mencatatkan prestasi bercampur-campur dalam tempoh semalaman dan dolar meningkat apabila pelabur beralih kepada aset selamat dalam keadaan kebimbangan terhadap pertumbuhan China sebelum data pekerjaan Amerika Syarikat dikeluarkan, kata peniaga.
Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 5.89 mata kepada 1,497.84 daripada 1,491.95 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.17 mata lebih baik kepada 1,493.12.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 173 berbanding 110, manakala 186 kaunter tidak berubah, 1,820 kaunter tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 175.15 juta unit bernilai RM69.57 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, ketidaktentuan di peringkat global ditambah dengan penurunan harga komoditi akan terus mempengaruhi sentimen pelabur dalam tempoh terdekat.
"Walaupun Dow Jones telah mencatatkan prestasi lebih tinggi sedikit, kami menjangkakan aktiviti pembelian semasa harga murah hanya muncul di kaunter yang bersifat defensif dan yang merekodkan keuntungan kukuh seperti diumumkan baru-baru ini," jelasnya dalam nota penyelidikan.
Firma pembrokeran itu menambah, dari segi komoditi, minyak mentah mencecah kira-kira US$92 setong, manakala minyak sawit mentah (MSM) diniagakan di bawah RM4,000 dan harga emas susut di bawah paras US$1,700.
"Bagi sektor yang menjadi tumpuan hari ini, pelabur harus kekal berhati-hati dalam sektor teknologi kerana Nasdaq kekal dalam pergerakan menurun.
"Sementara itu, sektor tenaga dan perladangan mungkin menghadapi tekanan jualan di tengah-tengah penyusutan harga komoditi. Kami mengekalkan pendirian positif kami terhadap sektor seperti berorientasikan eksport, pengguna, perbankan dan telekomunikasi di tengah-tengah ketidaktentuan global," menurutnya.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM8.95, Public Bank naik dua sen kepada RM4.68 dan CIMB menokok tiga sen kepada RM5.51, Petronas Chemicals turun lapan sen kepada RM8.70 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.18.
Bagi saham aktif, Jentayu meningkat dua sen kepada 55 sen, Dagang Nexchange naik satu sen kepada 83 sen, Shin Yang Shipping menokok 3.5 sen kepada 63 sen, Jade Marvel kurang satu sen kepada 30 sen manakala SNS Network tidak berubah pada 25 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 39.51 mata kepada 10,600.74; Indeks FBMT 100 menokok 37.13 mata kepada 10,351.67; FBM 70 naik 30.69 mata kepada 12,595.29; FBM ACE menambah 15.29 mata kepada 4,840.33 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 34.48 mata kepada 10,649.09.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 2.07 mata lebih baik pada 6,998.46; Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 82.92 mata kepada 16,826.29; Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.24 mata kepada 180.34 dan Indeks Tenaga merosot 0.87 mata kepada 710.46.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022
Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 5.89 mata kepada 1,497.84. - Foto fail/BERNAMA
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.09 peratus atau 1.56 mata kepada 1,615.19 daripada 1,616.75 pada Khamis.
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.43 mata kepada 1,616.75 daripada paras penutup 1,615.32 pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus
Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam persekitaran sentimen global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki prestasi peningkatan semalaman di Wall Street.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi.
Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata
Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah.