KUALA LUMPUR: Minat belian dalam saham tenaga serta prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan Jumaat minggu lepas, mendorong Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini lebih tinggi, kata seorang peniaga.
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.29 mata untuk mencatatkan paras 1,439.57 daripada penutupan Jumaat pada 1,438.28.
Pada pembukaan dagangan, indeks utama naik 2.90 mata kepada 1,441.18.
Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 179 berbalas 104, manakala 225 kaunter tidak berubah, 1,817 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 128.47 juta unit bernilai RM44.16 juta.
Menurut naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street mempamerkan pergerakan rancak Jumaat lepas sementara peniaga masih berbelah bahagi mengenai keadaan ekonomi dan inflasi di Amerika Syarikat.
"Purata Perindustrian Dow Jones memperoleh 402 mata manakala Nasdaq menambah 132 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat sedikit pada 4.16 peratus," katanya kepada Bernama.
Di pasaran domestik, beliau mengunjurkan minat belian mungkin kembali pada saham teknologi dan perbankan.
"Oleh itu, indeks FBM KLCI dijangka menguji semula paras 1,450 hari ini," katanya.
Sementara itu, minyak mentah Brent menunjukkan prestasi yang lebih kukuh menyaksikanya ditutup pada paras US$99 setong dengan jangkaan China akan melonggarkan beberapa peraturan COVID-19 dan ini menjadikan stok tenaga tumpuan para pelabur.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank naik tiga sen kepada RM8.48, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.38, Petronas Chemicals menokok empat sen menjadi RM8.55, CIMB lebih tinggi satu sen kepada RM5.38, manakala IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM6.01.
Bagi saham aktif, TWL Holdings dan Citaglobal tidak berubah, masing-masing pada 3.5 sen dan 30.5 sen, Advance Synergy dan Solution Group masing-masing naik satu sen menjadi 7.5 sen dan 36 sen, dan Hua Yang meningkat setengah sen kepada 19 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 11.70 mata kepada 10,229.19, FBM 70 mengembang 19.13 mata kepada 12,161.26, Indeks FBMT 100 menokok 10.51 mata menjadi 9,959.43 dan FBM ACE lebih kukuh 6.05 mata kepada 4,925.23.
Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Syariah susut 4.68 mata kepada 10,322.41.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 67.35 mata kepada 16,160.04, Indeks Tenaga peroleh 9.85 mata pada 735.13, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.46 mata kepada 174.24, manakala Indeks Perladangan susut 23.77 mata kepada 6,797.25.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2022
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.29 mata untuk mencatatkan paras 1,439.57. - Foto fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.