KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis disokong belian asing yang muncul, mencerminkan peningkatan semula di Wall Street apabila beberapa pembelian semasa harga murah berlaku susulan penjualan pada Selasa kerana prospek pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan mungkin ditangguhkan .
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.66 mata kepada 1,530.99 daripada 1,529.33 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks barometer itu dibuka 0.04 mata lebih rendah kepada 1,529.29.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 159 berbanding 105, manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,820 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 167.66 juta unit bernilai RM54.48 juta.
Ketua Penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee berkata FBM KLCI ditutup rendah sedikit semalam, terutama disebabkan oleh prestasi lemah di Wall Street dalam tempoh semalaman.
"Namun begitu, kami mendapati keadaan pasaran kekal kukuh dan masih disokong dengan baik oleh pembelian asing. Memandangkan ketidaktentuan di AS, kami yakin dana akan terus mengalir ke dalam negara memandangkan saranan nilai masih banyak," katanya dalam nota penyelidikan pada Khamis.
Yee berkata indeks dijangka bergerak dalam julat 1,530 hingga 1,540 hari ini.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.43, CIMB menambah satu sen kepada RM6.38 manakala Public Bank, Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM4.40, RM11.06 dan RM6.77.
Bagi saham aktif, TWL meningkat setengah sen kepada empat sen, Hong Seng tidak berubah pada dua sen, Wentel meningkat 1.5 sen pada 31 sen dan Master Tec naik satu sen kepada 42.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 14.55 mata kepada 11,373.41; Indeks FBMT 100 menambah 15.63 mata kepada 11,030.91; Indeks FBM 70 menokok 36.86 mata kepada 15,351.79; Indeks FBM Emas Syariah meningkat 4.30 mata kepada 11,387.70 dan Indeks FBM ACE naik 1.08 mata kepada 4,843.67.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 36.49 mata kepada 17,191.86 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.31 mata kepada 174.40.
Indeks Hartanah naik 2.09 mata kepada 924.02, manakala Indeks Perladangan susut 7.15 mata kepada 7,228.30 dan Indeks Tenaga kurang 1.58 mata kepada 889.13.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.66 mata kepada 1,530.99 daripada 1,529.33 ketika ditutup pada Rabu. -Gambar hiasan/Dagang News
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.