KUALA LUMPUR: Dagangan Bursa Malaysia mempamerkan aliran menurun pagi ini dengan pelabur dijangka menjauhi pasaran buat sementara menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.25 mata kepada 1,451.41 daripada 1,457.66 penutup Selasa.
Indeks utama dibuka 5.03 mata rendah pada paras 1,452.63.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 192 berbalas 183, manakala 300 kaunter tidak berubah, 1,699 tidak diniagakan dan 11 digantung.
Jumlah dagangan 308.82 juta unit bernilai RM160.11 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan, ia menjangka Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedahnya untuk baki 2023, memandangkan inflasi AS semakin menurun.
"Walaupun prestasi lemah Wall Street boleh merebak ke pasaran tempatan, sokongan belian diunjur muncul dalam sektor terpilih kerana pasaran mungkin menumpukan pada pelan tindakan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini untuk peluang dagangan," katanya.
Firma pembrokeran itu berkata pelabur dijangka mengalihkan tumpuan kepada sektor yang berkaitan dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 seperti produk industri dan industri tenaga boleh diperbaharui.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan TNB turun dua sen masing-masing mencatatkan RM8.89 dan RM10.12, Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM7.26 manakala Public Bank dan CIMB masing-masing menambah satu sen kepada RM4.21 dan RM5.58.
Bagi saham aktif, Iskandar Waterfront City mengembang 6.5 sen kepada 75.5 sen, Ekovest peroleh 1.5 sen kepada 57 sen manakala Tanco dan Mercury Securities turun setengah sen kepada 55 sen dan 29.5 sen dan Kinergy Advancement tidak berubah pada 34.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 29.58 mata kepada 10,736.42, Indeks FBMT 100 susut 32.81 mata menjadi 10,403.95 dan Indeks FBM Emas Syariah lemah 12.27 mata kepada 10,987.66.
Indeks FBM ACE susut 14.06 mata kepada 5,191.87 manakala Indeks FBM 70 meningkat 7.18 mata kepada 14,255.89.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 83.57 mata kepada 16,236.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.17 mata kepada 173.52, Indeks Perladangan menguncup 6.39 mata menjadi 6,950.28 dan Indeks Tenaga turun 1.92 mata untuk mencatatkan paras 905.85.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.25 mata kepada 1,451.41 daripada 1,457.66 penutup Selasa. -Gambar fail/Bernama
Gencatan senjata di Gaza adalah kesilapan serius – Israel
Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menyifatkan rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas sebagai satu "kesilapan serius".
Menurut media tempatan, Smotrich turut menyatakan bahawa perjanjian tersebut tidak akan memberi manfaat kepada kepentingan Israel atau membawa pulang tahanan secara menyeluruh.
Menurut media tempatan, Smotrich turut menyatakan bahawa perjanjian tersebut tidak akan memberi manfaat kepada kepentingan Israel atau membawa pulang tahanan secara menyeluruh.
Kekejaman zionis: Pengantara berusaha materai perjanjian gencatan senjata
Amerika Syarikat bersama pengantara Arab berusaha untuk memeterai perjanjian antara Israel dan Hamas bagi menghentikan peperangan 14 bulan di Semenanjung Gaza, pada Rabu.
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
PPS Sungai Bedaun dibuka selepas hujan bertembung air pasang
Sebanyak 14 keluarga yang mendiami 12 buah rumah telah diarahkan berpindah, apabila air telah memasuki ruangan di dalam rumah.
Malaysia, Turkmenistan teroka peluang kerjasama dalam sektor pertanian
Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk bertukar-tukar maklumat mengenai struktur serta bidang tanggungjawab kementerian masing-masing.
Liga Super: PDRM belasah KDN 5-0
Ifedayo tunjuk taring dengan menjaringkan tiga gol pada babak pertama sebelum Muhammad Shahrel Fikri meledak dua jaringan pada babak kedua.
Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.
Kementerian Perpaduan Negara aktifkan Skuad Ihsan MADANI
Skuad Ihsan MADANI adalah bukti komitmen kementeriannya dalam memupuk semangat kesukarelawanan, solidariti dan empati masyarakat.
Amalan sharenting dedah kanak-kanak kepada bahaya dalam talian - CMCF
Amalan sharenting atau menunjuk-nunjuk mendedahkan kanak-kanak kepada risiko bahaya dalam talian dan mencetuskan kebimbangan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Bursa Malaysia meningkat di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia
Bursa Malaysia meningkat dan ditutup tinggi berikutan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia.
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring penyusutan Wall Street
Pada 9.21 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.58 mata kepada 1,594.75 daripada paras 1,597.33 pada akhir dagangan semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan ketidaktentuan global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ketika hab kewangan global bersedia dengan pendirian bank pusat minggu ini.
Bursa Malaysia kurangkan penyusutan awal, ditutup hampir tidak berubah
Bursa Malaysia mengurangkan penyusutan awalnya untuk ditutup rendah pada Isnin susulan aktiviti pembelian pada saat-saat akhir.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.09 mata kepada 1,608.84 daripada 1,608.75 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.