KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman di Wall Street berikutan keresahan peniaga terhadap potensi kelembapan ekonomi Amerika Syarikat di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemelesetan baharu.
Pada 9.25 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.21 mata kepada 1,468.34 daripada 1,471.55 sewaktu ditutup pada Selasa.
Saham pandu pasaran dibuka rendah 0.09 mata kepada 1,471.46.
Di pasaran secara meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 313 berbanding 162, manakala 303 kaunter tidak berubah, 1,477 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan berada pada 416.46 juta unit bernilai RM184.16 juta
Dalam nota penyelidikan hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata bursa tempatan telah bersedia untuk meningkat selepas merosot 30 mata sejak tiga hari lepas.
Malah, katanya kelonggaran sekatan COVID-19 secara berperingkat di China sewajarnya membawa petanda baik kepada prestasi pasaran serantau.
"Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan bergerak dalam jajaran 1,470-1,490 hari ini dengan tumpuan mungkin terarah kepada saham-saham perladangan disebabkan harga minyak sawit mentah naik melebihi RM4,000 satu tan selepas berita mengenai cadangan biobahan api Indonesia yang berupaya mengurangkan bekalan eksport," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB dan TNB masing-masing meningkat tiga sen kepada RM5.60 and RM9.21, manakala Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua sen kepada RM8.59 dan RM4.43, dan Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing berkurangan satu sen kepada RM8.55 dan RM5.81.
Bagi saham aktif, Solution Group meningkat 2.5 sen kepada 34.5 sen, Infomina menokok empat sen kepada RM1.11, BCM Alliance naik setengah sen kepada 2.5 sen, Borneo Oil tidak berubah pada dua sen, Dataprep berkurangan 1.5 sen kepada 29.5 sen dan EC Integrated turun 1.5 sen kepada 87.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 21.24 mata kepada 10,561.76, Indeks FBMT 100 berkurangan 17.34 mata kepada 10,258.60, Indeks FBM Emas Shariah susut 28.07 mata kepada 10,739.61, FBM 70 menguncup 1.63 mata kepada 12,929.14, dan FBM ACE turun 11.83 mata kepada 5,487.66.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 2.70 mata kepada 6,727.73, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 20.12 mata kepada 16,419.30, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.97 mata kepada181.80 dan Indeks Tenaga susut 10.21 mata kepada 795.61.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Rakuten Trade menjangkakan indeks akan bergerak dalam jajaran 1,470-1,490 hari ini dengan tumpuan mungkin terarah kepada saham-saham perladangan. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.