British Airways telah memperkenalkan tambang istimewa bersempena dengan ketibaan pesawat terbaharunya, Boeing 787-9 Dreamliner ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
British Airways dalam satu kenyataan, berkata operasi pesawat itu bermula pada 6 Dis di laluan KL-London-KL.
"Tempoh tawaran adalah dari 3 Disember hingga 6 Jan 2016 untuk perjalanan dalam penerbangan British Airways yang terpilih.
"Tawaran tambang pergi balik yang diiklankan ini adalah sah untuk penerbangan yang berlepas dari 6 Disember hingga 27 Mei 2016," katanya.
Katanya, tambang pergi balik istimewa bagi kelas ekonomi World Traveller bermula dari RM3,370, kelas ekonomi premium World Traveller Plus pula berharga RM5,709 ke atas, kelas bisnes Club World dari RM12,799 dan kelas pertama dari RM27,099.
Ketua jualan Asia Pasifik syarikat penerbangan itu, Robert Williams, berkata pesawat itu akan menjadi tulang belakang armada British Airways untuk beberapa tahun akan datang.
"Dreamliner merupakan sebuah pesawat besar yang inovatif dan menjadi standard baharu untuk kecekapan operasi dan prestasi persekitaran.
"Ia adalah sebahagian daripada program pelaburan sebanyak £5 bilion (kira-kira RM32 bilion) untuk memberikan keselesaan di udara dan di tanah," katanya.
Bernama
Thu Dec 10 2015

British Airways dalam satu kenyataan, berkata operasi pesawat itu bermula pada 6 Dis di laluan KL-London-KL. - Foto AP

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Tiga syarikat penerbangan baharu bakal beroperasi di KLIA akhir tahun ini - MAHB
MAHB menyasarkan kehadiran tiga syarikat penerbangan baharu seperti British Airways, Vietjet Air dan 9 Air untuk mula beroperasi menjelang akhir tahun ini.

British Airways sambung semula laluan ke Kuala Lumpur November ini
British Airways akan menyambung semula laluannya ke Kuala Lumpur mulai November ini.

50 penerbangan British Airways batal akibat masalah IT
Terdapat lebih 50 penerbangan yang berlepas dari Heathrow dibatalkan dan syarikat penerbangan itu meminta penumpang menyemak status penerbangan mereka sebelum pergi ke lapangan terbang.

Mogok: British Airways batal berpuluh penerbangan menjelang cuti Easter
British Airways pada Isnin mengumumkan pembatalan kira-kira 32 penerbangan sehari membabitkan Lapangan Terbang Heathrow London pada permulaan cuti Easter akibat mogok.

British Airways benar kru kabin pakai tudung
Reka bentuk pakaian seragam itu dihasilkan oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng selama lima tahun dan telah ditangguhkan sejak 2020 akibat pandemik COVID-19.

British Airways batalkan 10,000 penerbangan untuk tempoh 6 bulan akan datang
Lebih 600 perjalanan pergi dan balik bakal dibatalkan sehingga 29 Oktober.

Enjin pesawat British Airways terbakar di lapangan terbang
Semua penumpang dan anak kapal berjaya dikeluarkan dengan selamat dari pesawat berkenaan.

COVID-19: British Airways mohon penerima vaksin diberi kebenaran lakukan perjalanan tanpa sekatan
Syarikat penerbangan British Airways menyatakan individu yang telah disuntik vaksin COVID-19 perlu dibenarkan melakukan perjalanan tanpa batasan.

British Airways sambung semula penerbangan ke Malaysia
Syarikat penerbangan itu akan membawa semua pelanggannya ke London dan laluan penerbangan lain dalam rangkaian penerbangannya sekarang.

British Airways henti perkhidmatan Boeing 747
British Airways akan menghentikan perkhidmatan pesawat itu dengan segera susulan kemerosotan industri pelancongan akibat COVID-19.