KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam usahanya mengembangkan rangkaian kesalinghubungan negara, menyasarkan kehadiran tiga syarikat penerbangan baharu seperti British Airways, Vietjet Air dan 9 Air untuk mula beroperasi menjelang akhir tahun ini.
Menerusi kenyataannya hari ini, MAHB berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini mengendalikan perkhidmatan 70 syarikat penerbangan yang melangkaui jumlah prapandemik sebanyak 69 syarikat susulan pelaksanaan usaha intensif bagi mengembangkan jaringan sedia ada.
Malah, syarikat itu kini dalam proses menarik kehadiran 15 syarikat penerbangan asing untuk beroperasi di negara ini dalam tempoh dua tahun akan datang, sekali gus melonjakkan KLIA sebagai hab antarabangsa pilihan.
"Bagi merancakkan perjanlanan udara, kami telah membuat pelaburan besar dalam inisiatif seperti Airline X-celeration Programme atau Program Peningkatan Syarikat Penerbangan yang turut merangkumi usaha seperti pengecualian fi, rebat sewaan pejabat lapangan terbang dan sokongan pemasaran.
"Kira-kira RM3 juta diperuntukkan bagi tujuan sokongan pemasaran laluan Malaysia-China setakat ini yang hanya membuktikan lagi komitmen kami untuk meningkatkan kesalinghubungan dan menarik lebih banyak syarikat penerbangan," katanya.
Pada Mei 2024, MAHB menyaksikan peningkatan aliran penumpang yang didorong oleh beberapa faktor, termasuk lanjutan perjalanan tanpa visa ke China selain pelancaran perkhidmatan baharu.
"Perkhidmatan itu termasuk laluan AirAsia dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, India dan Juneyao Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai, masing-masing sebanyak empat kali seminggu," katanya.
AirAsia turut menyambung semula penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Biju Patnaik di Bhubaneswar, India manakala China Eastern Airlines ke Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe, masing-masing menawarkan perkhidmatan sebanyak tiga kali seminggu, kata MAHB.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

MAHB berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini mengendalikan perkhidmatan 70 syarikat penerbangan yang melangkaui jumlah prapandemik. - Gambar fail/Bernama

Empat kampung di Tanah Merah dijangka banjir hari ini hingga 27 Feb
Empat kampung yang terletak berhampiran lembangan Sungai Golok di Tanah Merah dijangka mengalami banjir mulai hari ini hingga Khamis.
Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Beras tempatan 10kg RM26 di pasaran mulai 1 Mac - KPKM
Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) akan dijual di pasaran bermula 1 Mac ini.
[TERKINI] Beras bersubsidi RM26 untuk keluarga miskin mula 1 Mac
Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram akan mula dipasarkan di seluruh Semenanjung Malaysia bermula 1 Mac ini.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, menjelaskan bahawa bantuan ini disasarkan kepada 400,000 keluarga miskin, termasuk 77,000 keluarga miskin tegar.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, menjelaskan bahawa bantuan ini disasarkan kepada 400,000 keluarga miskin, termasuk 77,000 keluarga miskin tegar.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Wanita rugi lebih RM100,000 ditipu "scammer"
Seorang wanita kerugian RM116,039 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang disertainya sejak Disember lepas.
AWANI Ringkas: Purata 4,000 kenderaan lalu depan HKL setiap jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senjata api: 'Saya minta maaf atas apa yang berlaku' - Hafizul Hawari
Hafizul Hawari dihukum penjara 14 tahun enam bulan dan enam sebatan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api secara haram.

3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan
Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan, Korea Selatan mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.

Konflik Laut China Selatan, salah guna AI antara usul Malaysia dalam Pemukiman ADMM - Khaled
Malaysia menegaskan keperluan untuk memastikan keselamatan maritim di rantau ini khususnya di Laut China Selatan bagi mengelakkan konflik.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.