Brahim's Holdings Bhd menyasar untuk melonjakkan hasil perniagaan bukan penerbangannya kepada 30-40 peratus dalam masa dua tahun lagi bagi mengurangkan kebergantungan terhadap perniagaan katering dalam pesawat.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata perniagaan berasaskan penerbangan kumpulan itu menyumbang kira-kira 85 peratus kepada hasil kumpulan setakat ini.
"Kami akan terus memajukan perniagaan penerbangan ini bagi meningkatkan segmen perniagaan katering.
Namun, pada masa sama, kami juga mahu meningkatkan sektor bukan penerbangan termasuk gudang Tamadam, 15 restoran di lapangan terbang di bawah Dewina Host Sdn Bhd serta perniagaan sajian makanan lain.
"Kemampuan kami juga besar dan produknya boleh dihantar ke serata tempat," katanya pada taklimat media mengenai usaha sama halal kumpulan itu di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SATS Food Services Sdn Bhd, Ainul Hasnizam Abu Hasan berkata syarikat katering halal (dalam pesawat) terbesar dunia itu pula menyasarkan meraih hasil RM30-40 juta daripada segmen sajian makanan bukan penerbangan dalam masa dua tahun akan datang.
Menurutnya, unit Brahim's itu juga baru sahaja memuktamadkan kontrak katering dengan pelbagai pihak termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Bhd, 7-Eleven dan ruang menunggu bagi penumpang syarikat penerbangan Emirates.
Selain itu, Ibrahim berkata syarikat pegangan persendirian, Dewina Holdings Sdn Bhd turut mengendalikan syarikat katering hasil usaha sama dengan pihak Koperasi Angkatan Tentera.
Sehubungan itu, katanya, kumpulan berkenaan kini memberi tumpuan untuk memperkukuhkan operasi menerusi penggabungan syarikat awam dan persendiriannya bagi memacu pertumbuhan perniagaan.
Mengulas penyertaan dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2017 (MIHAS 2017), Ibrahim berkata ini merupakan kali pertama syarikat-syarikat di bawah kumpulan itu bergabung bagi mengetengahkan penyelesaian komprehensif perniagaan halal.
Ini termasuk mengetengahkan kecemerlangan perniagaan dan kecekapan kumpulan dalam peringkat pengeluaran, pemasaran, perundingan sehinggalah katering.
Syarikat yang terbabit termasuk Dewina Food Industry Sdn Bhd (cabang pengeluaran), Dewina Trading Sdn Bhd (pemasaran dan jualan), Dewina Consult Sdn Bhd (memiliki kepakaran dalam projek industri halal, perundingan, pensijilan dan latihan) serta SATS.
Ibrahim berkata, kumpulan itu juga berhasrat untuk muncul sebagai syarikat inovasi halal nombor satu dunia dalam industri makanan dan pengeluaran menjelang 2020 dengan memanfaatkan revolusi perniagaan dan penyelesaian halal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017
![Brahim's sasar tingkat sumbangan segmen bukan penerbangan kepada 30-40 peratus Brahim's sasar tingkat sumbangan segmen bukan penerbangan kepada 30-40 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71491472246_DatukIbrahim.jpg)
IBRAHIM: Kami akan terus memajukan perniagaan penerbangan ini bagi meningkatkan segmen perniagaan katering.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Brahim's sedia makanan halal untuk 35 syarikat penerbangan antarabangsa Brahim's sedia makanan halal untuk 35 syarikat penerbangan antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719720764_Brahims.jpg)
Brahim's sedia makanan halal untuk 35 syarikat penerbangan antarabangsa
Brahim's Food Services Sdn Bhd kini menyediakan perkhidmatan makanan halal dalam penerbangan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa termasuk tujuh syarikat penerbangan terkemuka dunia.
![Brahim's sah runding lepaskan 70% ekuiti, termasuk dengan entiti asing selain Malaysia Airlines Brahim's sah runding lepaskan 70% ekuiti, termasuk dengan entiti asing selain Malaysia Airlines](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694166154_TBIBRAHIMABDULLAHjp.jpg)
Brahim's sah runding lepaskan 70% ekuiti, termasuk dengan entiti asing selain Malaysia Airlines
Datuk Seri Ibrahim Abdullah mengesahkan pihaknya sedang dalam perbincangan untuk melepaskan 70 peratus ekuiti di dalam Brahim's Food Services (BFS).
!['Rundingan ambil alih MAS Catering sudah bermula awal 2003, tiada kaitan Pak Lah jadi PM' - Ibrahim 'Rundingan ambil alih MAS Catering sudah bermula awal 2003, tiada kaitan Pak Lah jadi PM' - Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694165328_TBIBRAHIMABDULLAH.jpg)
'Rundingan ambil alih MAS Catering sudah bermula awal 2003, tiada kaitan Pak Lah jadi PM' - Ibrahim
Brahim's Holdings Berhad menolak dakwaan kontrak legasi' yang mengaitkan syarikat itu memperoleh MAS Catering pada 2003 kononnya disebabkan hubungan Ibrahim dengan abangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
![Saham Brahim's dinyahsenarai dari Bursa Malaysia 3 Jun 2022 Saham Brahim's dinyahsenarai dari Bursa Malaysia 3 Jun 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654129669_SahamBrahim.jpg)
Saham Brahim's dinyahsenarai dari Bursa Malaysia 3 Jun 2022
Sekuriti kumpulan itu yang kini didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd mungkin kekal didepositkan.
![Brahim's kemuka rayuan terhadap nyahsenarai sekuriti Brahim's kemuka rayuan terhadap nyahsenarai sekuriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41635867103_BURSAMALAYSIA.jpg)
Brahim's kemuka rayuan terhadap nyahsenarai sekuriti
Pada 8 April Bursa Securities menolak permohonan lanjutan masa oleh BHB untuk menyerahkan pelan penyusunan PN17 dan mematuhi peraturan penyenaraian.
![Brahim's tandatangani kontrak penyedia makanan ETS hujung bulan ini Brahim's tandatangani kontrak penyedia makanan ETS hujung bulan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51515662732_brahims.jpg)
Brahim's tandatangani kontrak penyedia makanan ETS hujung bulan ini
Brahims SATS Food Services Sdn Bhd (BSFS) akan menjadi penyedia makanan buat perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tidak lama lagi, menurut Ketua Pegawai Eksekutif BSFS, Ainul Hasnizam Abu Hassan.
![Perbincangan antara Brahim's dan Tabung Haji diteruskan Perbincangan antara Brahim's dan Tabung Haji diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452247999_Brahims.jpg)
Perbincangan antara Brahim's dan Tabung Haji diteruskan
Perbincangan berterusan antara Brahim's Holdings Bhd dan Tabung Haji (TH) dijangka tidak dapat dimuktamadkan tahun ini.
![Perbincangan antara Brahim's dan Tabung Haji diteruskan Perbincangan antara Brahim's dan Tabung Haji diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452247999_Brahims.jpg)
Perbincangan antara Brahim's dan Tabung Haji diteruskan
Perbincangan berterusan antara Brahim's Holdings Bhd dan Tabung Haji (TH) dijangka tidak dapat dimuktamadkan tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif Brahim's Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi.
![Peranan Brahim's selamatkan MAS 11 tahun lalu Peranan Brahim's selamatkan MAS 11 tahun lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61408363797_295x200.jpg)
Peranan Brahim's selamatkan MAS 11 tahun lalu
Pembekal makanan dalam penerbangan, Brahim's Holdings Bhd, memain peranan kecil namun penting, dalam usaha menyelamatkan kedudukan kewangan Malaysia Airlines 11 tahun lepas.