Bank Negara Malaysia (BNM) dan Menteri Kewangan pada dasarnya memberi kelulusan kepada Syarikat Takaful Malaysia Bhd (STMB) bagi cadangan penyusunan semula.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, STMB berkata, Menteri Kewangan pada dasarnya meluluskan pemberian lesen perniagaan takaful keluarga kepada STMB di bawah nama baharu syarikat, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (STMKB), tertakluk kepada Seksyen 10 (4) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Kementerian itu turut memberi lesen perniagaan takaful am kepada syarikat baharu, yang akan menjadi unit milik penuh STMKB, iaitu Syarikat Takaful Malaysia Am Bhd (STMAB), menurut STMB.
"Pemberian kelulusan itu tertakluk kepada kesediaan operasi dan sistem pemegang lesen tunggal sebaik sahaja Skim Pindahan selesai, iaitu sijil lesen perniagaan takaful keluarga baharu akan diberikan kepadaSTMKB dan sijil lesen perniagaan takaful am baharu akan diberikan kepada STMKB, bagi pertukaran sijillesen takaful komposit semasa," menurutnya.
STMB berkata, BNM pula meluluskan pemindahan perniagaan takaful am STMB kepada STMAB di bawah Skim Pindahan tertakluk kepada Seksyen 112 (1) akta yang sama dengan syarat STMB mematuhi semua keperluan kawal selia yang ditetapkan.
STMB berkata, struktur korporat syarikat selepas cadangan penyusunan semula selesai akan membolehkan kumpulan itu merealisasikan strategi perniagaannya bagi mengekalkan barisan perniagaan semasa, melancarkan perluasan kepada barisan perniagaan baharu pada jangka panjang.
Pada masa sama, langkah tersebut juga akan selaras dengan tanggungjawab kumpulan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, menurut syarikat itu.
"Cadangan penyusunan semula itu dijangka menyumbang secara positif kepada prospek kumpulan STMB sebaik sahaja merealisasikan pertumbuhan perniagaan dari pelan perniagaan sedia ada dan strategi syarikat untuk perniagaan takaful keluarga dan am pada masa depan," menurut STMB.
Cadangan penyusunan semula itu dijangka dapat diselesaikan menjelang suku kedua 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2017
BNM pula meluluskan pemindahan perniagaan takaful am STMB kepada STMAB di bawah Skim Pindahan tertakluk kepada Seksyen 112 (1) akta yang sama. - Gambar fail
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan
Komitmen kerajaan terhadap pembaharuan ekonomi membantu ringgit mencatatkan prestasi yang memberangsangkan, kata seorang penganalisis.
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 4.74 mata atau 0.29 peratus kepada 1,623.12 daripada paras penutup 1,618.38 pada Rabu.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi ini, nilai ringgit meningkat kepada 4.6900/6970 berbanding dolar AS daripada paras 4.6985/7010 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7050/7110 berbanding dolar US daripada 4.7055/7105 semalam.
Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan
Bank Negara Malaysia akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
BNM keluarkan dua syiling khas sempena ulang tahun JPN ke-75
Duit syiling peringatan berkenaan akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) dan emas Nordic Brilliant Uncirculated (BU).
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.