KUALA LUMPUR: Standard Chartered Bank Malaysia Bhd (StanChart) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar faedah sekali lagi pada Januari tahun 2023 sebanyak 25 mata asas (bps), berhenti seketika pada Mac sebelum kenaikan 25 mata asas yang terakhir pada bulan Mei.
Ini akan menjadikan kadar penamat kepada 3.25 peratus, katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Sebelum ini, StanChart menjangkakan kenaikan akan dihentikan seketika selepas kenaikan 25 mata asas pada November sehingga kenaikan 25 mata asas yang terakhir pada suku ketiga 2023 dengan kadar penamat pada 3.00 peratus.
Dalam persekitaran pemulihan ekonomi yang kukuh, inflasi telah meningkat walaupun ada pemberian subsidi.
"Gaji semakin meningkat walaupun tiada petunjuk sebarang perubahan harga barang susulan kenaikan gaji. Justeru, kami menaikkan unjuran kenaikan penamat kepada 3.25 peratus daripada 3.00 peratus tetapi kami kekal percaya bahawa bank pusat mungkin kekal pada kenaikan 25 mata asas walaupun pelaksanaan kenaikan kadar yang lebih agresif oleh beberapa bank pusat di negara lain," katanya.
Kenaikan pada bulan Mei adalah berdasarkan kemungkinan berlaku perubahan subsidi pada separuh kedua 2023 yang memerlukan satu lagi kenaikan kadar faedah terutamanya jika permintaan dalam negeri kekal kukuh.
Ia adalah berdasarkan kepada kenyataan mengenai dasar monetari November yang terbaharu oleh bank pusat, memberi bayangan kepada kenaikan pada Januari.
BNM melihat risiko terhadap prospek inflasi 2023 dengan kecenderungan menaik, katanya.
Selain itu, ia berkata BNM mengekalkan pandangan optimis mengenai permintaan dalam negeri dan dasar monetari semasa adalah akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
"Rujukan ini mencadangkan pengetatan selanjutnya mungkin akan dilaksanakan," kata StanChart.
BNM telah mengulangi kenyataan bahawa jawatankuasa dasar monetari melakukan perancangan awal ketika ini.
"Apa yang penting, bank pusat telah menaikkan kadar faedah pada November, menunjukkan bahawa kenaikan 25 mata asas terkini mungkin bersifat pre-emptif.
"Kami melihat BNM mempunyai ruang untuk sekurang-kurangnya mengubah kadar faedah akibat pandemik sebelum ini (kadar dasar sebelum pandemik adalah 3 peratus) sebelum menghentikan pelaksanaan sebarang kenaikan buat seketika," kata StanChart.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022
Dalam persekitaran pemulihan ekonomi yang kukuh, inflasi telah meningkat walaupun ada pemberian subsidi. - Gambar hiasan
[TERKINI] Kes buli UPNM: Perkembangan pendakwaan di mahkamah
Seorang Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas dakwaan mencederakan rakan pelatih junior dengan memijak perut memakai 'spike boot'.
Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
Niaga SPOTLIGHT: Costing The Silent Threat of Obesity
Non-communicable diseases (NCDs) in Malaysia are a growing burden on the health system, with a number of associated health issues and economic costs.
The annual cost of healthcare for NCDs is estimated to be over RM 9.65 billion. Meanwhile, the cost of disability and loss of healthy life years is estimated to be around RM 100.79 billion. Absenteeism due to NCDs is estimated to cost the Malaysian economy RM 2.6 billion annually.
From the common NCDs, obesity is one of THE most significant health threats, with nearly 20% of the Malaysian population currently classified as obese.
Additionally, more than half of all adults (54%) are overweight or obese. According to the World Obesity Atlas, this figure could rise to 41% in Malaysia by 2035, if preventive action is not taken.
Niaga Spotlight focuses on immediate strategies to address this growing silent threat of Obesity, which also burdens the national healthcare system as well as national productivity levels with significant impacts and costs.
The annual cost of healthcare for NCDs is estimated to be over RM 9.65 billion. Meanwhile, the cost of disability and loss of healthy life years is estimated to be around RM 100.79 billion. Absenteeism due to NCDs is estimated to cost the Malaysian economy RM 2.6 billion annually.
From the common NCDs, obesity is one of THE most significant health threats, with nearly 20% of the Malaysian population currently classified as obese.
Additionally, more than half of all adults (54%) are overweight or obese. According to the World Obesity Atlas, this figure could rise to 41% in Malaysia by 2035, if preventive action is not taken.
Niaga Spotlight focuses on immediate strategies to address this growing silent threat of Obesity, which also burdens the national healthcare system as well as national productivity levels with significant impacts and costs.
Mexico bersedia lindungi pendatang dalam menghadapi pengusiran AS - Presiden
Beliau turut menyatakan rasa tidak setuju terhadap tindakan memperlakukan pendatang seperti penjenayah.
AWANI Ringkas: Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Program 2TM: Pengunjung disaran guna pengangkutan awam ke KLCC
PACU menasihati pengunjung merujuk aplikasi PULSE untuk hentian bas di sepanjang laluan untuk ke lokasi program itu.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan mata wang AS bukti status ringgit dipacu pasaran
Bank Negara Malaysia menyambut baik pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan manipulasi mata wang Amerika Syarikat.
Pengukuhan ringgit pada suku tahun ketiga didorong faktor dalaman, luaran
Antara pendorong utama pengukuhan ringgit ialah prospek pertumbuhan positif serta pelaksanaan reformasi struktur oleh kerajaan.
KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Gabenor BNM
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan peningkatan eksport berterusan.
Individu rugi lebih RM1.6 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang individu di Gombak kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
BNM kekal OPR tidak berubah pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.