KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) boleh lebih beransur dalam menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) selepas menaikkan kadar itu sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada Mei, kata pakar ekonomi.
Ahli Ekonomi Kanan UOB Group, Julia Goh berkata OPR berada pada tahap neutral apabila ia mencecah 3.0 peratus, iaitu tidak terlalu ketat dan mencukupi untuk mengendalikan risiko inflasi.
"Apabila anda hampir mencapai kemuncak kenaikan kadar, kami berpandangan mungkin wujud ruang untuk mereka berhenti seketika bagi mempertimbangkan trend semasa dengan menilai kesan kenaikan kadar yang lepas terhadap ekonomi sebelum memutuskan tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita di luar Forum UOB Asset Management di sini, pada Rabu.
Beliau berkata dengan meneliti data ekonomi terkini yang menunjukkan eksport pembuatan lebih lemah manakala pemulihan ekonomi China -- rakan dagang utama Malaysia -- pula tidak begitu kukuh, ini akan memberi kesan limpahan kepada ekonomi dan pemulihan Malaysia.
"Jadi, mengambil kira semua perkara ini, dan inflasi keseluruhan Malaysia yang turut menunjukkan trend sederhana, kami berpandangan penggunaan swasta juga telah menjadi sederhana dan normal," katanya.
Sementara itu, Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berpendapat Malaysia kini menghadapi cabaran bukan hanya dari luaran malah juga dari peringkat domestik.
Beliau berkata paras kadar faedah semasa telah menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah memandangkan hutang isi rumah amat tinggi.
Dasar monetari Malaysia tidak sepatutnya terpengaruh dengan tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), katanya.
"Sehingga September tahun lepas, kadar faedah kita masih lebih tinggi berbanding dengan AS. Tidak betul jika kita terus menaikkan (kadar faedah) seperti AS. Fed juga melakukan banyak pertimbangan mengenai ekonomi domestik mereka kerana mengalami tekanan inflasi yang tinggi.
"Situasi kita di sini berbeza, jadi tidak semestinya kita perlu ikut langkah yang dibuat AS," katanya.
Sementara itu, mengenai aliran menurun ringgit, Noor Azlan berpandangan selain OPR, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk meneliti pembaharuan struktur bagi membantu menstabilkan mata wang.
"Ramai di antara kita terlalu menumpukan turun naik harian ringgit berbanding dolar AS namun tidak ramai yang meneliti turun naik itu berdasarkan tahun ke tahun atau berasaskan tempoh.
"Sejak 2005, ringgit bergerak dalam dua jalur. Selepas ringgit dinyahtambat, mata wang ini bergerak daripada RM2.9 kepada RM3.8 berbanding dolar AS sehingga 2015, manakala dari 2016 dan seterusnya, unit domestik bergerak dalam julat RM3.8 dan hingga RM4.7 baru-baru ini," katanya.
Noor Azlan berkata jika perubahan berlaku dalam jalur ini, ia akan menjadi fenomena jangka pendek namun, jika bergerak di luar jalur, ia mungkin masalah struktur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023

BNM boleh lebih beransur dalam menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) selepas menaikkan kadar itu sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada Mei, kata pakar ekonomi. - BERNAMA
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.