Kumpulan BMW baru-baru ini memperkenalkan model kesembilan BMW X6 yang dipasang dalam negara iaitu xDrive35i M Sport.
Model X6 xDrive35i M Sport ini dilaporkan salah satu model terhad dalam keluarga X6.
Antara model CKD (complete knock down) BMW Malaysia yang terdapat di pasaran adalah 120i M Sport, 328i Luxury, 20d Sport, X1 sDrive20i, X3 xDrive20d dan X5 xDrive35i.
BMW telah menjalankan pemasangan model keretanya di Malaysia sejak 11 tahun lalu di Kilang Pemasangan BMW di Kulim Hi-Tech Park, in Kulim, Kedah.
Bercakap pada majlis pelancaran, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Alan Harris berkata pengenalan X6 yang dipasang dalam negara ini merupakan model kesembilan dalam portfolio kenderaan yang dipasang syarikat itu di Malaysia.
"Ini adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang serta pelaburan BMW di Malaysia," katanya.
Alan menambah kata minat BMW terhadap pasaran Malaysia turut dibuktikan dengan pembesaran ibu pejabat syarikat di Cyberjaya.
"Pemasangan model CKD di Malaysia adalah sebahagian daripada strategi global kami. Meksipun kami masih belum mengeksport model X6 yang dipasang di Malaysia, potensinya masih ada untuk pasaran Asia Tenggara di samping prospek yang bagus untuk X6 dan X4 bagi pasaran Rusia dan Brazil" jelasnya.
Bagaimanapun, Alan mengaku bahawa pasaran semakin mencabar dengan kemerosotan nilai ringgit mungkin menyukarkan syarikat untuk terus memberi harga runcit yang menarik kepada pelanggan.
Buat masa ini, harga runcit model X6 xDrive35i M Sport adalah RM666,888.
REKA BENTUK MEWAH
Model terkini CKD ini memaparkan rekabentuk yang mengadunkan ciri lasak model BMW X dengan keanggunan model Sports Activity Coupe (SAC).
Dipandang dari depan, yang paling menyerlah adalah 'kidney grille' yang lebar memanjang hingga ke lampu utama LED dan lampu kabus LED.
Memandangkan model ini pakej M Sport, SAC juga dilengkapi dengan pakej M Aerodynamic serta 'Adaptive M Suspension', dengan ciri seperti rim 20 inci 'M double spoke light alloy' dan tayar bercampur (mixed tyres).
Bahagian dalaman pula memaparkan warna istimewa, dengan pilihan kulit Dakota yang eksklusif.
Bahagian kokpit mengandungi peralatan pelbagai fungsi dengan teknologi 'black-panel' dengan garisan memanjang dari panel ke pintu, menjadikan ruang kabin tampak mewah dan selesa.
Pakej M Sport juga mengandungi tempat duduk sports yang boleh dilaraskan secara elektrik (electrically adjustable sport seats), roda kemudi berlapik kulit serta penuil (lever) pemilih gear sport.
ENJIN DENGAN KUASA TINGGI PENCAPAIAN DAN KECEKAPAN
Enjin tiga-liter dan enam-silinder yang menggunakan ciri sepenuhnya BMW EfficientDynamics menjamin pencapaian serta kecekapan minyak yang lebih baik untuk kenderaan ini.
Bersama output kuasa yang hebat iaitu 306hp (kuasa kuda) and tork puncak 400Nm (newton meter), X6 yang dipasang di Malaysia ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/h dalam masa hanya 6.4 saat dengan kelajuan tinggi 240 km/sejam.
Steptronic lapan kelajuan transmisi sport untuk kualiti syif gear serta ekonomi bahan bakar dengan rekod putaran penggunaan bahan bakar pada 8.6 liter setiap 100 km dan paras pelepasan karbon dioksida 200 gram setiap satu km.
Untuk aspek roda pula, xDrive dilengkapi dengan sistem pandu semua roda bagi memberikan keselesaan pemanduan dan kestabilan perjalanan.
Ini ditambah dengan pakej 'Adaptive M Suspension' yang menyatukan 'Dynamic Damper Control' dan 'pneumatic rear suspension' dengan penalaan 'sporty'.
PENYAMBUNGAN PINTAR
Satu sistem bantuan pemanduan yang ada dalam BMW X6 yang dipasang di sini adalah 'Surround View 360' yang membolehkan penglihatan sekeliling semasa parkir kereta serta memandu.
Di samping itu, Driving Assistant iaitu sistem yang menggunakan 'Lane Departure Warning' dan 'Padestrian Warning' untuk memberi amaran kepada pemandu untuk berada di luar had laluan bagi mengurangkan risiko pelanggaran.
Sementara itu, khidmat aplikasi 'BMW infotainment' menyediakan asas untuk integrasi telefon pintar termasuk untuk Facebook, Twitter, Spotify dan banyak lagi.
Model X6 xDrive35i M Sport yang dipasang di Malaysia ini didatangkan dalam beberapa warna iaitu alpine white, flamenco red, carbon black, dan space grey, dengan balutan kulit untuk tempat duduk dengan pilihan warna termasuk hitam, Coral Red dan Cognac.
PUSAT PENGEDARAN PRODUK BARU
Dalam perkembangan lain, kumpulan ini juga telah selesai menjalankan majlis pecah tanah untuk Pusat Pengedaran Produk (PDC) yang terletak di Zon Perindustrian Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Senai, Johor.
Gudang yang canggih ini akan memberi sokongan kepada operasi BMW di lebih 22 negara di rantau ini.
PDC yang baru ini akan menggantikan kemudahan yang ada di Zon Perdagangan Bebas Tanjung Pelepas, Johor Baharu.
Bercakap pada majlis itu, Allan berkata Malaysia akan terus menjadi hab strategik dan pasaran pertumbuhan utama untuk Kumpulan BMW di rantau Asia Tenggara.
BMW Group Malaysia menjalankan kegiatan meliputi jualan borong kenderaan BMW, MINI serta BMW Motorrad di Malaysia.
Bernama
Fri Oct 09 2015
![BMW perkenal model kereta X6 dipasang dalam negara BMW perkenal model kereta X6 dipasang dalam negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444367619_alanharrisbmw.jpg)
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BMW Malaysia Alan Harris (kanan) bersama Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BMW Malaysia Sashi Ambi memperkenalkan BMW X6 xDrive35i M Sport di majlis pelancarannya. - Gambar Bernama
![Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723703023_DunNenggiriekope.jpg)
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
![Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726414_TBRizkiJuniansyah.jpg)
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
![Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723726901_TBMissile.jpg)
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
![Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000 Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722937565_courtgavelmahkam.jpg)
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
![Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.
Jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Puluhan penumpang Malaysia Airlines yang menuju ke Kuala Lumpur dari Jeddah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada Rabu.
![Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723722582_TBPaetongtarnShinaw.jpg)
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
![BMW perkenal model kereta X6 dipasang dalam negara BMW perkenal model kereta X6 dipasang dalam negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444367619_alanharrisbmw.jpg)
BMW perkenal model kereta X6 dipasang dalam negara
Kumpulan BMW baru-baru ini memperkenalkan model kesembilan BMW X6 yang dipasang dalam negara iaitu xDrive35i M Sport.