ISKANDAR PUTERI: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin Belanjawan 2024 yang akan dibentang di Parlimen bulan depan, mampu menjadi asas kepada kebangkitan ekonomi negara.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata usaha kerajaan ke arah matlamat itu boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju yang dilancarkan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Beliau berkata ia jelas menunjukkan keseriusan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan Ekonomi MADANI.
"Ekonomi MADANI yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Julai lepas, disusuli dengan pelancaran NETR dan NIMP jelas menunjukkan hala tuju yang menjadi pembentukan asas kebangkitan ekonomi negara kali kedua.
"Malaysia perlukan kebangkitan ini kerana kita tidak berkembang begitu pesat selepas kebangkitan ekonomi pada tahun 1988 sehingga 1997, ketika itu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat berkali ganda dan gaji rakyat bertambah," katanya ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan 2024.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Perkuburan Cina Gelang Patah, di sini semalam.
Sementara itu, Liew berkata MITI akan terus memfokuskan untuk membangunkan sektor kenderaan elektrik (EV) khususnya di Johor.
Beliau berkata ini kerana Johor yang berada dekat dengan Singapura mampu menjadi antara destinasi pelaburan industri EV, sekali gus mampu menjadi wilayah metropolitan selepas Lembah Klang.
"Pada tahun akan datang lebih banyak usaha untuk membangunkan EV dan dasar lebih konkrit serta jelas berkenaan dengan sektor ini akan dilakukan MITI," katanya.
Terdahulu, Liew yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memperuntukkan RM200,000 bagi membina jalan baharu sepanjang 550 meter di Perkuburan Cina Gelang Patah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023
Liew berkata MITI akan terus memfokuskan untuk membangunkan sektor kenderaan elektrik (EV) khususnya di Johor. - Gambar fail/BERNAMA
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.
SC gesa PLC kembali adakan mesyuarat pemegang saham secara fizikal atau hibrid
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti semula amalan oleh syarikat tersenarai awam (PLC) Malaysia dalam menguruskan mesyuarat agung tahunan (AGM).
Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.
Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM9.44 billion kepada 581,697 usahawan sejak penubuhannya pada 1998 hingga Mei lepas.
Kerajaan jimat subsidi RM4.1 bilion jika RON95 naik 32 sen mulai 1 Julai - Maybank IB
Kerajaan dapat jimat belanja subsidi RM4.1 bilion jika petrol RON95 dinaikkan 32 sen mulai 1 Julai, seterusnya mencapai sasaran Belanjawan 2024.
Kesuma sasar satu juta pekerja sendiri carum SKSPS tahun ini - Steven Sim
Unjuran positif itu susulan data daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merekodkan seramai 622,473 pencarum setakat ini.
Cadangan penggabungan SME Bank, BPMB, Exim Bank perlu dihentikan - Veteran UMNO
Mustapa berpandangan penggabungan tersebut juga bakal menyaksikan proses pengurangan kakitangan, yang mana lebih 95 peratus kakitangan terdiri daripada orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.