KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) berhasrat merombak dana khusus disediakannya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar dapat diselaraskan mengikut keperluan golongan itu.
Timbalan Gabenornya Datuk Jessica Chew berkata setakat ini hanya satu pertiga daripada peruntukan berjumlah RM1.5 bilion bagi Kemudahan Automasi dan Pendigitalan PKS (ADF) telah dimanfaatkan.
"(Oleh itu) kami dalam proses menyusun semula dari segi merangka semula dan pelaksanaan dana-dana PKS ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan bertajuk 'Peranan Kewangan Dalam Melaksanakan Pembaharuan Struktur' di Simposium Sasana 2024 anjuran BNM di sini, hari ini.
ADF yang diwujudkan pada Mac 2020 bertujuan menggalakkan PKS rentas sektor untuk bertindak mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
Mengulas selanjutnya, Chew berkata sambutan kurang memberangsangkan bagi dana itu berkemungkinan disebabkan ia tidak sejajar dengan tumpuan PKS.
"Ada kemungkinan mereka tidak di landasan pendigitalan. Oleh itu, masih banyak yang perlu dilakukan dari segi bagaimana untuk melaraskan keperluan berkenaan bagi PKS," katanya.
Pada masa sama, kata Chew, bank pusat itu sedang mengusahakan agar dana di bawah BNM dapat dimanfaatkan menerusi cara berbeza bagi meraih kesan pengganda lebih ketara menerusi gabungan beberapa kekangan maklumat selain menggunakan tokenisasi aset bagi tujuan cagaran.
Beliau juga menegaskan bahawa sebahagian besar daripada pembiayaan PKS itu adalah daripada bank-bank.
"Pembiayaan bank untuk PKS adalah kira-kira separuh daripada portfolio jumlah pembiayaan perniagaan bank. Ini demi kepentingan bank-bank untuk terus memberi kemudahan kepada PKS," katanya.
Bank pusat itu turut menawarkan Kemudahan Berteknologi Tinggi dan Hijau bernilai RM1.1 bilion untuk membantu PKS dan syarikat pemula niaga inovatif mengembangkan perniagaan selain melabur dalam sektor strategik serta bidang teknologi (teknologi digital, teknologi hijau dan bioteknologi) bagi memacu pemulihan ekonomi mampan dan kukuh.
Kemudahan Agro bagi meningkatkan pengeluaran makanan Malaysia dan eksport, pula ditingkatkan sebanyak RM500 juta pada 2023 dan menjadikan peruntukan berjumlah RM2.5 bilion.
Selain itu, Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF) dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion, memberi sokongan kepada PKS untuk terus berkembang tanpa perlu menambah hutang ketika melalui fasa pemulihan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024
![Bank Negara rombak dana PKS, selaras ikut keperluan - Timbalan Gabenor Bank Negara rombak dana PKS, selaras ikut keperluan - Timbalan Gabenor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602654892_TBJESSICACHEWBNM.jpg)
Jessica berkata setakat ini hanya satu pertiga daripada peruntukan berjumlah RM1.5 bilion bagi Kemudahan Automasi dan Pendigitalan PKS (ADF) telah dimanfaatkan. - Gambar fail/Bernama
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![BNM keluarkan dua syiling khas sempena ulang tahun JPN ke-75 BNM keluarkan dua syiling khas sempena ulang tahun JPN ke-75](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719815672_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM keluarkan dua syiling khas sempena ulang tahun JPN ke-75
Duit syiling peringatan berkenaan akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) dan emas Nordic Brilliant Uncirculated (BU).
![Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
![Prestasi ringgit atasi semua mata wang negara serantau sejak 26 Februari Prestasi ringgit atasi semua mata wang negara serantau sejak 26 Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Prestasi ringgit atasi semua mata wang negara serantau sejak 26 Februari
Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.
![BNM sudah arah institusi perbankan tentu punca gangguan perkhidmatan BNM sudah arah institusi perbankan tentu punca gangguan perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718082267_TBLIMHUIYINGjpg.jpg)
BNM sudah arah institusi perbankan tentu punca gangguan perkhidmatan
Lim Hui Ying berkata institusi terlibat juga diarah menetapkan langkah pembetulan dan pencegahan yang sesuai bagi mengelakkan isu yang sama berulang.
![Inflasi meningkat 2.0 peratus pada Mei 2024 - DOSM Inflasi meningkat 2.0 peratus pada Mei 2024 - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704345152_TBbnm.jpg)
Inflasi meningkat 2.0 peratus pada Mei 2024 - DOSM
Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.8 mata berbanding 130.2 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
![BNM tambah 6 entiti baharu dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM tambah 6 entiti baharu dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719206459_tbBANKNEGARA.jpg)
BNM tambah 6 entiti baharu dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan
Bank Negara Malaysia (BNM) menambah enam entiti baharu dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA).
![Curi RM24.2 juta: Pemegang akaun terjejas perlu dapat bayaran balik segera - BNM Curi RM24.2 juta: Pemegang akaun terjejas perlu dapat bayaran balik segera - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Curi RM24.2 juta: Pemegang akaun terjejas perlu dapat bayaran balik segera - BNM
Kesemua pemegang akaun yang terjejas dalam kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian berjumlah RM24.2 juta, perlu mendapat bayaran balik dengan segera.
![Bank Negara rombak dana PKS, selaras ikut keperluan - Timbalan Gabenor Bank Negara rombak dana PKS, selaras ikut keperluan - Timbalan Gabenor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602654892_TBJESSICACHEWBNM.jpg)
Bank Negara rombak dana PKS, selaras ikut keperluan - Timbalan Gabenor
Bank Negara berhasrat merombak dana khusus disediakannya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar dapat diselaraskan mengikut keperluan golongan itu.
![BNM sedang teliti pelbagai langkah untuk kestabilan ringgit - Timbalan Gabenor BNM sedang teliti pelbagai langkah untuk kestabilan ringgit - Timbalan Gabenor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693389707_AdnanZaylani.jpg)
BNM sedang teliti pelbagai langkah untuk kestabilan ringgit - Timbalan Gabenor
Syarikat korporat yang mempunyai baki mata wang asing digalakkan membawa pulang dan menukar mata wang asing mereka.
![Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4-5 peratus pada 2024 - Amir Hamzah Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4-5 peratus pada 2024 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705396481_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4-5 peratus pada 2024 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara empat dan lima peratus pada 2024, disokong oleh eksport yang pulih dan permintaan domestik yang berdaya tahan.