KUALA LUMPUR: Sebarang kelekaan dalam menangani pandemik boleh mengakibatkan penularan semula dan seterusnya mendorong penguatkuasaan semula langkah pembendungan yang ketat, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Beliau berkata masih wujud ketidakpastian yang ketara mengenai evolusi dan trajektori pandemik biarpun ekonomi telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan program imunisasi vaksin untuk membendung pandemik telah pun bermula di seluruh dunia.
"Setelah tahun 2020 meninggalkan kita, situasi krisis paling teruk juga mungkin sudah kita lewati. Namun begitu, masih banyak cabaran yang perlu dihadapi pada masa hadapan," kata gabenor bank pusat dalam Laporan Tahunan BNM 2020 yang diedarkan di sini hari ini.
Kes baharu harian COVID-19 di negara ini bagi tempoh 24 jam lepas meningkat semula kepada empat digit apabila 1,133 kes dilaporkan semalam, selain lima lagi kematian direkodkan.
Jumlah kes sembuh pula ialah 1,148, menjadikan kumulatif kes pulih kini 344,018, manakala kes aktif setakat ini 14,199.
Sementara itu, Nor Shamsiah berkata isu pemulihan ekonomi yang tidak sekata dan kesan yang berpanjangan dalam beberapa sektor juga akan menjejaskan potensi pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.
"Memandangkan masih wujud ketidakpastian mengenai tahap pemulihan ekonomi, teras dasar monetari pada tahun 2021 akan kekal akomodatif bagi menyokong pemulihan ekonomi yang teguh dan berterusan," katanya.
Sementara itu, beliau menegaskan keupayaan sektor kewangan memberikan sokongan tahun lepas membuktikan betapa mustahaknya membina penampan terutamanya semasa ekonomi mencatatkan pertumbuhan yang kukuh bagi mewujudkan sistem kewangan yang mampan dan berdaya tahan.
Tahun lepas, bank pusat itu telah mengurangkan kadar dasar semalaman ke paras paling rendah dalam sejarah bagi memastikan mudah tunai mencukupi dan keadaan pasaran kekal teratur.
Ia turut melancarkan bantuan bayaran balik hutang dan program pendanaan untuk industri kecil dan sederhana bangi mengurangkan masalah aliran tunai.
Nor Shamsiah berkata bank pusat itu beriltizam untuk melaksanakan mandatnya dengan standard profesionalisme dan integriti tertinggi serta membuat pertimbangan teliti dalam apa jua tindakan.
"Meskipun ekonomi negara kini semakin pulih daripada pandemik, masih banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan. Dalam persekitaran yang sangat tidak menentu ini, tiada ruang untuk kita cepat berasa selesa," ujar beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
BNM beriltizam melaksanakan mandatnya dengan standard profesionalisme dan integriti tertinggi serta membuat pertimbangan teliti dalam apa jua tindakan.
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Ina Naim sah bergelar isteri jurutera
Penyanyi dan Usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor dengan sekali lazaf.
PDRM antara agensi paling tinggi ambil tindakan tatatertib
Polis Diraja Malaysia merupakan antara agensi yang paling tinggi mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai dan anggotanya.
Zulkafli pangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat memangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini.
Larangan penggunaan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun langkah positif - Pakar
Terdapat keperluan mengkaji kelemahan dalam sistem sedia ada serta mencari jalan untuk tingkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap isu ini.
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
'Sempat berbual di telefon beberapa minit sebelum adik ditikam' - Kakak
Zulkifli Ibrahim dan anak perempuannya Siti Zulaila maut selepas ditikam oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam.
HPTN hargai peranan profesion teknikal, fokus generasi muda penggerak ekonomi
HPTN menekankan pembangunan modal insan yang dinamik dan komprehensif, dengan sokongan KKR dan agensi untuk memperkasakan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
BNM kekal OPR tidak berubah pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan menyuarat MPC
Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini.
Tiga prinsip asas pacu peranan kewangan Islam lonjak ekonomi - BNM
Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global.
Saham perladangan, pembinaan pacu Bursa Malaysia ditutup meningkat
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM30.49 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.53 bilion dalam dana Islam.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Penggabungan tiga bank utama masih dalam proses - PM Anwar
Itu antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara yang memantau soal penggabungan.