Bank Islam Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan Profesor Datuk Dr Noor Inayah Yaakob sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 7 April 2023.
Sementara itu, Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah turut mengambil peranan sebagai Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah pada 1 April 2023, menggantikan Prof Datuk Dr Ahmad Hidayat Buang yang bersara pada 31 Mac 2023.
Pelantikan ini akan mengukuhkan lagi Komposisi Lembaga Pengarah Kumpulan menjelang ulang tahun Bank Islam ke-40 tahun ini.
Noor Inayah mempunyai kerjaya yang cemerlang merentasi bidang akademia sehingga korporat dan badan-badan keagamaan.
Beliau merupakan Pengerusi Amanah Raya Trustees Berhad, dalam Lembaga Amanah Yayasan Amanah Raya, Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Ahli Jawatankuasa Semakan dan Audit, Majlis Penasihat dan Pengawasan Syariah Amanah Raya Berhad.
Pada masa ini, Noor Inayah adalah Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur, jawatan yang disandangnya sejak 1 Julai 2021.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Rektor Kolej Profesional Baitulmal, yang dimiliki penuh oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Noor Inayah merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah (Kepujian) dan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga berkelulusan LLM (Sarjana dalam Undang-Undang Perbankan dan Perbandingan Sivil) daripada Universiti Bristol, United Kingdom.
Selain itu, beliau turut menerima Ijazah Kedoktoran (PhD) Undang-Undang daripada Fakulti Undang-Undang, University Manchester, United Kingdom.
Noor Inayah adalah pakar sumber dalam bidang wakaf di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Tidak asing dalam pencapaian-pencapaian baharu, Noor Inayah juga pada masa ini adalah satu-satunya Nazir Masjid Wanita yang dilantik dalam sejarah negara.
Muhamad Fuad pula menyertai Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam sebagai Ahli pada 1 April 2022 dan dilantik sebagai Pengerusinya pada 1 April 2023.
Beliau mempunyai dua kelayakan akademik iaitu dalam bidang kejuruteraan dan pengajian Islam. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal daripada Universiti Southampton, England, masing-masing pada tahun 1977 dan 1982.
Beliau kemudiannya menyempurnakan ijazah Sarjana Muda Sastera (Syariah) di Universiti Jordan pada 1994. Pencapaian akademik tertinggi beliau adalah Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Tamadun Islam yang dianugerahkan pada tahun 1996 oleh Universiti Aberdeen di Scotland.
Beliau memainkan peranan aktif dalam bidang akademia. Beliau berkhidmat sebagai Profesor Adjung/Pensyarah di beberapa universiti tempatan termasuk Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Putra Malaysia (UPM), and Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
Selain itu, beliau juga merupakan sebahagian daripada Panel Penasihat Industri Program Kejuruteraan Elektrikal Universiti Teknologi MARA (UiTM), Multimedia University (MMU) and Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan telah berkhidmat sebagai Ahli Sidang Lembaga Pengajian Universiti Islam Antarabangsa, Program Sarjana Muda Fiqah & Usul Fiqah dari tahun 2007 hingga 2010.
Beliau merupakan Ketua Eksekutif The Netherlands Maritime Institute of Technology di Johor Bahru pada 2019.
Muhamad Fuad memegang beberapa keahlian Lembaga pengarah termasuk di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), MIDF Berhad, MIDF Property Berhad, Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad and Island & Peninsular Bhd, Medic IG Sdn Bhd, Mesiniaga Berhad, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Hidayah Centre Foundation.
Pengerusi Bank Islam, Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata, “Mewakili Lembaga Pengarah, saya mengalu-alukan Noor Inayah ke Bank Islam dan tahniah kepada Dr Fuad atas mandat baharu ini. Pelantikan Noor Inayah ini merupakan bukti komitmen kami dalam mencapai sekurang-kurangnya 30% keseimbangan jantina bagi peranan pembuat keputusan kanan dalam Kumpulan.”
“Dengan pelantikan ini, kami mengharapkan pandangan berharga mereka dalam mengemudi Kumpulan ke tahap yang lebih tinggi. Kepakaran dan rekod prestasi mereka yang sudah terbukti dalam industri akan menjadi aset kepada Bank Islam.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Ahmad Hidayat Buang atas sumbangan beliau yang berharga kepada Kumpulan selama 12 tahun yang lalu dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini,” kata beliau. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Apr 07 2023
Noor Inayah mempunyai kerjaya yang cemerlang merentasi bidang akademia sehingga korporat dan badan-badan keagamaan. - Foto DagangNews
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam
Bank Islam menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia akan mencecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
Bank Rakyat catat keuntungan RM1.76 bilion bagi tahun kewangan 2023
Kumpulan Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) lebih tinggi sebanyak RM1.76 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
Bank Islam menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023).
Bank Islam lancar Kad Debit-i Visa Be U
Kad Debit-i Visa Be U menyediakan transaksi yang cepat, selamat dan tanpa sentuhan di mana-mana pedagang Visa di seluruh dunia.
Bank Islam umum pelantikan baharu Lembaga Pengarah dan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah
Pelantikan baharu akan mengukuhkan lagi Komposisi Lembaga Pengarah Kumpulan menjelang ulang tahun Bank Islam ke-40 tahun ini.
Bank Islam tawar moratorium hingga enam bulan kepada mangsa banjir
Bagaimanapun, permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan itu tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.
Keuntungan bersih Bank Islam diseret oleh perbelanjaan cukai yang tinggi
Keuntungan sebelum zakat dan cukai meningkat 6.1 peratus kepada RM746.87 juta, disumbangkan oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi.
KDNK Malaysia dijangka catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Firma penyelidikan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan mencecah 8.4 peratus bagi tahun kewangan 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021.
OPR dijangka naik 25 mata asas esok, 25 mata pada Mac - Bank Islam
Ia menjadikan kadar terminal baharu adalah pada 3.25 peratus.