KUALA LUMPUR: Sistem perbankan Malaysia masih mampu menyampaikan prestasi yang berdaya tahan pada tahun akan datang walaupun wujud ketidaktentuan dalam persekitaran global dan domestik, menurut RAM Ratings.
Pakar sektor perbankan RAM, Amy Lo berkata permodalan serta peruntukan penampan yang kukuh telah meletakkan bank-bank dalam kedudukan yang baik untuk menghadapi badai makroekonomi yang terbit daripada impak perang Rusia-Ukraine.
"Kami menjangkakan sebahagian besar penarafan bank akan kekal utuh dalam tempoh 12 bulan akan datang.
"Sebarang respons penarafan mungkin akan dicetuskan oleh cabaran khusus ke atas bank berkenaan tetapi bukan didasarkan kepada kebimbangan industri yang luas," katanya semasa siri webminar RAM Insight yang bertajuk 'Sektor Perbankan: Bersedia untuk Cabaran Seterusnya' pada Selasa.
Agensi itu menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan datang bakal merekodkan paras 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2022 (2021: +4.5 peratus), didorong oleh pinjaman isi rumah dan perniagaan.
"Permohonan pinjaman mula meningkat pada suku keempat 2021, disokong oleh lonjakan dalam permintaan termasuk pembukaan semula ekonomi," katanya.
Lo berkata dua kenaikan kadar dasar semalaman 25 mata asas (bps) oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini dan kenaikan 25 bps lagi yang dijangkakan pada separuh kedua 2022 mungkin menjejaskan permintaan kredit tetapi tidak akan memberi kesan ke atas momentum pertumbuhan pinjaman.
Selain itu, Lo menjelaskan pendedahan bank kepada bantuan pinjaman menurun secara mendadak kepada sekitar lapan peratus pada akhir April hingga pertengahan Mei 2022 berbanding 28 peratus yang direkodkan semasa hujung Disember 2021.
"Pinjaman yang terjejas pasti akan menokok apabila langkah-langkah bantuan dilancarkan, di samping kenaikan inflasi dan kadar faedah yang boleh menggugat keupayaan peminjam tertentu yang sangat berleveraj.
"Nisbah pinjaman terjejas kasar (GIL) sistem perbankan boleh naik kepada 2.2 peratus menjelang akhir tahun (hujung Mei 2022: 1.64 peratus)," katanya.
Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan RAM dan Ketua Penyelidikan Ekonomi Woon Khai Jhek berkata pemulihan ekonomi akan melangkah ke arah yang lebih baik pada tahun ini apabila negara mula beralih ke fasa endemik.
"Permintaan domestik menjadi pemacu utama, disokong oleh pasaran buruh yang berdaya tahan selain langkah-langkah sokongan dasar yang berterusan, manakala eksport juga akan kekal mantap dengan permintaan bagi barangan elektrik dan elektronik.
"Momentum kukuh pada 2022 dijangka mendorong pertumbuhan tahun penuh kepada 5.8 peratus daripada 3.1 peratus pada 2021," katanya.
Bagaimanapun, Woon menambah risiko penurunan telah menjadi lebih ketara disebabkan lonjakan dalam inflasi telah memberi kesan kepada pertumbuhan global, mengehadkan potensi kenaikan kepada pemulihan ekonomi Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
![Bank-bank Malaysia kekal berdaya tahan dalam ketidaktentuan ekonomi - RAM Ratings Bank-bank Malaysia kekal berdaya tahan dalam ketidaktentuan ekonomi - RAM Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658856871_RamaRatings.jpg)
Permodalan serta peruntukan penampan yang kukuh telah meletakkan bank-bank dalam kedudukan yang baik untuk menghadapi badai makroekonomi yang terbit daripada impak perang Rusia-Ukraine.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Momentum pasaran bon ringgit dijangka berterusan tahun ini - RAM Ratings Momentum pasaran bon ringgit dijangka berterusan tahun ini - RAM Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670502976_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Momentum pasaran bon ringgit dijangka berterusan tahun ini - RAM Ratings
Pengumuman serta tempoh pelaksanaan kadar faedah utama oleh Fed AS bagaimanapun akan terus menjadi pemacu dalam menggerakkan aliran dana.
![Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662051902_RamaRatings.jpg)
Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.
![Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662051902_RamaRatings.jpg)
Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.
![RAM Ratings jangka ekonomi Malaysia berkembang pada 4.5-5.5 peratus pada 2024 RAM Ratings jangka ekonomi Malaysia berkembang pada 4.5-5.5 peratus pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662051902_RamaRatings.jpg)
RAM Ratings jangka ekonomi Malaysia berkembang pada 4.5-5.5 peratus pada 2024
Bagi separuh kedua 2023, RAM Ratings menjangka momentum ekonomi akan terus dicabar oleh permintaan global yang rendah dan cabaran lain.
![Pelabur asing menumpu ke Malaysia ketika kebimbangan mengenai kenaikan kadar AS menurun: RAM Ratings Pelabur asing menumpu ke Malaysia ketika kebimbangan mengenai kenaikan kadar AS menurun: RAM Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662051902_RamaRatings.jpg)
Pelabur asing menumpu ke Malaysia ketika kebimbangan mengenai kenaikan kadar AS menurun: RAM Ratings
Pelabur asing menumpu ke Malaysia pada Julai selepas didorong oleh tanda-tanda yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) menghampiri penghujung kitaran pengetatan kadarnya.
![RAM Ratings mengesahkan penarafan AA/Stabil untuk sukuk RM4.5 bilion Tanjung Bin Power RAM Ratings mengesahkan penarafan AA/Stabil untuk sukuk RM4.5 bilion Tanjung Bin Power](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662051902_RamaRatings.jpg)
RAM Ratings mengesahkan penarafan AA/Stabil untuk sukuk RM4.5 bilion Tanjung Bin Power
RAM Ratings berkata, PPA Tanjung Bin dengan TNB menyokong profil perniagaannya yang kukuh.
![Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670593415_MPN.jpg)
Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.
![Penarafan bank Malaysia kekal kukuh meskipun krisis perbankan di AS - RAM Ratings Penarafan bank Malaysia kekal kukuh meskipun krisis perbankan di AS - RAM Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662051902_RamaRatings.jpg)
Penarafan bank Malaysia kekal kukuh meskipun krisis perbankan di AS - RAM Ratings
Di Malaysia, asas kredit bank kekal teguh dan berdaya tahan untuk berdepan peningkatan ketidaktentuan dalam pasaran global.
![Asas kukuh bantu Malaysia tidak terjejas teruk disebabkan kelembapan ekonomi global - RAM Ratings Asas kukuh bantu Malaysia tidak terjejas teruk disebabkan kelembapan ekonomi global - RAM Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662051902_RamaRatings.jpg)
Asas kukuh bantu Malaysia tidak terjejas teruk disebabkan kelembapan ekonomi global - RAM Ratings
RAM Ratings mengunjurkan KDNK Malaysia pada 2023 berada pada empat dan lima peratus, yang didorong oleh permintaan domestik di tengah-tengah prospek ekonomi global yang suram.
![Mengekalkan disiplin fiskal mampu bantu Malaysia capai pertumbuhan tinggi - RAM Ratings Mengekalkan disiplin fiskal mampu bantu Malaysia capai pertumbuhan tinggi - RAM Ratings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660107965_HBREAKEKONOMINEGARA.jpg)
Mengekalkan disiplin fiskal mampu bantu Malaysia capai pertumbuhan tinggi - RAM Ratings
Agensi penarafan kredit itu berkata adalah satu kelegaan yang konsolidasi fiskal kekal sebagai keutamaan tinggi bagi kerajaan sekarang.