SEPANG: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd bakal melebarkan sayapnya ke laluan antarabangsa menerusi penerbangan pertamanya ke Bangkok, Thailand pada Rabu ini (28 Jun).
Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo berkata syarikat penerbangan itu akan beroperasi di dua lapangan terbang di Bangkok, dengan operasi di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 28 Jun dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang menjelang 1 Julai.
"Kami adalah syarikat penerbangan Malaysia pertama yang sebenarnya beroperasi di dua lapangan terbang berbeza di Bangkok.
"Kami akan bermula dengan satu penerbangan sehari dan secara berperingkat kepada empat penerbangan sehari," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 hari ini sempena kejayaan syarikat penerbangan itu meraih pencapaian satu juta penumpang awal bulan ini.
Sejak penerbangan sulungnya pada 1 Dis tahun lepas, MYAirline telah menghubungkan Kuala Lumpur dengan pelbagai destinasi popular seperti Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau dan Miri.
MYAirline menerima sijil kelayakan udara hari ini untuk pesawat kelapannya yang akan digunakan bagi laluan Bangkok.
Pada masa ini, MYAirline beroperasi dengan tujuh pesawat dengan purata 91 peratus faktor beban. MYAirline telah merancang untuk memperluaskan rangkaian penerbangan di bahagian lain di Thailand, seperti Phuket, Krabi serta Chiang Mai selain merancang untuk terbang ke Indonesia, terutamanya ke Bali, Jakarta, Vietnam dan Singapura.
Beliau ketika mengulas mengenai perancangan masa depan berkata MYAirline merancang untuk menubuhkan hab keduanya sama ada di Kota Kinabalu, Sabah atau Kuching, Sarawak.
"Sebagai mana-mana syarikat penerbangan, kami sedang meneliti pelbagai operasi hab. Jadi, kami mempunyai yang utama di sini (KLIA) dan sebelum akhir tahun, kami menyasarkan mempunyai hab kedua kami... mungkin Sabah atau Sarawak tetapi yang pasti, realistik untuk mempunyai satu hab di setiap negeri," katanya.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, MYAirline berkata pencapaian satu juta penumpang itu diraih dalam tempoh kurang enam bulan operasi di sembilan laluan domestik di Malaysia.
Momen bersejarah tersebut diraikan apabila penumpang penerbangan Z98104 dari Kuching tiba di Terminal 2 KLIA pada 3 petang tadi.
Sepuluh penumpang bertuah juga menerima tiket penerbangan pergi balik ke destinasi utama di Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan itu.
Teo berkata MYAirline kekal komited bagi menyediakan perkhidmatan serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana ia terus berkembang dan berkhidmat kepada komuniti MYAirline.
"Pencapaian ini membuktikan dedikasinya untuk menjadi syarikat penerbangan paling dipercayai di Malaysia, kerana yakin bahawa pengalaman penumpang adalah yang paling utama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
![Bangkok jadi destinasi antarabangsa pertama MYAirline Bangkok jadi destinasi antarabangsa pertama MYAirline](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660113905_bangkoktourism.jpg)
MYAirline menerima sijil kelayakan udara hari ini untuk pesawat kelapannya yang akan digunakan bagi laluan Bangkok. - Facebook /The.Best.Guide.Bangkok
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697438869_TBGENERICMYAirline.jpg)
MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak
MYAirline diarah membayar RM17.7 juta caj perkhidmatan lapangan terbang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd.
![Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719573532_TBMyAirline.jpg)
Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak.
![MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697438869_TBGENERICMYAirline.jpg)
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
![MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709189829_MYAirline.jpg)
MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu
MYAirline memaklumkan ia masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba dan unilateral perjanjian pembelian saham.
![Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd.
![Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke
Anthony Loke berkata, pihak kementerian akan bertemu syarikat itu pada Jumaat bagi mendengar perincian perkara tersebut.
![MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber
Tindakan pertama yang diharapkan dilakukan MYAirline ialah pembayaran gaji kakitangan dan bayaran balik kepada penumpang.
![Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697438869_TBGENERICMYAirline.jpg)
Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur
Saman oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, dan empat lagi syarikatnya akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.
![MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus
Kementerian Sumber Manusia prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.
![MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula
Azharuddin optimis dalam usaha mendapatkan pelabur baharu bagi memastikan kebajikan lebih 900 pekerja terbela.