KUCHING: Sarawak berharap peruntukan yang lebih besar diberikan kepada negeri itu dalam pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober depan, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Harapan itu kata beliau penting bagi membantu kerajaan negeri memperkasa komuniti ekonomi terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menurutnya, peruntukan lebih besar itu juga mampu membantu kerajaan negeri melengkapkan fasiliti perniagaan di pedalaman.
"Jadi, begitu banyak yang perlu kita buat dalam usaha memacu pembangunan dan adalah wajar untuk kita mendapatkan peruntukan yang lebih.
"Sudah tentu ia akan melibatkan para usahawan kita seperti sektor PKS yang terjejas disebabkan oleh COVID-19 dan mereka perlu memulakan perniagaan mereka semula,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Kunjungan Hormat Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di Kuching pada Jumaat.
Ia sebagai respons mengenai harapan peruntukan kepada negeri itu yang akan dibentangkan dalam Bajet 2023 dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berharap Kerajaan Persekutuan dapat mewujudkan mekanisme khusus berhubung pelaksanaan projek pembangunan.
Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II berkata ia penting untuk memastikan setiap projek yang telah ditetapkan tidak berdepan isu pembaziran peruntukan.
"Kita mahu mekanisme pelaksanaan projek harus diperhalusi supaya apa saja projek yang diluluskan misalnya untuk tahun depan harus dilaksanakan dalam tempoh itu.
"Sekiranya tidak, peruntukan tersebut tidak akan dibelanja dan pada tahun selanjutnya projek yang sama juga akan diberi peruntukkan serupa,” ujarnya.
Missel Ernie Bick
Fri Sep 23 2022
Menurutnya, peruntukan lebih besar itu juga mampu membantu kerajaan negeri melengkapkan fasiliti perniagaan di pedalaman.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.