KUALA LUMPUR: Bajet 2023 yang dibentangkan semalam bertujuan untuk mengimbangi keperluan pertumbuhan domestik yang mapan susulan ketidaktentuan ekonomi global sambil memastikan fiskal yang berhemah di tengah-tengah volatiliti semasa dalam pasaran kewangan dan mata wang.
Pengerusi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd (Maybank), Datuk Khairussaleh Ramli berkata, bajet itu juga meletakkan asas untuk pembaharuan fiskal, bermula dengan peralihan kepada subsidi yang disasarkan.
Kesemua itu mesti dilengkapkan dengan sumber hasil yang mampan bagi mengurangkan pergantungan kepada pendapatan daripada komoditi yang tidak menentu dan hasil cukai sekali sahaja seperti yang dapat disaksikan pada 2022, kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
"Kami mengalu-alukan peruntukan belanjawan, insentif cukai dan langkah fiskal yang menyokong pertumbuhan ekonomi domestik dan disalurkan ke arah tema keterangkuman, kesaksamaan, kemampanan, keselamatan dan pembinaan berdaya tahan, yang terpakai kepada semua segmen masyarakat dan sektor perniagaan," katanya.
Insentif dan langkah sedemikian ditunjukkan antaranya melalui pengurangan dua mata peratusan dalam kadar cukai pendapatan persendirian dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), penambahbaikan dalam bantuan kewangan dan kebajikan kepada kumpulan berpendapatan rendah dan berisiko, katanya.
Khairussaleh berkata, ini juga dapat dilihat dalam langkah membina semula tabungan persaraan dan simpanan sukarela, pengukuhan sekuriti makanan dan sosial, mempercepatkan pemulihan industri pelancongan, menjadikan pemilikan rumah mampu milik, menambah baik perkhidmatan awam yang penting seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan serta meningkatkan kesiapsiagaan, tindak balas dan mitigasi bencana alam.
Bajet 2023 juga menekankan langkah-langkah terbaharu yang akan diterima pakai oleh bank-bank di Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan seperti yang diumumkan baru-baru ini oleh Bank Negara Malaysia, yang mana bank-bank turut komited sepenuhnya, tambah beliau.
"Ini termasuklah pemindahan daripada kata laluan sekali (OTP) SMS kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat untuk transaksi tertentu seperti pemindahan dana dan pembayaran, perubahan maklumat peribadi dan tetapan akaun.
"Bank juga akan mempunyai saluran aduan khusus 24/7 atau talian hotline untuk pelanggan melaporkan penipuan atau scam.
"Selain itu, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan dilancarkan tidak lama lagi. Kami juga mengalu-alukan perbelanjaan tambahan di bawah Bajet 2023 untuk mengukuhkan pengesanan dan pelaporan ancaman siber termasuk membina keupayaan forensik siber," katanya.
ABM juga kata beliau, menyokong sepenuhnya penekanan yang berterusan dalam memacu agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan perubahan iklim di bawah Bajet 2023, yang merupakan agenda utama bagi sektor kewangan Malaysia.
"Ahli-ahli ABM telah bersetuju dengan ketetapan tujuh prinsip ESG untuk industri perbankan Malaysia.
"Ini termasuk komitmen untuk mencapai Karbon Sifar Bersih merentas keseluruhan perniagaan dan portfolio pelanggan yang dibiayai, menggabungkan ESG ke dalam tadbir urus dan pengurusan risiko, serta komitmen untuk mengenal pasti, mengurangkan dan mengurus risiko perhambaan moden dan hak asasi manusia merentas rantaian bekalan," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022
![Bajet 2023 mengimbangi keperluan dalam pertumbuhan domestik, memastikan fiskal berhemah Bajet 2023 mengimbangi keperluan dalam pertumbuhan domestik, memastikan fiskal berhemah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/81584698828_ABM.jpg)
Khairussaleh berkata, Bajet 2023 juga menekankan langkah-langkah terbaharu yang akan diterima pakai oleh bank-bank di Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan, yang mana bank-bank turut komited sepenuhnya.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
![RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41682997372_KBS.jpg)
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
![MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678077905_midfresearch.jpg)
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
![Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677228944_vape.jpg)
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
![Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677126024_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
![Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677045222_TBpakmail.jpg)
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
![Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675917556_MRT.jpg)
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
![BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675915964_TBBATMSIA.jpg)
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
![Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675834286_KementerianKewangan.jpg)
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
![2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz 2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675678827_DatukOnnHafiz.jpg)
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
![Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668018487_MELAKA.jpg)
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.