KUALA LUMPUR: Bagi menggalakkan masyarakat Malaysia melancong dalam negara, kerajaan mewujudkan insentif berbentuk diskaun, baucar dan rebat sehingga RM100 bagi penginapan pakej pelancongan, kraftangan serta karya seni.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau memaklumkan kerajaan telah memperuntukkan insentif tersebut sebanyak RM25 juta.

"Pada masa yang sama, hotel di Malaysia wajar memainkan peranan untuk memaparkan kraf tangan hasil pengusaha tempatan kepada pelancong.

"Hotel One and Only Desaru Coast Resort milik Khazanah Nasional Berhad merupakan hotel yang memaparkan 100 peratus hiasan daripada kraf tangan Malaysia.

"Bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan mengutamakan kraf tangan tempatan, kerajaan mencadangkan potongan cukai khas kepada hotel yang membeli produk kraf tangan tempatan dengan kos pembelian sehingga RM500,000," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memberitahu, bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan kesihatan, galakan cukai sedia ada untuk eksport perkhidmatan jagaan kesihatan swasta akan dilanjutkan sehingga tahun 2025.

Dalam masa yang sama, katanya, Malaysia Healthcare Travel Council turut disediakan RM20 juta bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong kesihatan.

Sementara itu beliau berkata, bagi membantu pengusaha pelancongan, kerajaan bercadang untuk melaksanakan inisiatif seperti berikut: