KUALA LUMPUR: Memandangkan asas ekonomi yang kukuh dan pertumbuhan memberangsangkan setakat ini pada 2022, Malaysia bersedia untuk beralih daripada strategi pemulihan kepada pembaharuan struktur untuk mengukuhkan daya tahan ekonominya dan menambah baik kesejahteraan rakyat menerusi Bajet 2023.
Pada masa yang sama, negara perlu bersiap siaga di tengah-tengah cabaran luar yang datang dari China, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia malahan mungkin dapat mengatasi unjuran rasmi antara 5.3 dan 6.3 peratus pada 2022 apabila negara mencatatkan pertumbuhan pantas pada suku kedua pada 8.9 peratus dan prestasi kukuh yang dijangkakan pada suku ketiga.
Bagaimanapun beliau turut memberi amaran bahawa Malaysia tidak akan terlepas daripada tempias kelembapan ekonomi global yang dijangkakan berlaku pada 2023, apabila semua ketiga-tiga pemacu utama ekonomi dunia - Eropah, China dan AS - dijangka berkembang pada kadar perlahan tahun depan berbanding tahun ini.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan globalnya bagi 2022 kepada 3.2 peratus sebelum mengurangkannya lagi kepada 2.9 peratus pada 2023.
Semakan semula itu merupakan penurunan masing-masing pada 0.4 dan 0.7 mata peratusan daripada unjuran awalnya di tengah-tengaj keadaan tidak menentu akibat daripada perang di Ukraine dan peningkatan inflasi.
"Oleh itu negara perlu bersiap sedia untuk melakukan apa yang perlu bagi mengurangkan jangkaan kesan daripada kelembapan ekonomi di seluruh dunia," katanya baru-baru ini.
Justeru, pembaharuan telah menjadi antara faktor utama yang akan diberi penekanan pada masa depan.
Berdasarkan kepada Kenyataan Pra Bajet 2023 yang dikeluarkan pada Jun bertemakan ''Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan Ke Arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia", Bajet 2023 akan dirangka berdasarkan kepada tiga bidang keutamaan.
Ia adalah mengukuhkan momentum pemulihan ekonomi, mengukuhkan daya tahan ekonomi terhadap kejutan pada masa depan dan melaksanakan pembaharuan menyeluruh dalam aspek ekonomi dan sosial bagi perniagaan, sektor keutamaan dan negara.
Bajet 2022 bernilai RM332.1 bilion yang dibentangkan pada 29 Okt, 2021, memberi manfaat terutamanya kepada Kementerian Pendidikan yang menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM52.6 bilion, diikuti oleh Kementerian Kesihatan sebanyak RM32.4 bilion dan Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM14.5 bilion.
Menerusi Kenyataan Pra Bajet itu, Kementerian Kewangan juga menekankan tentang kepentingan melaksanakan bantuan bersasar di bawah Bajet 2023, terutamanya program bantuan tunai serta subsidi bahan api yang akan ditambah baik menerusi mekanisme pengagihan yang lebih efektif.
Bajet 2023 juga dijangka menumpukan kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Pembaharuan bagi mengurangkan defisit fiskal
Sejajar dengan pembaharuan itu, kalangan ahli ekonomi menjangkakan kerajaan akan mengemukakan rancangan yang diyakini bagi konsolidasi fiskal pada 2023.
"Selepas menyaksikan defisit yang tinggi selama tiga tahun, kami menjangkakan defisit akan mengecil iaitu 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun depan.
"Berikutan itu, terdapat keseimbangan baik antara konsolidasi fiskal yang amat diperlukan serta kemungkinan ianya sebagai belanjawan pilihan raya," kata Ahli Ekonomi HSBC Global Research Yun Liu.
Menurutnya, berdasarkan keadaan semasa, beliau menjangkakan perubahan membabitkan cukai penting (seperti pelaksanaan semula cukai barangan dan perkhidmatan) tidak akan berlaku, sekali gus membangkitkan persoalan mengenai kaedah untuk menambah hasil cukai sejajar dengan yang dilakukan oleh negara serantau lain.
Selain itu, perkara utama lain tidak kurang pentingnya menjadi perhatian dalam pembentangan Bajet 2023 ini adalah berkaitan dengan perubahan cukai, teruutama selepas penurunan hasil negara sejak beberapa tahun lepas, katanya.
Turut menjadi perhatian adalah sama ada subsidi akan diberikan secara bersasar serta kaedah pelaksanaannya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata bank tersebut menjangkakan peruntukan belanjawan negara bagi 2023 akan mencatat peningkatan sebanyak 2.0-2.5 peratus berbanding 2022.
"Dalam senario itu, defisit fiskal adalah lebih rendah dalam lingkungan 5.8-6.0 peratus manakala pertumbuhan KDNK dalam jajaran 4.0-5.0 peratus. Inflasi pula kekal terurus pada 2.1 peratus manakala aliran pengangguran dianggarkan 3.5 peratus," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, dalam usaha memantau perkembangan berkaitan kekangan fiskal dan cabaran pertumbuhan, kerajaan berkemungkinan besar akan bertindak melaras semula trajektori ekonomi agar seiring dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Sehubungan itu, bank tersebut menjangkakan pembaharuan itu sememangnya dalam perancangan.
Beliau berkata, memandangkan kajian separuh penggal RMK12 itu akan diumumkan dalam masa setahun, Bajet 2023 perlu menentuukur dasar ke arah agenda lestari, terutamanya perubahan iklim dan mengurangkan jurang pembangunan antara negeri-negeri dan wilayah selain jurang antara kaum.
Ketidaktentuan politik
Menjawab pertanyaan mengenai senario ketidaktentuan politik yang ketara ketika ini, HSBC Global Research berkata keputusan pembentangan Bajet 2023 yang diadakan tiga minggu lebih awal, dilihat sebagai satu petanda untuk mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini.
Menurutnya, turut menjadi tumpuan adalah sama ada Parlimen dibubarkan sebelum Bajet 2023 itu diluluskan kerana lazimnya belanjawan tersebut memakan masa selama sebulan setengah untuk melepasi tiga kali bacaan.
"Jika itu yang berlaku sepertimana pada 1999, belanjawan berkenaan perlu dibentangkan semula oleh kerajaan baharu yang mungkin memakan masa berbulan-bulan selepas pilihan raya tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022

TENGKU ZAFRUL: Oleh itu negara perlu bersiap sedia untuk melakukan apa yang perlu bagi mengurangkan jangkaan kesan daripada kelembapan ekonomi di seluruh dunia. - Gambar fail/Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.