MELAKA: Bajet 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam akan memperkasa pasukan keselamatan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mendepani cabaran baharu ketika negara masih lagi bergelut dengan ancaman COVID-19, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Katanya beliau telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan sebelum Bajet 2022 dibentangkan agar kerajaan memberi keutamaan kepada PDRM untuk menyusun strategi terbaik menghadapi sebarang ancaman yang dicetuskan pandemik.
"Kita nak kedudukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diberikan keutamaan kerana berdasarkan pengalaman tahun lepas, penugasan yang telah diberikan, tiba-tiba banyak perkara baharu (berlaku). Contohnya Op Benteng, bagaimana nak jaga sempadan.
"Dulu-dulu kita tak ada strategi untuk Op Benteng, sekarang kita dah tahu mana tak cukup dan mana perlu buat tambahan. Kita buat strategi dan bentang kepada Kementerian Kewangan," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim dan Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali.
Hamzah berkata pewartaan empat pintu masuk imigresen baharu dan pembinaan lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah dan Sarawak juga merupakan antara strategi baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha membasmi masalah di sempadan negara.
Semalam Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 berkata RM230 juta diberikan kepada anggota PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjaga kebajikan mereka dan RM13 juta bagi memperkasa Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) PDRM.
Sementara itu merujuk kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Hamzah yang merupakan Setiausaha Agung Bersatu berkata pihaknya mengambil maklum keputusan UMNO untuk meneruskan persefahaman dengan PAS.
Katanya dalam masa yang sama beliau memahami maksud tersurat ketika Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan tidak menyebut nama Bersatu dalam sidang medianya yang diadakan malam Khamis lepas.
"Setiausaha Agung UMNO tak sebut pun nama parti saya Bersatu. Kalau daripada pemahaman kita orang biasa, makna apa? Maknanya dia (UMNO) tak mahu bekerjasama dengan Bersatu. Yang tersirat, itu saya tak faham....Saya tak faham bab tersirat, saya hanya faham bab tersurat," katanya.
Khamis lepas, UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi PRN Melaka, 20 Nov ini selaras ketetapan Perhimpuan Agung parti itu tahun lepas yang antara lain untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk antara dua parti berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021
![Bajet 2022 perkasa pasukan keselamatan - Hamzah Bajet 2022 perkasa pasukan keselamatan - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633338420_HamzahZainudinAKS.jpg)
Hamzah beliau telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan sebelum Bajet 2022 dibentangkan agar kerajaan memberi keutamaan kepada PDRM untuk menyusun strategi terbaik menghadapi sebarang ancaman yang dicetuskan pandemik. - fotoBERNAMA
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
![Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635497902_KantinsekolahSOP.jpg)
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
![Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639234129_FaizalAzumuMPLe.jpg)
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
![Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636963529_950x600.jpg)
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
![Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636005485_TBBajet.jpg)
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
![Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635627700_ShakiraTehSharifud.jpg)
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
![Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634135236_Zafrul.jpg)
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
![Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635526391_TengkuZafrul.jpg)
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
![Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623757696_NoorAzmiMatSaid.jpg)
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
![Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635516562_HajijiMohdNoor.jpg)
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
![Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635511384_TBBajet.jpg)
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).