KUALA LUMPUR: Bajet 2022 mempunyai faktor 'Wow' kerana ia dirangka untuk memberi manfaat semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjamin tiada seorang pun tercicir daripada agenda pemulihan negara setelah mengalami kesukaran hidup akibat pandemik COVID-19.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bajet 2022 adalah 'dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat' dan berimpak tinggi merangkumi bantuan kepada golongan B40 dan M40 serta sokongan perniagaan bagi memastikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mendapat akses kepada pembiayaan bagi menggerakkan semua perniagaan.
"Selain bantuan berterusan kepada golongan rentan dan bukan rentan, Bajet 2022 juga adalah mesra Orang Kurang Upaya (OKU)," katanya dalam Sesi Wawancara Bajet 2022 bersama Perdana Menteri dengan media tempatan di sini hari ini.
Bajet 2022 akan dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada persidangan Dewan Rakyat Jumaat ini.
Ismail Sabri berkata belanjawan itu juga akan menjana lebih banyak pekerjaan bagi menangani pengangguran dan memacu pemulihan bagi mengembalikan negara kepada kedudukan ekonomi sebelum COVID-19 dengan norma baharu.
Beliau berkata Bajet 2022 dirangka secara berhati-hati dan komprehensif mengambil kira pandangan semua pihak termasuk parti pembangkang bagi memenuhi aspirasi mereka selaras dengan iltizam kebersamaan Keluarga Malaysia.
Katanya, Portal Belanjawan 2022 Kementerian Kewangan telah menerima lebih 50,000 cadangan daripada orang ramai yang diambil pertimbangan dan dijadikan input dalam Bajet 2022.
Perdana menteri berkata Bajet 2022 juga mengambil kira input daripada sektor perniagaan dengan menyediakan insentif cukai bagi membantu syarikat-syarikat yang terkesan akibat pandemik dapat membangunkan semula perniagaan dan seterusnya member manfaat kepada pekerja.
"Bajet ini juga akan menentukan kesinambungan dasar dan bantuan untuk menyokong rakyatdan perniagaan agar kekal berdaya tahan dalam menghadapi krisis bagi terus melindungi matapencarian dan kehidupan rakyat dan perniagaan," katanya.
Beliau berkata ia juga memangkinkan pembaharuan pascapandemik supaya negara mampu bangkit dengan lebih perkasa dan berdaya saing berteraskan pembangunan negara yang lebih terangkum dan mampan," katanya.
"Dalam bajet kali ini, kita masih beri bantuan secara langsung kepada rakyat, begitu juga kepada peniaga-peniaga mikro yang terpaksa tutup perniagaan dan tiada modal nak buka semula, kita akan beri fokus bagaimana nak bantu mereka," katanya.
Ismail Sabri berkata kerajaan sebelum ini telah melaksanakan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang berjumlah RM530 bilion dan jika bantuan dihentikan terlalu awal, ini mungkin mengganggu momentum pemulihan ekonomi.
Beliau berkata jika bantuan dihentikan terlalu awal, ini mungkin mengganggu momentum pemulihan ekonomi yang telah dapat dilihat baru-baru ini.
Belanjawan 2021 bertemakan "Teguh Kita, Menang Bersama" telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tahun lepas dengan perbelanjaan bernilai RM322.5 bilion, terbesar dalam sejarah negara.
Ia dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi.
Bernama
Wed Oct 27 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemubual berkaitan Bajet 2022, hari ini.- Foto BERNAMA
“Kepada cinta aku bertanya…” - PM
PM berpuisi dengan tajuk kepada cinta sebagai akhirulkalam pembentangan #Belanjawan2025.
Pembangunan sukan negara terima RM230 juta tahun depan
RM15 juta kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi dapatkan jurulatih terbaik, ikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran kepada pemain.
Peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion tahun depan - PM
Kata PM, Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
RM500 pada guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja & marbut
Ia sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin ditingkatkan
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600.
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600.
RM900 juta laksana 48 Program Residensi Rakyat (PRR) - PM
Hampir RM900 juta laksana 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dalam masa sama, PM berkata, bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000.
#Belanjawan2025
#AWANInews
Dalam masa sama, PM berkata, bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama, Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000.
#Belanjawan2025
#AWANInews
Belanjawan 2025: Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikkan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.
Peluang pendidikan dan latihan TVET akan dipertingkatkan
Tambah beliau lagi, ianya termasuk 100 juta ringgit khusus untuk bidang keutamaan NIMP seperti MRO, EV, aeroangkasa & AI.
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin ditingkatkan
Kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 ketimbang RM500 sebulan.
#AWANInews #Belanjawan2025 #Belanjawan25
ditingkatkan termasuk Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 ketimbang RM500 sebulan.
#AWANInews #Belanjawan2025 #Belanjawan25
Geran padanan RM50 juta untuk Program “Anak Angkat ILKA”
Kerjasama PROTON melalui PROTON Advanced Automotive Technology Institute di Melaka yang menyumbang kurikulum, bantuan tenaga pengajar serta keperluan latihan.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).