Rakyat Malaysia bimbang dengan kenaikan kos hidup dan mahukan pengurangan cukai pendapatan serta lebih banyak usaha membendung jenayah dan menyediakan skim perumahan mampu milik, demikian menurut satu hasil kaji selidik yang dijalankan oleh iProperty.com Malaysia.
iProperty.com Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada REA Group, adalah portal hartanah utama negara yang menawarkan senarai hartanah menyeluruh, perkhidmatan hartanah berkaitan dan perkhidmatan pemasaran projek.
Ketika negara menunggu pembentangan Bajet 2017 pada 21 Okt ini, iProperty.com Malaysia telah menjalankan kaji selidik dalam talian yang disertai kira-kira 300 responden, mengetengahkan isu-isu besar yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia, kata Ketua Pegawai Operasi-Antarabangsa REA Group Arthur Charlaftis dalam satu kenyataan.
"Kami melihat kenaikan ketara kos hidup di Malaysia, termasuk kenaikan harga bahan api, tol dan pengangkutan awam, serta pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan tahun lepas, yang memberi kesan besar kepada keluarga Malaysia," kata Charlaftis.
Keputusan kaji selidik itu juga menunjukkan rakyat Malaysia berharap dapat melihat Bajet 2017 menyediakan lebih banyak skim perumahan mampu milik.
"Malaysia mempunyai penduduk dan tenaga kerja yang agak muda, dan terdapat permintaan tinggi bagi hartanah kediaman mampu milik di pusat-pusat bandar utama.
"Dengan kos pengangkutan juga meningkat, segmen pencari hartanah muda dan semakin berkembang ini mencari hartanah di bandar-bandar, dan biasanya hampir dengan tempat kerja mereka," katanya.
Menurut Laporan Keadaan Isi Rumah II yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), pendapatan isi rumah bulanan pertengahan pada 2104 ialah RM4,585 manakala purata pendapatan bulanan ialah RM6,141.
Ini bermakna purata isi rumah dijangka membelanjakan antara RM200,000 dan RM300,000 bagi sebuah hartanah.
Sementara itu, Ketua Ekonomi REA Group Nerida Conisbee berkata terdapat permintaan tinggi terhadap hartanah dalam jajaran harga tersebut, dan terdapat peluang sebenar bagi kerajaan untuk memberikan insentif kepada pemaju bagi membina lebih banyak hartanah jenis ini.
"Hartanah kediaman berharga RM500,000 dan ke atas hanya mampu dibeli oleh isi rumah dengan pendapatan sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan yang bersamaan dengan enam peratus daripada penduduk Malaysia.
"Kerajaan perlu juga melihat negara-negara Asia lain yang mana kemampuan menjadi satu isu, seperti Singapura atau Hong Kong yang mana mereka campur tangan untuk menyediakan perumahan yang lebih mampu milik," kata Conisbee.-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2016
![Bajet 2017: Kenaikan kos hidup kebimbangan utama rakyat Malaysia - iProperty Bajet 2017: Kenaikan kos hidup kebimbangan utama rakyat Malaysia - iProperty](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81470048540_beliikan.jpg)
Rakyat Malaysia bimbang dengan kenaikan kos hidup dan mahukan pengurangan cukai pendapatan serta lebih banyak usaha membendung jenayah. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Kerajaan mungkin perlu ubah suai bajet 2017 - Taxand Malaysia Kerajaan mungkin perlu ubah suai bajet 2017 - Taxand Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478138521_OILRIG.jpg)
Kerajaan mungkin perlu ubah suai bajet 2017 - Taxand Malaysia
Kerajaan mungkin perlu mengubahsuai Bajet 2017 pada tahun depan, memandangkan senario ekonomi mungkin tidak begitu menarik pada masa itu, kata Pengerusi Taxand Malaysia Dr Veerinderjeet Singh.
![Bajet 2017: Pengurangan peruntukan KPT perlu dilihat secara positif - Idris Jusoh Bajet 2017: Pengurangan peruntukan KPT perlu dilihat secara positif - Idris Jusoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/61450881498_IDRISJUSOH.jpg)
Bajet 2017: Pengurangan peruntukan KPT perlu dilihat secara positif - Idris Jusoh
Pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Bajet 2017 perlulah dilihat secara positif.
![Bajet 2017: PM umum bayaran khas RM500 kepada penjawat awam Bajet 2017: PM umum bayaran khas RM500 kepada penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71451828152_PenjawatAwamBUDGET.jpg)
Bajet 2017: PM umum bayaran khas RM500 kepada penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibayar pada awal Januari 2017.
![Bajet 2017: Peruntukan RM25 bilion bagi program kesihatan Bajet 2017: Peruntukan RM25 bilion bagi program kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81477058514_KlinikMalaysia.jpg)
Bajet 2017: Peruntukan RM25 bilion bagi program kesihatan
Sejumlah RM25 bilion diperuntukkan oleh kerajaan dalam Bajet 2017 bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara ini.
![Bajet 2017: MyBeautiful New Home bagi kumpulan B40 Bajet 2017: MyBeautiful New Home bagi kumpulan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41473852942_RumahMampuMilik.jpg)
Bajet 2017: MyBeautiful New Home bagi kumpulan B40
Kerajaan menyediakan peruntukkan sebanyak RM200 juta untuk projek MyBeautiful New Home khusus bagi kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
![Bajet 2017: Insentif diskaun untuk peminjam PTPTN Bajet 2017: Insentif diskaun untuk peminjam PTPTN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51461256762_PTPTN.jpg)
Bajet 2017: Insentif diskaun untuk peminjam PTPTN
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diberi insentif diskaun bagi menggalakkan mereka membuat bayaran balik.
![Bajet 2017: Anggota Parlimen pembangkang keluar Dewan Bajet 2017: Anggota Parlimen pembangkang keluar Dewan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477045957_BajetBajet.jpg)
Bajet 2017: Anggota Parlimen pembangkang keluar Dewan
Sebahagian anggota Parlimen dari pakatan pembangkang hari ini bertindak keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017.
![Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61477044859_NajibRahsiaBesar.jpg)
Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan.
![Bajet 2017: Kadar BR1M dinaikkan Bajet 2017: Kadar BR1M dinaikkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41476790119_Bantuan.jpg)
Bajet 2017: Kadar BR1M dinaikkan
Kerajaan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) meliputi semua empat golongan penerima.
![Bersatu bina ekonomi berdaya saing, berdaya tahan hadapi 2017 - PM Bersatu bina ekonomi berdaya saing, berdaya tahan hadapi 2017 - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477040197_DSNajibRazak.jpg)
Bersatu bina ekonomi berdaya saing, berdaya tahan hadapi 2017 - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah negara terbuka, Malaysia perlu bersedia menghadapi risiko luaran yang boleh menggugat pertumbuhan ekonominya